Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Three Idiots Bukanlah Cerita Klise Humor



Dalam awal bulan lepas, sempat untukku menonton cerita 3 Idiots yang dapat dikongsikan beberapa nilai kebaikan, tanpa dinafikan aspek keburukan. Cerita ini kalau tak silap ditayangkan di pawagam pada tahun lepas (2009) dan mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.


Apa yang menarik untuk dikongsi daripada cerita ini, ia merupakan satu 'nilai persahabatan' yang erat ditunjukkan oleh 3 orang lelaki yang pada waktu usia awal remaja mereka menuntut di satu Institusi Pengajian yang sama. Pengarah, penulis skrip memasukkan unsur realiti yang kerap berlaku di alam persekolahan khasnya; gelagat pelajar senior yang membuli junior mereka. Namun dengan kekreatifan yang ada pada pelajar (watak Amir) yang baru masuk ke kolej tersebut, menyebabkan dia tidak dibuli (mencipta alatan teknologi –aplikasi pengetahuan).


Kedua, aspek yang dapat dilihat bahawa sememangnya terdapat Pensyarah yang skema (ketat, syadid) dalam bertindak. Menjadi suatu yang amat menyayat hati apabila seorang pensyarah (Pengetua Kolej lakonan Boman Irani ) yang bersikap tidak berperikemanusiaan, terlalu mementingkan kualiti, sehinggakan ramai yang mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka diberi kata dua, yang amat sukar untuk seseorang pelajar untuk membuat keputusan, disebabkan tekanan, kekangan yang ditambah oleh beliau. Terdapat juga pensyarah yang digambarkan lebih mementingkan fakta ilmiah yang disampaikan secara selaras dengan buku (sebijik fakta buku), bukannya berdasarkan kefahaman mudah oleh pelajar. Namun apabila dijelaskan secara fakta ilmiah tinggi untuk istilah lain, tercengang tidak faham kerana tingginya bahasa dan tidak mudah cara penyampaiannya untuk difahami. Aspek yang baik terdapat pada Pengetua (Boman Irani) ialah beliau pantang dicabar jika dicabar (ketika melihat orang lain maju ke depan maka dia tak senang duduk untuk ikut sama). Inilah sikap bersaing yang bagus jika kena dengan caranya.


Aspek ketiga ialah, terdapat mereka yang dilihat lebih mementingkan, menghargai kebendaan berbanding cinta mereka kepada pasangan, yang ditunjukkan melalui pemerhatian secara luaran diikuti 'eksperimen' yang dilakukan oleh watak Amir kepada Kareena (Pia) yang bakal berkahwin dengan lelaki yang bersikap sedemikian. Hal itu membuka pintu hatinya untuk menilai tunangnya tersebut.


Keempat, dilihat bahawasnya telah menjadi lumrah di India (Hindhu) untuk perempuan membayar Dowry (Mas kahwin) kepada lelaki. Daripada hal itu, dapat dilihat kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak lelaki untuk wanita amat tinggi sehingga menyebabkannya menjadi ANDARTU (anak dara tua) kerana tidak mampu untuk menyediakan mas kahwin tersebut. Jadi bagi perempuan-perempuan jangan letak mas kahwin, hantaran tinggi-tingi ya, nanti jadi ANDARTU! Huhuhu.


Kelima, aspek pengorbanan ibubapa turut diperlihatkan secara tidak langsung dalam cerita ini demi memastikan kebahagiaan anak-anak mereka. Walaupun pakaian tidak diganti bertahun-tahun di samping beliau juga merupakan tunjang keluarga kerana suaminya lumpuh, manakala anaknya ada yang masih belajar di samping mengharap agar anaknya bakal berubah nasib diri – dan mungkin juga keadaan keluarga mereka setelah mendapat segulung ijazah.


Keenam, satu tindakan yang positif; menganggap semuanya baik-baik sahaja, samada ketika marah (bersabar), sentiasa berfikiran positif, bukannya tindakan penuh negatif. Istilah yang digunapakai dalam cerita ini; "All is well", bagi umat Islam kesabaran amatlah penting, sehingga banyak hadith mengenai hal itu, antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w., berikan aku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah". Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah". Riwayat al-Bukhari, boleh rujuk hadith 40 al-Nawawiyyah. (Seseorang yang marah hilang sabarnya!)


Ketujuh, aspek yang amat menarik bagi seseorang individu adalah memilih kerjaya yang disukai, bukan kerana dipaksa orang lain. Dalam cerita ini, digambarkan keadaan yang digambarkan adalah ramai di kalangan watak kerjaya mereka terhasil kerana desakan keluarga, namun akhirnya konsep itu difahami dan mereka boleh berjaya dalam bidang yang bersesuaian dengan minat diri. Sememangnya jika tiada minat terhadap sesuatu yang dilakukan akan mencetus perasaan 'tidak ikhlas'.


