Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Ada Perubahan ke bilik?

Alhamdulillah pada pukul 5 lebih pagi tadi sampailah ku kembali di UKM, hmm lepas tu, terus je naik ke bilik pakai pintu belakang, sebab pintu belakang tak berkunci

Pada sangkaanku bilik yang diminta untuk dikosongkan adalah perubahan yang dilakukan tapi, macam tiada apa-apa perubahan, oppss silap, ada habuk banyak la, kira perubahan juga la tu !

Sebelum nak tinggalkan bilik semester lepas ada la juga buat laporan kerosakan bilik sebagai memenuhi syarat untuk mengosongkan bilik, kiranya pada sangkaanku mungkin bilik mahu dibaik pulih oleh pihak yang berkaitan, tapi macam biasa-biasa sahaja keadaan bilik, (hmm baik sangka ajerlah, mungkin mereka tak sempat atau pihak yang berkaitan nak baik pulih waktu pelajar ada di bilik, maklumlah ada juga bilik yang dipakai oleh orang luar dengarnya, buktinya lampin pakai buang kanak-kanak yang berisi ada di bilik seorang kenalan, huhuhu ).

P/s: harap segala laporan yang dibuat, dinilai, diambil tindakan sewajarnya segera.

Ya Allah bersihkanlah bilik kami ini daripada segala makhluk-Mu yang menghuninya semasa ketiadaan kami, moga dengan itu amanlah kami dari gangguannya, berikanlah kami semangat untuk memulakan kembali usaha menuntut ilmu juga lindungilah kami dari melakukan perkara yang dilarang-Mu.

Panggilan Misteri....

Siapa di talian?
Hmmm asyik-asyik salah nombor!

Hmm kejadian panggilan misteri, mesej melayang seolah-olah menjadi satu fitrah bagi sesiapa yang memiliki telefon, khasnya bagi nombor yang agak mudah diingati, atau banyak nombor yang hampir sama dengan diri seseorang .

Pastinya kejadian tersilap nombor menjadi satu igauan yang buruk bagi seseorang yang seringkali terpaksa melayan 'golongan yang tak sepatutnya dilayan'.

Kali ini suka untuk penulis berkongsi cerita mengenai kejadian ini yang berlaku pada diri sendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana nombor telefon yang penulis miliki hampir sama dengan panggilan ramai orang, samada dari aspek rangkaian depannya (013,019,014,017,012,016) atau nombor belakang (1234567) .

Yang tak berapa bestnya, kalau panggilan itu dari orang yang berlawanan jantinanya , isk takut juga terjerat dalam kancah maksiat, kerana bimbang dalam situasi tertentu nafsu mengawal diri .

Sudah agak lama juga penulis tidak dapat panggilan misteri daripada wanita yang tersalah called, tapi petang semalam ada la seorang minah yang kiranya membuat panggilan kepada penulis. Pada awalnya memang penulis tidak mengangkat panggilan tersebut kerana tak terperasan akannya, namun setelah penulis menerima panggilan itu kali kedua; apa lagi penulis angkat aje . Bila diangkat pemanggil tadi pula yang mendiamkan diri, membisu tak bersuara, meletakkan telefonnya .

Dengan sangkaan mungkin si pemanggil tadi kurang kreditnya (sayang kredit) , penulis cuba menghubungi kembali pemanggil tadi kiranya untuk bertanyakan apa yang ingin diberitahu, atau mereka merupakan kawan penulis yang mempunyai nombor baru .

Tapi lain pula yang jadinya, ketika penulis menelefon kembali, suara perempuan yang kedengaran, Apabila bertanya, siapa gerangan yang menelefon? Dia pula yang menyusulkan soalan tersebut kepada penulis . Memandangkan penulis rasa tak sedap badan je, penulis pula bertanyakan siapa yang ingin dicarinya? Tapi dia mula menyusun ayat kiranya nak berkenalan. Fuh, setelah melayan 1,2 soalan, apa yang penulis mampu lakukan hanyalah menipu (sebagai dalih bagi menghentikan perbicaraan) dengan menyatakan:"Eh, pensyarah dah masuk kelas dah ni, saya perlu letak telefon dulu la ye! Tapi dia pula yang meminta agar tak diletakkan terlebih dahulu telefon, Alhamdulillah dengan sedikit iman dalam diri, penulis tetap hentikan panggilan.

