Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwwah. Show all posts

Sekilas Ketidakpuasan Hati

Alhamdulillah pada hujung minggu lepas, sempat ku mengikuti program Jalinan Ukhuwwah an-Nur bertempat di sebuah kawasan Pantai di Melaka Bandaraya Bersejarah. Seperti kebiasaan, sesebuah program kebiasannya mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Sesampainya kami di Melaka, kami ditunjukkan tempat penginapan yang bakal didiami selama 2 hari 1 malam (sebuah chalet sederhana).

Pada waktu malam itu, kami dikehendaki mempersembahkan persembahan yang telah diberi tugasan pada petang harinya tadi, ada yang perlu buat sketsa, sajak, dikir barat (bertemakan silaturrahim) setelah undian dilakukan. Kumpulanku bernasib baik apabila kami diberi tugasan untuk sketsa.

Persembahan yang dilakukan sekurang-kurangnya memakan masa 5 minit, jadi kami sekumpulan memerah idea, akhirnya sketsa yang dipilih mengenai dua jiran yang saling bercakaran, namun kerana anak mereka, akhirnya mereka kembali berbaik, bersatu setelah anak-anak mengancam untuk tidak pulang ke rumah sekiranya perhubungan mereka tidak direstui (Cewah, macam cerita kekasih plak! Jangan tiru aksi ini!) Watak yang dimainkanku ialah Pak Baharom suami Mak Gayah, fuh kali ke-2 melakonkan watak orang tua selepas suatu masa dulu melakonkan watak yang sama tapi versi Inggeris (Uncle Jo - watak jahat). Hmm terpaksa berlakon tua isk..isk isk...

Walaupun bilik disediakan, namun ku bersama-sama beberapa rakan serombongan, membuat keputusan untuk tidur di bawah kegelapan langit, melihat keindahan bintang, kerana keadaan bilik yang agak panas disebabkan penyaman udara seolah tidak berfungsi (termasuk Felo Penasihat Biro Kerohanian, mungkin kerana tertarik dengan tindakan kami, huhuhu). Pada waktu pagi, cuaca memang sejuk, dengan berselimutkan kain tuala, gulungan tikar, malah ada yang hanya sehelai sepinggan tidur (pada sangkaan kami, kebiasaannya chalet menyediakan kain selimut, tapi mungkin disebabkan jumlah kami yang agak ramai, selimut tidak dapat disediakan secukupnya) menyebabkan ada di kalangan kami selsema buat sementara waktu.

Lebih menyakitkan hati, apabila waktu yang seharusnya peserta tidur, masih ramai yang sibuk bersembang, seolah-olah esok sudah tiada lagi bagi mereka, kata orang Terengganu 'sembang pah ceroh!'. Sudahlah bersembang di lapangan pantai yang menjadi tempat tidur kami, tertekan dibuatnya, sehingga ada di kalangan kami yang masuk ke bilik, walaupun suhu bilik yang agak panas, asalkan dapat lena dari gangguan suara yang mungkin tidak sedar perbuatan mereka mengganggu orang lain yang mahu tidur. Apalah salahnya jika mahu bersembang sekalipun, pergilah jauh dari tempat tidur, InsyaAllah tiada orang sakit hati.

Pada waktu pagi, selepas bangun Qiamullail dan Solat Subuh, kami disaji dengan senaman pagi berserta makanan ringan (nasi lemak) sebelum mengikuti explorace. Terasa sakit hati apabila ada di kalangan fasilitator yang bersifat agak menyusahkan, bercakap dengan nada seolah memandang rendah orang lain. Mana tak hanginnya bila ada di kalangan fasilitator yang kata: "Kamu semua ni buta kayu ke?........ Eh, berderau darah muda meruap-ruap! Malah ada di kalangan kami (perempuan) yang mengakui sendiri hakikat perempuan (lebih kurang begini sinisnya; "Beginilah perempuan kalau diberi jawatan, lupa diri, gila kuasa!). Harapnya fasilitator tersebut tidaklah bersikap sedemikian, tapi mungkin kerana perasaannya agak kacau pada masa tu, fikirku untuk mengurangkan rasa marah. Jika dia berniat sebegitu, seharusnya dia mengetahui yang tidak semua orang dapat menguasai, mengingati sesuatu peristiwa, tokoh kerana mungkin banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Ya, tidak ku nafikan mungkin niat fasilitator tersebut baik, kerana dengan mengingat perjuangan seseorang tokoh, maka pengorbanan, perbuatan baik mereka dijadikan teladan.