Kelapan, dalam mengejar ilmu, terdapat 2 golongan yang digambarkan dalam cerita ini; jenis yang betul-betul ingin belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan mereka yang belajar untuk mendapatkan pekerjaan. Amir digolongkan dalam kalangan pertama, manakala kawan-kawannya jenis kedua. Watak Amir (Rancho) merupakan seorang anak pekebun yang telah dijaga oleh majikannya kerana keluarganya telah tiada, disebabkan itu, beliau terdorong minatnya untuk belajar walaupun dengan apa cara sekalipun, seperti membuat kerja-kerja sekolah anak majikannya, dari situlah dia belajar di samping beliau mencuri-curi belajar. Beliau dapat menyambung pembelajarannya dengan syarat-syarat tertentu yang diletakkan oleh majikannya. Anda kategori pertama atau kedua?


Kesembilan, dalam keadaan tertentu, kecemasan, seseorang perlu pandai membuat keputusan, bertindak, menggunakan kemahiran dan bergabung dalam melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Digambarkan ketika suasana banjir, tatkala kakak Pia (Kareena) nak melahirkan kandungannya, telah berlaku satu kejadian yang akhirnya membuka mata Pengetua (Booman Irani yang juga merupakan ayah Pia), kerana tindakan kemanusiaan yang dilakukan oleh anak didiknya.


Kesepuluh, aspek memberi penghormatan, saling mengormati apa juga profesion seseorang itu (selagi halal) juga diberi perhatian kerana terdapat watak Omi (Chatur) yang agak sombong, memandang rendah dengan kerjaya orang lain.


Hmmm cukuplah sekadar ini, beberapa aspek positif yang terkandung dalam cerita ini dikemukakan. Namun sebarang cerita jarang dapat mengelakkan dari aspek negatifnya. Aspek negatif yang paling utama ialah dari aspek cara penghormatan ; buka seluar, berpakaian dalam dan tunduk serta memberi tabik hormat (mungkin sebab penangan dari tindakan buli oleh senior membuatkan mereka begitu), sememangya dilihat tidak sesuai untuk ditonton oleh penonton Islam khasnya. Aspek kedua dari pakaian, sememangnya filem Hindi tidak bebas dari pemakaian yang 'kainnya tidak cukup'.


P/s: Membuat sesuatu perlu seikhlas mungkin.


Ya Allah jadikanlah sifat-sifat Mahmudah sebati dalam jiwa kami.

Kalau dah Bertunang Bolehlah ya.....


Antara pasangan yang sempat ditangkap sewaktu ku berkhidmat di sebuah jabatan agama

Sejak akhir-akhir ini makin ramai yang menyalah tafsirkan makna pertunangan.
Ada yang merasakan dengan adanya status bertunang maka mereka bebas untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pasangan berkahwin (seks).

Ada yang kata; "Takkan ada orang yang menganggap pertunangan sebagai sama dengan perkahwinan?".

Bagi diriku yang pernah mengikuti menangkap beberapa pasangan dalam satu malam yang apabila mereka ditanya; "Kamu dah kahwin ke belum? Mereka menjawab, ini tunang saya. Hmm bagaimana tu?

Kadang-kadang rasa hairan apabila ada di kalangan mereka yang ditangkap, merayu-rayu menagih simpati agar mereka dilepaskan, hal itu tidak diberitahu kepada keluarga, kerana aiblah katanya, ada pula yang mengambil tindakan saman, kononnya malu dengan jiran yang telah lama mereka bermusuhan (Apabila hal itu diketahui jirannya). Cetus di hati, ketika melakukan maksiat mereka tak fikirkah mengenai akibat yang akan berlaku jika ditangkap? Jika tidak ditangkap sekalipun tidakkah mereka malu pada Tuhan Sekalian Alam, yang sentiasa melihat, memerhatikan hamba-Nya? Ah, inilah hakikatnya petanda akhir zaman!

Rimas mata memandang mereka yang berkasih-kasihan, berpegangan tangan, berdua-duaan (tanpa ikatan perkahwinan). Nak kata tak lawa, ada la rupanya, tapi sayang jika inilah hakikat orang zaman sekarang, boleh melakukan apa sahaja asalkan hatinya berkenan. "Kalau beginilah, sepatutnya mas kahwinnya pun turut kurang, getus hatiku.

Harapanku agar segala kemungkaran paling tidak pun dibenci dalam hati, kerana itulah yang dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai mereka yang mempunyai selemah-lemah iman.

P/s: Alam pertunangan untuk seseorang itu berkenal-kenalan, dibawa bersama perempuan muhrimnya, yang dapat membezakan yang betul dan salah di sisi Syariat Islam.

Ya Allah janganlah kiranya berlaku maksiat secara terang-terangan.

Aplikasi Ketika Cinta Bertasbih dalam Hidup?

Alhamdulillah, hari ini, sempat juga menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 2, kalau semester lepas sempat tengok episod pertamanya,huhuhu. Walaupun kebanyakan pelajar mengikuti larian 1 Malaysia (khasnya tahun 1 dan 2 dikatakan wajib ikut, tapi nampaknya ada juga di kalangan mereka yang tak pergi! Huhuhu, biasa la tu!)

Cerita yang diolah daripada novel pembangun jiwa yang mendapat tempat di kalangan awam ini, dilihat bagus berbanding dengan cerita-cerita cinta cipisan yang semakin bertebaran di media-media massa pada masa kini.

Cerita yang mampu menggugat jiwa remaja!