Pada sangkaan penulis itu mungkin panggilan terakhir darinya, tapi rupa-rupanya dia masih menelefon penulis pada pagi tadi, tapi penulis hanya buat-buat tak dengar panggilan. Takut juga lain jadinya nanti !

Seolah menjadi kebiasaan panggilan misteri, mesej melayang yang penulis peroleh, kebiasaannya daripada perempuan yang masih belajar di sekolah menengah, tapi bila penulis makin melayan, makin menjadi-jadi pula halnya . Oleh sebab itulah penulis rasa lebih baik jangan dilayan panggilan, mesej misteri dari orang yang tak dikenali dari awal .

Teringat pula penulis akan kenangan di waktu alam persekolahan. Masa sekolah dulu, ramai kenalan penulis yang dilihat suka sekali mengkhianati kawan-kawan yang memang mudah perasan, suka melayan perempuan . Dengan bermodalkan ayat-ayat manis, si kawan yang perasan ni, memang 'layan habis' mesej yang diperoleh, sehinggalah kiranya saat 'putus cinta' di antara mereka. Fuh, bahayanya sikap perasan jika ia menguasai seseorang!

Apa yang penulis khuatir di sini, bukannya apa, takut-takut perkara yang buruk pula yang akan terjadi jika seseorang itu menerima panggilan misteri apabila dia melayannya, kerana tidak semua orang mempunyai niat yang baik, iman yang teguh untuk menghadapi sesuatu ujian .

P/s: jika anda mendapat panggilan misteri, mesej melayan daripada orang yang tak dikenali jangan terlalu melayan mereka

Ya Allah janganlah kiranya panggilan misteri menghantui kami.

Saat di Kampung Berhari Raya


Masjid pertama yang agak masih baru dibina menggantikan surau sebagai tempat solat, hmm bila agaknya nak siap?

hmmm kalau balik, tak mandi di Lata kampung sendiri tak sah, sejuk, walaupun tak sebanding dulu lagi cantik, sejuknya selepas peristiwa 'tsunami' melanda!


Alhamdulillah dikala pulang ke kampung kali ini bagi meraikan perayaan (Aidilfitri) lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas, walaupun ada kurangnya disebabkan kakak (baru kahwin) tak balik kampung sebab mengikut suaminya yang hanya bercuti beberapa hari sahaja, ditambah pula dengan jarak yang jauh , memerlukan kos agak tinggi (perlu naik flight).

Raya kali ini dimeriahkan oleh kanak-kanak, remaja juga golongan dewasa yang turut serta membakar mercun roket, bunga api, membuatkan memori masa kecil dahulu menghinggap kembali di ingatan.

Alhamdulillah ramai juga yang bertandang ke rumah semasa hari raya, memandangkan 11 @ 10 paket bihun besar di samping makanan ringan yang lain habis lebih kurang seperti tahun-tahun lepas kalau tak silap. Hmm yang tak berapa best sebab dah tak dapat nak jalan ramai-ramai ke rumah orang kampung bagi nak dapatkan duit raya sepertimana waktu kanak-kanak dulu. Huhuhu.

Sewaktu di kampung baru-baru ni, sempat juga berkunjung ke rumah keluarga yang masih agak baru meninggal dunia bapanya (sebelum datangnya Ramadhan), hmm kiranya dapat juga memberi keinsafan kepada diri yang hidup ini pasti akan berakhir juga suatu hari nanti dengan saat kematian .

Hmmm ada juga peristiwa yang jarang-jarang berlaku berhampiran dengan kawasan kampung;"kematian sebanyak tiga kali" kata orang-orang kampung! Macam mana agaknya ya? Rupa-rupanya si jenazah itu setelah diperiksa oleh doktor sudah tiada lagi nadinya (roh) maka dikatakan mati, selepas itu si jenazah bernafas (hidup) kembali, kalau tak silap lebih kurang tiga kali berlaku hal yang sama, barulah dilakukan pengurusan jenazah berdasarkan syariat Islam. Hmm inilah yang dikatakan sebagai bukti kekuasaan Ilahi. AllahuAkbar!

p/s: jadikanlah hari raya sebagai medan (peluang) untuk ziarah-menziarahi sesama umat Islam agar teguh perhubungan di antara kita, walaupun sememangnya amalan ziarah-menziarahi digalakkan oleh syariat Islam.

