Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Nak Penyakit Mana Ya?


Iklan rokok pada kotaknya harus dikekalkan, walaupun ianya dikatakan 'kurang' memberi manfaat kesedaran!

Alhamdulillah dapat juga pagi ni untuk memperbaharui artikel dalam blog setelah agak lama tak 'terusik'. Hmmm suka untuk dikongsi akan kejadian yang agak kelakar tapi betul. Peristiwa ini telah berlaku pada tempat dan masa tertentu di suatu masa dahulu.

Suatu ketika, saat berlaku perbincangan di antara peniaga yang entah kenapa tiba-tiba boleh terdetik di hati mereka, untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan rokok.

"Abang, kalau ada orang nak beli rokok (jenis terpampang iklan rokok oleh kerajaan Malaysia), tanya dia nak yang mana? Kata seorang peniaga (Ya la, bukan ke banyak jenis iklan bergambar yang terpampang pada kotak rokok, huhuhu).

"Kalau mereka (perokok atau pembeli) bertanya, kenapa plak, rokok ni ada banyak jenis ke? Jawablah; hmmm macam tu la, ada banyak nampaknya, ada 5 jenis dekat sini! Pilihlah yang mana berkenan (sambil bertindak mengeluarkan kesemua jenis iklan rokok - janin gugur, kanser paru-paru, trakea, mulut, kaki, bronkus, (Tengok-tengok la beberapa penyakit hasil merokok di sini), yang mana ya nak?"

P/s: Agak sukar untuk memberitahu, menyedar, menasihat dan menghentikan tabiat mereka yang merokok. Tindakan menyindir, kadangkala lebih berkesan untuk membuatkan seseorang itu sedar diri!

Ya Allah biarlah umat Islam meninggalkan kegiatan-kegiatan yang mampu memberikan kemudaratan kepada dirinya sendiri.

Kekuatan Di sebalik Ramadhan


Alhamdulillah ramai di kalangan umat Islam telah berjaya berpuasa penuh. Pada kali ini, ingin sahaja diri ini membawa satu persoalan yang kadangkala ramai di kalangan kita tak terperasan mengenai perkara ini. Halnya sekitar bicara mengenai 'kekuatan' di sebalik Ramadhan.

Ramai di kalangan umat Islam yang mungkin merasakan apabila tibanya bulan Ramadhan, diri mereka lemah; padahal hal yang sebaliknya berlaku! Bagaimana penulis boleh mengatakan demikian?
Cuba perhatikan hakikat yang akan dibawa oleh penulis nanti, InsyaAllah!

Kekuatan pertama; jika sebelum bulan Ramadhan ada di kalangan umat Islam susah untuk menghabiskan (khatam) al-Quran, namun pada bulan yang suci ini, hampir keseluruhan umat Islam mampu mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam setahun! (paling tidakpun melebihi daripada bacaan al-Quran pada bulan-bulan lain, betul kan?

Kekuatan kedua; pada malam hari khasnya di malam sepuluh malam akhir bulan yang doa dimustajabkan ini, ramai di kalangan umat Islam yang bangun malam (menghidupkan malam) samada dengan qiamullail atau berzikir, membaca al-Quran) demi mencari malam Lailatul Qadar yang penuh dengan berkat. Jika sebelum ini, pada bulan-bulan lain, ada yang pada malamnya tidak pernah, jarang menghidupkan malamnya dengan amal ibadah, sebaliknya hanyut dibuai mimpi (juga sibuk dengan kerja rumah) namun hal yang sebaliknya berlaku pada diri mereka ketika di bulanRamadhan!

Kekuatan ketiga; kekuatan yang pernah penulis tulis beberapa hari lepas; kekuatan menahan diri untuk tidak merokok (menahan diri daripada membuka auarat juga mengumpat). Itu satu permulaan yang baik bagi sesiapa yang berhajat untuk berhenti merokok.

Demikianlah beberapa kekuatan yang mampu penulis catatkan di sini, daripada semua kekuatan tersebut dapatlah disimpulkan dua kekuatan utama pada Ramadhan iaitu 'kuasa' untuk melakukan, menggandakan amalan kebaikan dan kemampuan untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia, dilarang oleh Allah.


p/s: Gunakanlah janganlah kiranya puasa itu dijadikan alasan sebagai lemah, sebaliknya Ramadhan itu perlu dilihat memberi kekuatan yang tidak mungkin diperolehi dalam bulan lain.


Ya Allah janganlah kiranya Engkau jadikan kami golongan yang mensia-siakan kekuatan yang Engkau berikan pada kami.


ISRA’ MUKJIZAT TERBESAR KEDUA SETELAH AL-QURAN

1

Firman Allah yang bermasud, “Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”


a) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s di langit yang pertama

menggambarkan kepada Rasulullah s.a.w tentang Nabi Adam a.s dan

Hawa yang pernah dikeluarkan dari syurga kerana memakan buah larangan.

Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti akan diusir keluar dari tanah

kelahirannya oleh kaumnya.


b) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s

di langit yang kedua menunjukkan bagaimana kedua-dua mereka

dimusuhi oleh orang yahudi. Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti

turut dibenci oleh orang yahudi.


c) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s di langit yang ketiga

menunjukkan permusuhan yang berlaku di kalangan adik-beradik Nabi

Yusuf a.s. Jadi Rasulullah s.a.w juga nanti akan dibenci dan

dimusuhi oleh kaum kerabatnya.


d) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s di langit yang keempat

menunjukkan ALLAH S.W.T telah mengangkat darjat Nabi Idris a.s. Jadi

Rasulullah s.a.w nanti akan diangkat darjatnya oleh ALLAH S.W.T.


e) Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s di langit yang kelima

menggambarkan kaum Nabi Harun a.s kembali menyukainya setelah

baginda disakiti oleh kaumnya. Perkara yang sama akan berlaku kepada

Rasulullah s.a.w nanti.


 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top