Hmm jika ingat balik episod 1 cerita ni, kisahnya lebih berkisar kepada alam pembelajaran (diseliti dengan pengorbanan seorang abang bekerja sambil belajar untuk menyara pembelajaran adik-beradiknya - jual tempe! ) Babak pertengahan mula memasukkan kisah cinta (melalui orang tengah) yang diakhiri dengan perkahwinan. Manakala babak terakhir, Khairul Azzam kembali pulang ke Indonesia selepas selamat menamatkan pembelajarannya di Universiti al-Azhar dengan jayanya. Begitulah secara ringkas ceritanya!

Dalam episod pertama, pada awalnya muncul rasa tidak sedap badan apabila pihak perempuan mengajukan beberapa syarat untuk lelaki mengahwininya, hmm terutamanya mengenai poligami, bilamana bakal pengantin perempuan menyatakan dia tidak mahu dipoligami, katanya dia tidak mengharamkan poligami tetapi tidak mahu hal itu berlaku ke atas dirinya. (Waktu itu, terfikir di benakku seolah-olah perbuatan ini sama dengan sikap seseorang itu yang menyatakan: "Saya tak nafikan kewajipan solat, tapi saya malas nak sembahyang!"). Namun setelah penjelasan yang diberikannya mengenai perkara-perkara yang menyebabkan kepada harusnya poligami seperti jika dia (perempuan), tidak mampu untuk memberikan nafkah batin dan alasan-alasan lain, hilanglah andaian, kecurigaanku terhadap kemasukan pemikiran Islam (lebih tepatnya, Muslim) Liberal!

Mampu membuatkan penonton kadang ketawa, kadang sedih!

Dalam episod ke-2 (terakhir) pula, bermula kisah dengan kehidupan suami-isteri yang agak kurang bahagia kerana nafkah batin tidak terisi (6 bulan). Dalam suasana lain, Azzam mula memenuhi tuntutan agama (bekerja), juga mula mencari-cari pasangannya (lebih serius). Waktu ini, ahli keluarga, masyarakat beragama, banyak membantu beliau dalam mencari jodoh terbaik bagi dirinya, pelbagai halangan dihadapi. Sebagai penamat cerita, penulis skrip, pengarang cerita meletakkan pengakhiran yang cukup bermakna, iaitu pasangan yang baik untuk mereka yang baik, begitulah sebalik dan seterusnya. Tulus dari hati, cerita ini mampu membuatkan mereka yang menonton, sentiasa bergelumang, bermain dengan pelbagai perasaan, sedih, gembira, marah juga tak sabar untuk melihat penamatnya. Pandai betul saudara Habiburrahman el-Shirazy bermain dengan perasaan penonton, pembaca!

Fuh, bila tengok cerita ni, teringat pula peringatan-peringatan yang diberitahu ustaz kepada kami (tahun 3, semester akhir), untuk mencari jodoh dikala ini, lepas tu kahwin dengan segera, kerana kata ustaz, ini memenuhi konsep sekufu! Hmm ramai di kalangan kami yang memulakan operasi pencarian jodoh mereka, huhuhu. Ah, malu pula rasanya cakap mengenai urusan ini, sebab tak kerja lagi, huhuhu.

P/s: Mencari pasangan bukanlah sesuatu yang agak mudah, tetapi seharusnya kita merancang, InsyaAllah dengan perancangan itu akan membuatkan kita mendapat jodoh yang terbaik bagi diri. Ingatlah sebaik-baik perancang adalah Allah, kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, Dia yang berhak untuk menentukan!

Ya Allah berikanlah kepada kami pasangan yang terbaik untuk kami yang mampu membawa, membimbing diri kami ke arah redha-Mu.

Itu Kerja MD, MP, DB!

Alhamdulillah dapat juga kali ini memperbaharui artikel setelah agak lama menyepi. Hmm sejak akhir-akhir ini umat Islam kelihatan agak kurang menjaga kebersihan, padahal Islam amat menggalakkan, menyukai penganutnya menjaga kebersihan.
Kadangkala (ramai) dilihat orang bukan Islam lebih menjaga kebersihan daripada umat Islam. Hal ini seolah-olah menunjukkan mereka yang masih belum menerima hidayah, lebih 'bersih' hidupnya berbanding dengan umat Islam.
Cuba lihat di sekeliling kita, khasnya di tepi-tepi jalanraya, budaya membuang sampah daripada kenderaan dianggap biasa, terbukti sampah di tepi jalan begitu jelas kelihatan. Entah mengapa kesedaran di kalangan umat Islam terhadap kebersihan masih kurang. Mereka yang kurang kesedaran ini seolah lebih sayang kenderaan mereka, daripada alam sekitar yang diamanahkan mereka untuk berinteraksi dengan dunia secara berhemah, kononnya kerana takut kotor, semut, malah dengan menganggap tugas itu adalah kerja Majlis Daerah (MD), Majlis Perbandaran dan juga Dewan Bandaraya.
Sedangkan terdapat hadith yang memberi penekanan terhadap aspek kebersihan yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy 'ari, antara maksudnya berbunyi "Kebersihan itu sebahagian daripada iman, Alhamdulilla memenuhi ..... lihat

Hmm hampir terlupa pula kisah seorang budak yang dihempap oleh tong sampah di kawasan yang berdekatan dengan sekolah dulu. Dikatakan budak itu sewaktu nak buang sampah, dia berpegang, berpaut pada tong sampah besar, menurut ceritanya kedudukan tong sampah besar tu agak senget, tidak stabil, jadi dengan suratan Ilahi, maka tong sampah tu menghempap budak itu, yang akhirnya membawa kepada ajalnya. InsyaAllah syurga untuknya!