Setelah habis explorace, kami bersiap-sedia untuk melawat sekitar Bandaraya Melaka, tak lama kemudian dalam pukul 5 lebih kami bertolak untuk kembali ke UKM dan Alhamdulillah selamat sampai sebelum waktu Maghrib.

Apapun yang terjadi terima kasih ku ucapkan kepada pihak yang terlibat, moga peningkatan dilakukan untuk program-program yang akan datang.

P/s: Ketika hendak menuturkan bicara , jagalah tutur bicara jangan sampai menyakitkan hati seseorang. Bak kata pepatah " Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa".

Ya Allah berikanlah jadikanlah kami di kalangan mereka yang tidak menyakiti hati orang lain secara berterusan, hasil dari tindakan salah kami.

Orang Arab Pandai Kecek Kelate

KAWAN

MALAM HARI INTERASKSI
WAKTU PERSEMBAHAN DI DECTAR MALU RANYA!

HARI INTERAKSI PPSM
DINNER PPSM 2008
FORM SIX BUT NOT MY CLASSES!
LEPAS TERIMA RESULT STPM !
WAKTU LAWATAN KE HAMPIR SELURUH SEMNANJUNG MAS
BUDAK2 YG SUKA MELANCONG MEWAH LA KATAKAN!
SEWAKTU PROGRAM BAKSIS DI KB TRNGGNU!

apa itu K.A.W.A.N.?

K- kehadirannya menceriakan......
A- antaranya tiada kecurigaan.....
W-walaupun jauh namun sentiasa dekat di hati...
A- ambil berat akan diri ini.....
N- namanya sentiasa dihati khasnya dalam doa...

Nasihat seorang kawan:-

"Peliharalah jalinan persahabatan dengan setiap teman yang memberikan kesulitan kepadamu dan berhati-hatilah terhadap setiap teman yang memberikan kesenangan padamu" (kerana ada hikmah disebaliknya)

"berkawan kerana rupa lama-lama berkedut jugak,
berkawan kerana harta lama2 habis jugak,
berkawan kerana darjat takkan ke mana-mana,
tapi.... kerana ikhlas ....Insyaallah kekal selamanya...

Sahabat,
tiada ikatan seutuh tali persahabatan...
walau dilandaonak dan duri,
ia tetap teguh berdiri,
hilangnya tiada berganti,
patahnya takkan tumbuh kembali....
Jagalah jalinan persahabatan moga ia kekal abadi!

Hati kita umpama kaca,
jangan biar ia retak,
Akal kita umpama air,
jangan biar ia kering,
Iman umpama debu,
jangan biar ia hlang,
Persahabatan umpama tali,
jangan biar ia putus....

Teman Sejati
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


[01:47.95][00:17.41]Selama ini kumencari - cari
[01:54.33][00:23.87]Teman yang sejati
[01:58.05][00:27.68]Buat menemani
[02:01.69][00:31.20]Perjuangan suci

[02:06.09][00:35.63]Bersyukur kini pada-Mu Ilahi
[02:12.42][00:41.98]Teman yang dicari selama ini
[02:19.85][00:49.16]Telah kutemui
[02:25.15]
[02:41.81][00:53.29]Dengannya disisi
[02:45.27][00:56.93]Perjuangan ini
[02:48.86][01:00.28]Senang di harungi
[02:52.46][01:03.75]Bertambah murni kasih Illahi

[01:11.24]Kepada Mu Allah
[01:14.79]Kupanjatkan doa
[01:18.11]Agar berkekalan kasih sayang kita

[01:25.36]Kepada Mu Teman
[01:29.23]Kupohon sokongan
[01:32.65]Pengorbanan dan pengertian

[01:40.10]Telah kuungkapkan segala - galanya

[03:00.68]Kepada Mu Allah
[03:04.13]Kupohon restu-Mu
[03:07.61]Agar kita kekal bersatu

[03:14.75]Kepada Mu Teman
[03:18.44]Teruskan perjuangan
[03:22.25]Pengorbanan dan kesetiaan

[03:29.12]Telah kuungkapkan segala - galanya

[03:36.85]Itulah tandanya
[03:40.20]Kejujuran kita
[03:44.09]a.. a.. a.....
[03:57.17]Kumencari - cari teman yang sejati
[04:04.05]Buat menemani perjuangan suci
[04:11.29]o.. o... a.. a....





 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top