Ya Allah jadikanlah hari-hari yang mendatang baik bagi kami agar tidaklah kami tersesat dalam kegelapan murka-Mu.

Ku Terkena!

Mungkin ramai di kalangan kita yang pernah 'terkena' samada oleh kawan-kawan sendiri atau kenalan semata-mata. Ringkasnya beginilah ceritanya:

Fuh malam semalam selepas sahaja selesai menunaikan sembahyang fardhu Isyak, terus sahaja mata terlelap di atas kerusi. Hmm.. ketika tidur tu, bunyi deringan telefon bimbit kemudiannya mengejutkanku dari lenaku.

Sewaktuku mengangkat panggilan tersebut; diriku dalam keadaan agak 'mamai' lagi, (yerlah tak tahu pukul berapakah pada waktu tersebut!).

Ketika berborak tu, adalah dikatakan beberapa perkara yang agak menarik untuk dikongsikan.

Katanya: "kami hendak berjumpa anda; kami ada kejutan untuk anda"! Dia bertanyakanku adakah ku mempunyai masa untuk bertemu dengannya pada hari Sabtu hujung minggu ini. Pada awalnya ku merasakan ada yang tidak kena, malas juga nak layan, tapi setelah diberitahu dia kononnya dari syarikat telekomunikasi Celcom, ditambah pula dengan kejutan yang dijanjikan, sedikit sebanyak membuatkan hilangnya rasa keraguanku tadi. (Kiranya masa ni terfikir-fikir, agak-agaknya hadiah apalah yang bakal diperolehiku?)

Apa lagi, ku terus menyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya di suatu tempat tertentu yang telah dipersetujui, setelah selesainya bicara kami mengenai lokasi tempat tinggalku.

Ketika inilah dia memberitahuku; "Tahukah anda, anda sebenarnya telah terkena"; (pada waktu ini ku terfikir, adakah ini rancangan radio Hot Fm, yang dikenali rancangan 'panggilan hangit', mulalah ku rasa terkena!

Tapi dia akhirnya memberitahuku, yang dia adalah kawanku. Dia kemudiannya memperliku dengan sinis; katanya, "takkan tak kenal aku kot"! (Masa tu timbul jugak rasa geram, malu, lucu, nak ketawa, bak kata orang; semua perasaan ada waktu itu!)

Tapi ok la dia mengajakku untuk BBQ ayam di kampungku, hilanglah rasa geram tadi tu, hmm tak tahulah samada dapat pergi atau tak, sebab hajatnya nak cari barang keperluan hujung minggu ini! (Hmm nak marah tak baik untuk kesihatan plak!)

Dari cerita ini, terdapat sebab yang kuat menyebabkanku terkena, iaitu dia menggunakan telefon pejabatnya, tambahan pula ku tidak mengetahui pukul berapakah waktu itu.

p/s: pentingnya kita selaku manusia, hamba di muka bumi ini, untuk mengetahui waktu yang berjalan, menghargainya, agar diri tidak 'terkena'!

Ya Allah jadikanlah gurauan di antara kami , gurauan yang mampu mengeratkan perhubungan sesama kami sebagai saudara sesama Muslim

Gosip.... gosip


Fuh begitulah resminya hidup ini, tidak terlepas dari dugaan ujian yang pelbagai bentuk.

Diri tertarik untuk berkongsi tentang satu hal yang seringkali juga berlaku dalam kehidupan kita semua ini; gosip.


Hmm ingat pula sewaktu sekolah-sekolah dahulu, ada-ada sahaja gosip yang timbul yang dilemparkan kepada diri yang lemah ini ketikamana diriku kelihatan agak baik dengan mana-mana wanita, (hmm susah.. susah)

Bilamana kita tegur, bercakap sikit dengan perempuan, muncullah suara-suara sumbang; "hai ada apa-apa ke", lepas tu tersebar luas di satu tempat pembelajaran yang berbunyi kiranya seolah kisah mengaitkanku dengan cinta, kadang-kadang sampai ke pengetahuan ma abah, fuh boleh tahan la jugak rasa rimasnya. Syukurlah sifat sabar masih ada tersemat dalam diri.


Pernah satu ketika ketikamana kumerasa begitu rimas sekali dengan gosip; membuatkanku mula menjauhkan diri dari wanita, walaupun ada hal penting yang tak boleh tidak ku mengelak dari bersua muka dengan mereka. Selepas tindakan yang kuambil ini, muncul pula suara-suara yang menyatakan diriku seorang yang sombong, fuh sabar je la.

