Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Bijaksana dalam Berdakwah

Jangan sesakali mengelirukan mad'u!

Alhamdulillah pada hari ini, ramai di kalangan kenalan dari Jabatan Dakwah Kepimpinan (JAKMA) tahun 2, mengikuti aktiviti rutin yang dianjurkan Jabatan mereka, sebagai latihan amali dakwah kepada masyarakat asli Johor buat kali ini.

Ketikamana berbicara mengenai kegiatan dakwah ini, seseorang itu perlulah mengikut beberapa langkah dan mempunyai kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada setiap pendakwah agar mereka yang didakwahkan tertarik dengan ajaran Islam dan kegiatan dakwah dapat berjalan dengan lancar.

Pada masa kini, dengan pelbagai kegiatan penyebaran dakyah oleh pelbagai pihak secara tidak langsung mahupun langsung, dilihat cara yang paling berkesan bagiku adalah dengan menunjukkan tingkahlaku yang baik, kerana secara tidak langsung kebiasaannya manusia, akan tertarik dengan akhlak yang mulia. Walaupun ada di kalangan pendakyah agama lain, menyebarkan dakyah mereka dengan memberi bantuan kewangan melalui peruntukan khas yang disediakan mereka untuk menarik seseorang kepada agama mereka. Seseorang yang tinggi maruahnya tidak akan terbeli dirinya dengan harga yang sedikit berbanding maruahnya yang tak ternilai!

Tidak dinafikan sememangnya manusia mudah tertarik dengan harta, tapi kebiasaannya setelah habis, berhentinya saluran harta kepada 'sasaran' pendakyah, maka mereka kebiasaannya akan berhenti mengikuti ajaran tersebut secara langsung.

Seseorang pendakwah harus memilik ketabahan, walaupun dakwahnya dilihat tidak berjaya untuk mempengaruhi semua pihak, tetapi seharusnya sikap sentiasa 'turun padang' diamalkan untuk memperkukuhkan keyakinan mereka yang diseru.

Suka diingatkan sekiranya pendakwah sendiri yang jika perangainya 'sama naik' atau lebih teruk daripada yang diseru, nescaya mad'u tidak akan tertarik. Seharusnya para pendakwah perlu menjaga adab-adab, batasan-batasan pergaulan sesama mereka. Janganlah pula pendakwah menunjukkan 'cinta monyet' di hadapan mad'u, kerana dibimbangi akhir nanti berlaku kesalah fahaman terhadap semua pendakwah sama sahaja dengan orang bukan Islam.

Tugas dakwah perlu dilakukan secara beransur-ansur, jangan terburu-buru, perlu mengikut tertibnya, janganlah dihukum, diperlakukan sama dengan mereka yang telah lama memeluk Islam kerana ianya dilihat amat tidak menarik perhatian mereka yang diseru.

P/s: Dakwah perlu dilakukan dengan ikhlas, bukan mengharap ganjaran daripada sesiapa, tetapi mengharapkan redha Allah semata-mata.

Ya Allah jadikanlah tugas dakwah Islam tersebar dengan lancar, meluas agar Islam kembali menguasai alam ini.

Sawan


Perlu bagi seseorang untuk memahami mengenai sawan.

Pesakit akan mengeluarkan buih (air liur), menggeletar bila sakitnya datang.

Alhamdulillah kali ini suka untuk penulis berkongsi mengenai pengalaman diri yang telah agak kerap memerhatikan kejadian sawan babi (epilepsi).

Menurut pemerhatian penulis daripada apa yang dilihat dan didengar daripada kalangan mereka yang seringkali memerhatikan pesakit ini, mereka menyatakan sebelum berlakunya sawan ini, dalam 2 atau sehari sebelumnya, golongan pesakit dilihat seringkali bermenung, seolah-olah memikirkan mengenai sesuatu.

Pada andaian penulis, akibat daripada terlalu memikirkan akan sesuatu perkara inilah yang menyebabkan fikiran pesakit itu terganggu, seterusnya terjadilah sawan, kerana terlalu tertekan (stress) dengan apa yang difikirkannya. Jika seseorang pesakit ini pernah pergi ke hospital, apa yang penulis dapati mereka diberi sejenis ubat biji (sekotak) untuk ditelan setiap hari khasnya bila merasa diri kurang selesa dengan keadaan dirinya. Jika pesakit ini tidak menelan ubat tersebut, risiko berlakunya sawan amatlah tinggi.

Apa yang penulis lihat, sebelum berlakunya sawan ini, kebiasaannya pesakit akan memberitahu kepalanya pening dan minta untuk rehat seketika, berbaring. Hanya beberapa saat selepas itu, pesakit ini dilihat mula dilandai sawan.

Ketika berlakunya sawan, seseorang pesakit tidak akan sedar diri, mereka seolah-olah dikawal oleh suatu yang lain (tak dapat kawal diri). Seseorang yang melihatnya dinasihatkan agar jangan membiarkan mereka keseorangan, bantulah mereka, kerana di saat demikian mereka perlu sokongan. Pesakit kebiasaannya perlu diajar kalimah syahadah, istighfar atau dibacakan ayat suci al-Quran agar (mudah-mudahan dengan izin Allah) pesakit lebih cepat sedar.