Jika demikianlah kisahnya, budak yang masih kecil lagi, ada rasa tanggungjawab menjaga kebersihan, apatah lagi bagi kita yang remaja, dewasa ini.

P/s: Jagalah kebersihan, mata yang melihat senang memandang, fikiran pun turut tenang!

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang menjaga kebersihan, bukan mereka yang membuat kekotoran.

Pelawak atau Perbodoh Diri?



Alhamdulillah kali ini terfikir untuk menimbulkan satu persoalan yang agak lama terpendam dalam pemikiran diri ini. Persoalannya sekitar suatu yang sejak akhir-akhir ini, makin ramai yang dilhat terjebak dalam perkara sebegini; "pelawak atau perbodoh diri?"

Hmmm jika dilihat dalam masyarakat masa kini, dalam kalangan pelawak ramai yang dilihat seolah-olah memperbodohkan diri! Bagaimana tu? Ini dapat dilihat ketikamana mereka yang kiranya digelar pelawak ini, seolah-olah menyiksa diri dengan melakukan aksi, mimik muka yang dilihat tidak wajar bagi mereka yang bergelar insan.

Tidak ramai pelawak yang dilihat mempunyai karakter 'penghibur hati melalui jenaka mereka ini'. Antara jenis lawak yang penulis gemar, tidak kering gusi, tak bosan-bosan melihatnya; Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ini kerana lawaknya memang dilihat sinonim dengan realiti kehidupan masyarakat, berbanding dengan pelawak pada masa kini yang seolah-olah memperbodohkan diri. Mungkin benarlah kata orang, P. Ramlee merupakan lagenda yang tidak boleh, sukar untuk dicari ganti.

Tidaklah penulis maksudkan di sini untuk memperkecil, menghina golongan 'pelawak' ini, namun mungkin disebabkan sikap segelintir di kalangan mereka yang dilihat beriya-iya dalam lawaknya, padahal tak kelakar langsung (lawak kurang menyengat, lebih kepada penjenaka yang 'syok lebih'!

P/s: yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain adalah akal, jika akal tidak digunakan dengan sewajarnya, maka kiranya tiadalah lagi perbezaan itu!

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang meletakkan darjat akal pada kadar yang sepatutnya, janganlah dengan tindakan yang dilakukan seolah-olah menunjukkan kebodohan, kejahilan diri kami yang sememangnya Engkau hanya memberikan sedikit sahaja dari ilmu pengetahuanMu yang Maha Luas.

Amat Mudah Untuk Meminta Maaf

Hmm lama sudah rasanya tidak terupdate blog ini. Alhamdulillah kali ini, menarik untuk berkongsi tentang suatu perkara yang seolah menjadi ritual dalam kehidupan ini, ikutilah dan hayatilah cerita ini, InsyaAllah besar manfaatnya!

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita", nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah ibu, tapi saya akan bersegera minta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu", ngomel si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku", kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu".

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat yang tak berapa baik itu?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga-moga kamu akan faham maksud ibu nanti !"

Tanpa membantah, anak itu mengangguk sebagai tanda dia bersetuju dengan cadangan ibunya.

"Begini,setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu".

Beberapa bulan berlalu, kedua anak-beranak tersebut sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" ujar si anak dengan bangganya. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hatinya, tetapi mereka semua telah memaafkan setelah saya meminta maaf".

"Betul wahai anakku kamu sudah meminta maaf dan merekapun telah memaafkan kamu, tapi sedarkah kamu....?

"Maksud ibu?"

"Cuba kamu perhatikan betul-betul dinding ni, semuanya sudah mempunyai kesan tebuk, calar dan rosak. Begitulah juga dengan hati yang telah kamu sakiti, walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka! Hati yang dilukai ada parutnya, anakku!"

Si anak merenung dinding yang mempunyai kesan tebuk itu, ianya sudah lagi tidak seindah asalnya. Fikirnya begitukah keadaan hati orang yang pernah disakitinya?

p/s: Sememangnya memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan terhadap seseorang itu baik, namun jika seringkali meminta maaf di atas kesilapan yang sama bagaimana pula keadaannya? Fikir-fikirlah!

Ya Allah kami memanjat doa kepada-Mu agar Engkau jadikanlah diri kami ini insan yang pandai menjaga hati orang lain dengan tidak bertindak melakukan sesuatu yang memalukan mereka dengan cara bukan yang sepatutnya kami lakukan



Siapa yang Salah?



Hmmm lama juga rasanya dah tak 'update' blog, kali ini rasanya nak kongsi cerita tentang sebuah rumahtangga yang mengalami keadaan kacau-bilau.