Pada waktu ini, timbul pula suara yang mengaitkan diriku dengan seorang wanita. Hmm... entah kenapa perkara ini boleh muncul pula? Mungkinkah kerana kerjasama antaraku dengan wanita tersebut dalam melaksanakan sesuatu program yang dianjurkan oleh satu organisasi?

Yang tak baiknya (buruknya), mengikut maklumat yang kuperhatikan, kurasakan wanita ini sudah ada teman lelaki, mungkin telah bertunang; tapi ku bimbang jika gosip ini berterusan, hingga sampai ke pengetahuan temannya, akan membuatkan satu ikatan yang terbina di antara mereka terputus, hancur berkecai, auzubillahiminzalik.
Ku tak rela, jika diriku yang dijadikan sebab bagi sebuah perhubungan berkecai.

Hmm apa yang patut kulakukan di waktu ini? jika mengelakkan diri dari wanita, nanti dikatakan sombong! Nak berterusan berurusan dengan perempuan nanti makin banyak gosip yang timbul!

Hmmm mungkin ku perlu mengambil kisah teladan yang telah berlaku terhadap Luqmanul Haqeem dengan anaknya, yang akhirnya membawa iktibar; kita tidak boleh dengar apa yang orang kata, kerana manusia itu tidak akan habis bercakap, ngomelannya terhadap orang lain, jika tiada rasa keImanan di dalam diri.

Jadi ku rasakan patut bagiku untuk melakukan apa-apa yang dirasakan betul baik untukku selagimana perkara itu tidak bercanggah dengan agama; biar apa yang orang nak kata ku cuba untuk buat-buat "pekak badak".


P/s
: Janganlah suka untuk hidup dalam bergosip, kerana ia akan merosakkan sesuatu masyarakat yang terlibat!


Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang tabah dalam menghadapi segala tohmahan, tuduhan yang dilemparkan kepada kami, serta berikanlah golongan yang menuduh kami, kesedaran, hidayahMu ya Rahman.

Abang juga Kakak Tiri

Alhamdulillah hari ni rasanya ingin saja ku luahkan segala isi hatiku pada khalayak umum mengenai kisahku. Syukur rasanya ku punyai kakak dan abang tiri yang baik, melayanku dan adik-adikku dengan baik sekali. Alhamdulillah tak semua orang mendapat akak, abang, adik, mak, ayah tiri yang baik kan!

Ingat la plak masa diriku kecik-kecik (kira masa kiut, comel la,huhuhu) dahulu selalu jer ku cari masalah dengan akak, abang tiriku, khasnya abangku, sering jer ku bergaduh, ku yang mulakan dulu. Isk isk isk. Tapi abangku tak pernah la plak lawan balik (tumbuk ke, cuma pegang2 camtu la, tahanku, kalau dia nak pukulku boleh je terukku kena pukul!), kiranya masa dulu aku ni betul-betul cemburu la dengan akak, abangku kalau mereka mendapat sesuatu dari abah juga ma. (malu, rasa bersalah membelengguku bila ingat waktu budak-budak dulu.Ngada-ngada la kan! kiranya semuanya diri sorang je mahu diperoleh perhatian, kasih-sayang dari ma abah.

Ku masih ingat bila sikit je orang khianatiku, abangku terus je membelaku, hampir bertumbuk gak, padahal takder la plak rasanya cedera ke apa-apa, budak tu hanya cuit je, naik berang abangku yang waktu tu bonceng basikal, aku plak di belakang. (budak yang cuit ku bukan main gabra la , 'ku bagitahu la abangku takder ape2 pun yg terjadi, dia betul-betul confirmkannya'. (waktu ni hubunganku makin baik dengan abangku, lepas tengok dia begitu prihatin terhadap adik tirinya ini).