Untuk mencari puncanya, ayah, ibu dan anak dalam keluarga itu menemui seorang pakar untuk mendapatkan kaunseling. Setelah melalui sesi bersemuka bersama, kaunselor tersebut menemui ketiga-tiganya secara berasingan.



"Agak-agak awak, apa yang menyebabkan rumahtangga ini bergoncang ?" tanya kaunselor kepada si ayah.


"Ini semua gara-gara isteri saya. Dia tidak pernah patuh. Apa sahaja yang saya katakan, dia pasti melawannya!"


"Jadi bukan salah awak?"


"Ya, pasti! Ini semua salah isteri saya. Dia derhaka!" jawabnya si ayah.



Selepas itu, giliran isteri pula ditemuduga oleh kauselor tersebut.


"Ya apa penjelasan puan?"


'Tak payah selidik panjang-panjang. Confirm salah suami saya."


"Kenapa?"


"Macam mana saya nak beri ketaatan kepada suami yang cakap tak serupa bikin."


"Jadi?"


"Lawan tetap lawan! Bukan salah saya. Salah dia!"


Kaunselor terdiam. Pening.



Tiba giliran si anak, kaunselor bertanya,


"Mengapa awak menagih dadah sebagai jalan penyelesaian?"


"Bukan salah saya...."jawab si anak perlahan. Muram.


"Awak boleh berfikir. Mengapa memilih jalan yang salah?"


"Tuan sendiri dah lihat betapa teruknya persengketaan ibu dengan ayah saya. Saya jadi macam ni disebabkan mereka...."


"Jadi?"


"Saya salahkan ibu bapa saya!"


Kaunselor mengumpulkan semula ketiga-tiga mereka dan berkata, "Saya beri peluang kepada awak semua untuk berbincang. Berbincanglah dari hati ke hati dengan harmoni. Cari jalan penyelesaian. Jangan salah menyalah antara satu sama lain lagi ok!"



Selang tidak berapa lama setelah berbincang, ketiga-tiga mereka pergi menemui kaunselor dengan wajah berseri-seri.


"Setelah berbincang, kami dah capai persetujuan."


"Bagus,"Puji kaunselor dengan penuh harapan.


"Kami semua tidak bersalah," kata si ayah.


"Ya, bukan kami penyebab rumahtangga ini bergolak," kata si ibu.


"Yang salah internet. Ia penyebab kami tidak punya cukup waktu bersama," kata si anak.


"Yang salah jiran sebelah. Dia menghasut saya melawan suami," tambah si isteri.


"Yang salah media massa. Ia kerap menyiarkan berita-berita negatif. Saya terpengaruh," ujar si suami.


Kaunselor terpinga-pinga.



p/s: janganlah jadi sepertimana kisah dalam lagu "bangau oh bangau" yang mana sampai ke akhirnya mencari helah untuk menyelamatkan diri daripada dipersalahkan, kelak akan membawa kepada ketidakharmonian dalam sesuatu kelompok. Berkata benarlah walaupun ianya pahit!



Ya Allah janganlah ada di dalam diri kami sikap suka saling salah mempersalahkan orang lain, sekiranya diri kami lebih layak untuk dipersalahkan.



Cerita Polis Trafik dengan Pemandu

Jangan menyalah tafsirkan papan tanda!

Hmmm dah lama juga cerita ini diperoleh, tapi hari ini, rasa minat timbul untuk berkongsi kisah ini dengan pembaca-pembaca blog yang dihormati sekalian.

Kisah ini tidak dapat dikenalpasti dengan tepat bila berlaku, tetapi, hmm.... cuba baca dulu la ye! (tak payah (tidak perlu) nak (untuk) fikir-fikir tentang benda-benda camtu! (sebegitu).

Satu ketika, seorang pemandu memecut laju keretanya (maklumlah jiwa muda, ditambah pula dengan kereta yang masih baru lagi! ) melebihi had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (papan tanda di suatu tempat, 80km/j). Kemudian polis menahan keretanya, ingin mengeluarkan surat saman, dengan menyatakan; awak dah melebihi had laju (80 km/j) jadi saya saman awak kerana memandu dengan kelajuan 120km sejam!

Dengan penuh rasa kehairanan, pemandu tersebut persoalkan dengan tidak puas hatinya ; "bila masa pula saya pandu sebegitu? Setahu saya, baru sahaja 10 minit saya pandu kereta ni, tak sampai sejam lagi!

Hmm... jika anda di tempat tu (situasi tersebut) apa yang anda akan buat? Tetap saman? Marah? Herdik? Namun apa yang berlaku pada polis itu, dia terkelu lidahnya tak dapat berkata apa-apa, kemudian terus membiarkan pemandu tersebut pergi. Hmm mungkin tak pernah lihat orang se'bijak' itu, jadi lebih baik lepas jerla (biarkan sahaja) ye! Nak marah, mungkin ada rasa nak gelak (lucu), kira nasib baik la pemandu tu!

Agaknya apa moral dari cerita ini ? Kiranya dapatlah dirumuskan beberapa perkara dari situasi dari kisah ini;

Pertama: mungkin pemandu itu tidak mengambil kursus memandu, tiada lesen; kalau ada, mungkin lesen 'terbang' .

Kedua: mungkin pemandu itu sengaja berbuat demikian untuk melepaskan diri daripada disaman polis trafik.

Ketiga: mungkin kerana kesalahan pemahaman, keliru terhadap kiraan bagi kelajuan. (Maklumlah tak faham, tak belajar matematik! huhuhu).

Keempat: mungkin perlu ditukar kaedah penamaan nilai yang digunakan had pemanduan, bersesuaian dengan semua tahap pemahaman pemikiran seseorang. (tak payah letak /jam, cuma nombor sahaja; hmmm ok ke? Pandai-pandai (memandai) jer kan! isk... isk... isk...)

Kelima: mungkin juga dia mentafsirkan sesuatu simbol-simbol jalanraya dengan tafsiran seperti dalam gambar di atas. hmmm... isk.. isk... Na'uzubillahiminzalik. (Kesian kepada orang yang buat lambang papan tanda, bertungkus -lumus untuk memperjelaskan, menggambarkan dengan niat yang betul, lain yang menjadi matlamat yang ingin disampaikannya, tapi lain pula yang difahami orang-orang sebegitu!)

p/s: pematuhan terhadap peraturan jalanraya merupakan satu kewajipan, demi menjaga kemaslahatan diri juga orang lain untuk keselamatan bersama. Jika diikutkan hukum Islam, seseorang yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan yang membawa kebaikan, seperti undang-undang jalanraya yang bertujuan menghindari keburukan 'perkara maslahah' ini, dia boleh dikenakan hukuman ta'zir (pihak pemerintah berhak dalam menentukan hukuman; saman atau yang patut, setimpal)

Ya Allah berikanlah kami pemahaman dalam segala sesuatu perkara yang baik, tetapkanlah kami dalam mematuhi perintah yang memberi kebaikan kepada kami dan kau hindarilah kami dari ditimpa keburukan yang mampu membuatkan kami kufur terhadap Mu

Cerita Toyol dan Seorang Tua (Relaks Minda)



Hmmm dalam ketegangan menghadapi peperiksaan ini, timbul minat nak kongsi cerita, walaupun nampak mengarut (langsung tak betul!), ada unsur lawak, tapi ada manfaatnya untuk dihayati;

Tersebut sebuah kisah, ada seorang tua di zaman dahulu kala, (digambarkan seorang yang bijak, pandai, kerana kononnya memelihara seekor toyol). Toyolnya akan memberitahu apa sahaja yang dikehendaki oleh si tua tadi. Dengan sebab ini, orang tua tersebut disegani oleh orang ramai kerana 'kepandaiannya" itu. (Ini adalah perkara syirik, jangan diikuti!)

Maka hendak dijadikan cerita, saat tiba hari kematiannya, lalu berpesanlah si tua kepada toyol: "toyol, sebelum aku mati aku nak kau jalankan tugasmu yang terakhir untukku, sebelum aku dikebumikan, tolong tuliskan jawapan yang mesti aku jawabkan saat disoal malaikat nanti! Tuliskan jawapan yang diberi oleh imam pada kain kafanku, faham!

"Baik bos!" jawab si toyol dengan mengangguk sekali, "Ok, good boy! kata si tua itu. Maka tak lama kemudian, padamlah (dicabutlah) nyawa si tua tersebut. Setelah selesai mayat si tua itu dikafankan, dan selamat dikebumikan, barulah si toyol teringat akan pesanan tuannya itu tadi. "Alamak! Terlupa pula nak tuliskan jawapan yang diberi oleh pak imam tadi, takpelah (tidak mengapa), bos aku terer (bijak, hebat), pandai-pandailah dia menjawabnya nanti" cetus si toyol yang durjana itu.

Sebaik sahaja semua hadirin meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah malaikat Munkar dan Nakir. "Ma Rabbuka?" tanya malaikat tadi. Si tua tadi dengan selamba dan yakinnya ditambah berlagaknya kemudian bangun sambil menggeliat membetulkan urat. Dengan sangkaan jawapan yang diminta daripada toyol ditulis pada kain kapannya. Maka teruslah dijawabnya dengan penuh lagak gayanya setelah mencari jawapan pada kain kapannya, didapati tulisan pada hujung kain kapannya, dengan suara lantang; "Made in China!!!!! Apa lagi dapatlah seliang, jauh terperusuk ke dalam lubuk tanah...

p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata oleh pihak-pihak tertentu, namun di sebalik cerita ini, terdapat beberapa iktibar yang boleh diambil iaitu dalam hidup ini, kita perlu beriman dan tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu, tidak menjadikan makhluk halus sebagai teman, juga memperbanyakkan ibadah dengan sentiasa memenuhi segala tuntutan dan meninggalkan segala larangan-Nya!

Ya Allah berikanlah kami kemudahan di saat menghadapi persoalan di dalam kubur, ketika dihitung amalan di padang mahsyar, dan ketika ditimbang segala amalan, juga ketika kami meniti titian sirhat ya Rahman.

Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Kadangkala ramai di kalangan kita yang tidak begitu perasaan bahawa dirinya sedang terperangkap, mengalami masalah kewangan. Masalah kewangan jika tidak disedari sejak dari awal lagi akan membuatkan diri lebih parah pada masa hadapan.