Abangku ni memang sikap dia begitu protective terhadap orang yang dia berkawan, kenal, dah berapa kali dah ku dengar sikap dia yang sentiasa membela orang, tapi kalau seoarang yang buat salah khasnya mencuri dari rumahku tak kira la dia tu siapa memang semua hubungan tu tak dipedulinya. (ku masih ingat ada seorang yang ada kena mengena dengan keluargaku "bau-bau bacang" pecah masuk rumah curi duit adikku, memang kena 'bantai' la mamat tu, tapi kini dah baik dah perhubungan, sebentar je marahnya, yerla buat apa nak simpan rasa marah dalam hati, buat sakit jiwa je jadinya). Ma selalu je bimbang terhadap abangku bimbang gak kalau dia kena pukul oleh geng-geng yang pernah dipukulnya dengan beralasan. Selalu ma menasihati abangku, Alhamdulillah dia dengar gak! (mak ayah mana la yang tak sayangkan anak-anak! biasanya naluri seorang ibubapa mesti wujud di dalam diri insan yang bergelar ibubapa.)

Akak mahupun abangku, selain memang tak dinafikan ma abahku, khasnya abangku selalu je tanya; 'ada duit ke?' malu la plak nak mintak rasanya, cuma ku bagitahu; 'ada lagi RM .... ' pastu dia kadang-kadang mintak la no akaun, nak sahkan betul ke tak akaun dulu. Huh malu la nak mintak duit, isk isk,, kiranya bila tiap kali dia telefon mesti tanya ada ke tak duit, tu jer la, kadang-kadang nak angkat telefon pun segan.

Tapi macam biasa la orang yang kita sayang (apatah lagi orang yang kita benci) ni mesti ada sesuatu yang kita tak setuju dengannya. (harapnya abang kakakku sentiasa diberi taufiq dan hidayah olehNya yang Maha Esa).

p/s: sememangnya dalam perhubungan kekeluargaan memerlukan penerimaan yang baik (saling faham-memahami, jangan jadi seperti 'anjing dengan kucing' kadangkala anjing dengan kucing pun boleh bersahabat baik, jadi apatah lagi kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiran perlu menjaga perhubungan kekeluargaan tanpa mengira ayah tiri, mak tiri, juga adik-beradik tiri.

Ya Allah jadikanlah perhubungan antara ahli keluarga kami, perhubungan yang erat, janganlah Engkau jadikan kami sekeluarga saling-bercakaran apabila berkumpul bersama. Ya Rahman berikanlah taufiq dan hidayahMu yang sentiasa membimbing kami sekeluarga dalam sentiasa menunaikan segala suruhanMu dan meninggalkan segala laranganMu Ya Rahim.

Kesunyian jelas terasa

Hari ni makin ramai warga KIY mahupun UKM yang pulang ke kampung halaman masing-masing, suasana kolej jelas terasa sunyi sepi dari bunyi suara-suara gelak tawa yang kebiasaannya selalu kedengaran, namun malam ini, bilik-bilik mahasiswi mahupun mahasiswa gelap tak bercahaya, suasana muram jelas terasa di blok sendiri mahupun masjid juga surau An-Nur KIY tak semakmur seperti kebiasaannya.

Waktu sunyi begini rasa sayu, hiba, bosan mula menghinggap, membelenggu diri. Wah macam nak menangis la pulak, bila tengok bilik sebelah, hadapan, atas, belakang semuanya takde orang, ingat plak pada keluarga, kampung tersayang yang jauh nun di sana. Diri rasa tak bermaya nak tunggu kepulangan kembali saat pembelajaran yang akan mengembalikan semua warga UKM.

Kafe dekat kolej sendiri plak tutup, nak cari makanan terpaksa pergi kafe dekat kolej lain, nak tak nak kena bungkus la gayanya, perlu la cari makanan sampingan lain macam roti untuk waktu malamnya, bimbang kafe tutup awal dicampur pulak keadaan untuk selamatkan ekonomi diri sekarang ni yang hajatnya nak kurangkan bajet perbelanjaan, demi hal-hal tertentu.

Wah rindunya saat belajar bersama-sama teman seperjuangan dalam kuliah mahupun tutorial, gelak tawa, suka duka, susah payah dikongsi bersama. Sehari yang dilalui bagaikan bertahun lamanya. Mungkin inilah yang dinamakan ketidakmampuan diri dalam menempuh ujian tertentu.

YA Allah tabahkanlah hati diri ini, biarlah diriku ini mengisi masa yang dilalui dengan perkara bermanfaat, janganlah dibiarkan diriku ini membuang masa dengan perkara yang tak berfaedah yang mana sikap itu merupakan sikap syaitan yang Engkau murkai. Ya 'Alim Engkau mengetahui keadaan diriku ini, jadikanlah diri ini hambaMu yang sentiasa mendapat petunjuk hidayahMu
 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top