Antara tanda diri sedang menghadapi masalah kewangan adalah;

Pertama: Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung masalah kewangan (bagi yang sudah berumahtangga). Manakala bagi yang belum kahwin khasnya pelajar (selalu sahaja meminta sumber kewangan daripada ibubapa-alamatnya duit dalam akaun bank melalui pinjaman, biasiswa makin kurang!)

Kedua: Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan (bagi golongan yang bekerja). Manakala bagi golongan pelajar pula perbelanjaan selalu sahaja lebih, tidak mencukupi daripada sumber kewangan.

Ketiga: Menggunakan kad kredit sehingga maksimum (bagi golongan yang memilikinya). Manakala bagi golongan yang memiliki Smart Card hampir setiap hari, minggu proses 'cucuk duit' berlaku, alamatnya dompet dah kering, poket kosong, kewangan dalam bank pun berada pada paras minimum, silap haribulan kad ditelan,huhuhu

Keempat: Hanya membayar bayaran minimum caj, kadar faedah pinjaman, bil-bil (bagi pemilik kad kredit juga penghutang lain). Kiranya demi mengelakkan daripada bekalan elektrik, air dipotong, juga mengelakkan diri daripada diisytihar muflis. Manakala bagi golongan pelajar mungkin akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan seharian, jika sebelum ini begitu berboros, tidak berhemah dalam berbelanja kini hal itu tidak berlaku lagi. Kadangkala makan makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti Maggi, Mamee tambah menyedihkan jika dibahagikan pula sebungkus maggi kepada enam orang., huhuhu

Kelima: Selalu lambat menyelesaikan bil bulanan (bagi seseorang yang menggunakan perkhidmatan Astro, memiliki rumah sendiri atau sewa). Jika sebelum ini, belumpun habis bulan, segala bil telah dibayar kini, bil belum berbayar sentiasa tidak terbayar pada waktunya, sebaliknya selepas 2, 3 bulan baru membayarnya. Manakala bagi golongan pelajar khasnya, kredit telefon selalu sahaja tamat tempoh atau kering bakinya (hanya tinggal RM0.01 sen sahaja atau sifar). Jika sebelum ini mesej yang dihantar berbalas dengan menelefon kembali, namun kini mesejpun tak dijawab, kadangkala mintak pula id atau e-mail Yahoo Mesengger (YM) kiranya langkah selamat untuk elak dari top up kredit telefon, huhuhu

Keenam: Terlalu banyak berhutang dengan saudara-mara, kawan-kawan. Jika sebelum ini tak pernah berhutang, waktu kegawatan hutang sekeliling pinggang. Waktu sebegini ada kawan, saudara yang lari, bimbangkan risiko peminjaman yang tak berbayar! Kadangkala ada yang ambil langkah singkat dengan meminjam daripada ceti haram (along). Nampak gayanya kalau pinjam dengan along ni, seolah-olah menempah bahaya, maut. Jadi pinjamlah di institusi yang mendapat kelulusan kerajaan, yang kadar bayaran balik tidak tinggi atau mencari alternatif Islamik.

Ketujuh: Tidak dapat tidur malam. Jika sebelum ini bunyi dengkuran menjadi peneman dikala keheningan malam, di kala saat permasalah kewangan ini, otak selalu berfikir mengenai masalah kewangan yang dihadapi. Sebolehnya berfikir juga mengenai jalan untuk keluar dari kemelut kewangan. Insomnia boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan akal, kerana diri tidak mendapat rehat yang cukup.

Jadi perhatikanlah simpton-simpton tersebut, apakah ia sudah berlaku terhadap diri anda? Jika sudah, jadikanlah sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan panduan dalam berbelanja. Janganlah apabila sudah mengetahui diri anda menghadapi masalah kewangan, diri masih berlagak kaya, kerana sikap tersebut akan membuatkan diri anda lebih parah! Jika belum, sediakanlah tabung kewangan sebelum anda menghadapinya. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

p/s: Islam sentiasa mementingkan aspek perbelanjaan yang berhemat. Berbelanjalah mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu yang tidak pernah kekenyangan!

Ya Allah kami memohon kurniaan rezekiMu yang melimpah-ruah banyaknya, lindungilah kami dari kemelaratan dalam hidup yang mampu membuatkan kami ke lembah kehinaan.

Ada apa di sebalik Madagascar 2


huhuhu baru 2, 3 hari baru-baru ni tengok citer Madagascar 2, ok gak. Kisah kali ini merupakan sambungan citer dulu, apa yang terjadi seterusnya? Alex kembali ke tempat asalnya, bertemu dengan keluarganya, selepas sekian lama,
Madagascar 2 Pictures, Images and Photos

namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh dirinya dan kawan-kawannya. Alex dengan masalah pertama untuk mewarisi kiranya kekuasaan ayahnya di kawasan tersebut, sehingga membuatkan dirinya terpaksa berlawan dengan Stincey yang begitu kuat sehingga Alex kalah teruk, yerlah kan Alex kan di New York hanya binatang untuk show je!

Madagascar 2 Pictures, Images and Photos

Murley (kuda belang) plak dengan masalah personaliti, dia merasakan dirinya sama dengan Kuda belang lain, ditambah plak dengan Alex yang tak kenalinya, kerana tak banyak bezanya dengan kuda blng lain. Zirafah plak telah jatuh cinta dengan si badak air, namun si badak air plak macam dah minat dekat Modo badak air jantan yg syok kat dia.


Di akhir cerita berlaku kekeringan air, disebabkan oleh takungan yg disebabkan oleh manusia, khasnya makcik tua yg sebelum ni Alex pernah berlawan dekat New York dulu huhuhu! Alex menyahut untuk pergi ke kawasan punca air, untuk pergi mencari sebab dan mendapatkan sumber air untuk memastikan kelangsungan hidup binatang lain yg mana air hampir kering kontang. Zirafah plak rela mengorbankan dirinya dalam upacara semacam tolak bala, dengan cara terjun ke dalam lembah gunung berapi, kerana dorongan cintanya . Alex akhirnya dapat mengenali Murley dan mengajak Murley untuk turut membantunya.

Namun dalam pergi ke hutan tersebut Alex yg kemudiannya diikuti oleh ayahnya setelah diketahui Alex pergi ke hutan seorang diri, telah diancam bahaya. Namun mendapat pertolongan dari monyet yg telah meminta tolong penguin setelah mengugut penguin. Air kembali memenuhi sungai setelah dipecahkan tadahan yg dibuat manusia. Alex dilantik sebagai ketua kawasan Africa. Manakala Zirafah dan badak air melangsungkan perkahwinan. Penguin dan gengnya masih berusaha untuk pulang ke tempat asal.


Moral dari citer ni pertama, perlunya kita memahami, mengenali kawan. Kedua, perlu ada sifat ingin berkorban demi kepentingan orang ramai. Secara Islamiknya berjuang menentang musuh (berjihad). Ketiga perlu ketabahn hati dalam menempuhi ujian hidup. Keempat tidak kenal erti penat lelah dalam melakukan perkara kebaikan.

Pengajaran di sebalik Kungfu Panda




fuh pagi tadi lepas je sembahayang Subuh, menelaah buku jap, pastu bila rasa ngantuk je terus je tengok cerita Kungfu Panda ni, fuh, best gak citer ni! Huhuhu. Dalam citer ni ada banyak gak pengajaran yang dapat diambil, tapi tak kurang jugak keburukan. Yup memang tak dapat dinafikan pada setiap cerita itu sebenarnya ada nilai positif dan negatifnya. Namun ia bergantung kepada penonton atau penilai itu sendiri. Memang tak dapat dinafikan pada zaman sekarang ni, banyak cerita yang berunsurkan negatif. Namun sebagai golongan manusia yang diberi nikmat akal yang sihat, tambahan nikmat Iman pula bagi individu Muslim, perlulah diambil atau diamalkan juga dipraktikkan nilai-nilai positif . Bak kata pepatah "ambil yang jernih buang yang keruh".




Pengajaran paling utama ialah menjadi diri sendiri (be yourself). Dalam agama Islam hal ini dapat dilihat melalui sifat munafiq iaitu berpura-pura dalam sesuatu perkara, kononnya dirinya baik, tapi dalaman (hati) tu bersifat ujub, riak, takabbbur, dan pelbagai sifat mazmumah lain. Tentang aspek munafiq ini terdapat jelas melalui surah al-Munafiquun yang bercerita mengenai bahayanya sifat dan golongan ini. Antaranya boleh memecahkan sesuatu organisasi, kerana peranan munafiq yang mengadu domba, meragukan orang lain .




Dalam Islam perkara ini dapat dilihat dalam peperangan pertama dalam sejarah Islam yang melibatkan Muslim sesama Muslim yang bertarung antara satu sama lain iaitu antara Khalifah Saidina Ali r.a. dan pihak Saidatina 'A'isyah r.a. yang disetuskan oleh puak 'Assabba 'iyyun pimpinan Abdullah Saba' seorang munafiq kerana bimbang keadaan puak mereka yang takut ditangkap, dibunuh oleh pihak Saidatina A'isyah r.a kerana terlibat dengan pembunuhan Khalifah Uthman r.a. lalu memulakan perang Jamal dengan kononnya berpihak pada Saidina Ali r.a. yang melibatkan begitu ramai jiwa umat Islam . (Cerita lebih lanjut dalam buku Isu-Isu Kontroversi Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin oleh Marzuki Mahmood, terbitan DBP, 1994@ sekarang dah tidak diulang cetak, kalau tak silap la).




Jadi sebagai seorang yang bergelar, berstatus Muslim iaitu berakidahkan Allah Yang Maha Esa, maka perlulah bagi umat Islam menjauhi sifat munafiq ini yang begitu membahayakan, bukan sahaja mengurangkan pahala, tapi menambah dosa, juga boleh menempah Azab neraka yang penuh siksa tak dapat dibayang dek mata kasar, juga tak tercapai dek pemikiran manusia.




Ya Allah jauhkanlah kami daripada sifat-sifat munafiq, sifat-sifat mazmumah, sebaliknya Engkau dekatkanlah kami dengan sifat-sifat Mahmudah, beramal dengannya. Janganlah Engkau golongkan kami sebagai golongan yang mendapat azab siksa-Mu Ya Rahman. Amin Ya Rabbal 'Alamin.


 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top