Peringatan yang perlu diberi perhatian; tempat yang ingin diletakkan pesakit semasa penyakitnya menimpanya haruslah selamat, tiada pisau atau benda-benda lain yang berbahaya, kerana kebiasaannya pesakit akan mencapai apa sahaja yang berada di tepinya, jika keadaannya sudah tidak terkawal. Seseorang yang pernah bermusuh dengannya eloklah elakkan diri daripadanya sewaktu kejadian kerana ada di kalangan pesakit ini yang dilihat marah, bangkit untuk menerjah mereka. Ini mungkin kerana disebabkan oleh perasaan dendam ditambah pula dengan hasutan syaitan yang menguasai mereka pada waktu itu. Tapi kalau sudah tiada orang lain di tempat kejadian, hulurkanlah bantuan, InsyaAllah anda selamat.

Sekiranya anda melihat seorang pesakit ditimpa sawan sewaktu mereka berada di dalam air, anda perlulah membawa mereka ke darat, kerana jika tidak, mereka akan mati lemas!

P/s: Bantulah mereka yang memerlukan bantuan.

Ya Allah, Engkau berikanlah pesakit sawan ini, ketabahan, kekuatan untuk mengahadapi ujian-Mu. Ya Rahman pulihkanlah mereka daripada penyakit yang dialami mereka.

Tip Penjimatan Elektrik

Sayangi bumi kita!
Jimatkan penggunaan elektrik, anda mampu melakukannya!


Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia khasnya menyambut ketibaan bulan yang penuh dengan keberkatan iaiatu bulan Ramadhan yang mana kedatangannya sentiasa dinanti-nanti oleh golongan ulama dan manusia yang ingin mendekati Allah

Tika kedatangan Ramadhan ini, tertarik untuk membawa pembaca blog akan satu amalan mulia (penjimatan); tip penjimatan elektrik;

1. Penggunaan elektrik secara am.
  • menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plag). (yerlah takkan kalau dah siang hari masih menyala lampu, sedangkan matahari dah panas terik!)
  • membenarkan pengaliran udara semulajadi di dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan pendingin hawa dan kipas).
  • mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.
  • memeriksa kadar penggunaaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.
2. Penggunaan cahaya dalam rumah.
  • gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80%.
  • menggunakan kadar cahaya lampu yang betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yang terang dan apabila menonton televisyen atau video, menggunakan lampu yang malap.
  • menggunakan kadar watt yang rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya sekadar untuk menerangi ruang.
  • lampu kalimantang biasanya lebih menjimatkan, berbanding dengan lampu pijar (incandescent).
3. Jenis penggunaan peralatan di dalam rumah.

i. peti sejuk.
  • pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.
  • elakkan terlalu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar. (Kalau kerap bukak pintu peti sejuk bila masa nak sejuk!)
  • jangan memasukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Diinginkan terlebih dahulu makanan hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum disimpan.
  • guna peti sejuk yang mempunyai tenaga cekap kerana hal ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25%.
ii. mesin basuh baju.
  • pilih dan gunakan mesin basuh yang sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yang digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.
  • pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkan separuh kapasiti, jumlah tenaga yang digunakan tetap sama.
  • gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik mengguna sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.
iii. alat pendingin hawa.
  • pilih pendingin hawa dengan kapasiti yang sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh, ruang bilik tidur seluas 3×4 meter cukup menggunakan pendingin hawa berkadar 1.5 HP (kuasa kuda).
  • kadar suhu yang sesuai digunakan adalah 22 darjah celcius. Elakkan menggunakan paras suhu yang sangat rendah kerana memaksa lat pendingin hawa bekerja lebih berat.
  • pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yang menghalang udara dingin keluar dari alat pendingin hawa.
  • alat pendingin hawa hendaklah diselenggarakan secara berkala setiap tiga bulan bagi mengekal kesejukan dan jangka hayat peralatan, terutama mesin pemampat.

p/s: amalan berjimat cermat amalan yang mulia dan dituntut agama

Ya Allah jadikanlah diri kami hambaMu yang sentiasa melakukan kebaikan yang diperintahkanMu, jadikanlah juga bagi kami Ramadhan kali ini, penghayatan yang begitu bermakna bagi kami dalam mencapai kerdehaanMu

sedikit pengubahsuaian dari Dewan Ekonomi. Julai 2009. m/s 31.

Pengurusan Kewangan


Pelbagai rancangan berbentuk pengurusan kewangan secara bijak disajikan kepada tontonan masyarakat.

Alhamdulillah pada 4 April (malam Ahad) ku bertolak dari Kuala Terengganu kembali ke UKM bagi menjalani tahun akhir pengajianku; tahun 3.

Alhamdulillah selesai sahaja mendaftar pada pukul 9.00 pagi, terus ku menuju ke bilik penginapan. Hmm nampaknya ada perubahan bilik, tak 'best' la plak rasanya. Hmm nanti la diluahkan perasaan itu.


Hmmm selamat datang kepada warga baru UKM, juga kawan-kawan seperjuangan sekalian yang kembali menuntut ilmu di gedung perbukitan ilmu ini juga di tempat-tempat lain.

Hmmm kali ni, rasanya tertarik untukku berkongsi mengenai kepentingan membuat laporan belanjawan harian.


Hmm kalau tahun lepas, jika dilihat belanjawanku dalam sebulan kadangkala mencapai lebih kurang RM 800 sebulan
(pada bulan Mac, berikutan dengan pembelian alatan berkait dengan komputer), manakala bulan-bulan lain, lebih kurang dalam RM 500- RM 600, ini pula disebabkan oleh pelbagai program yang secara sukarela, terpaksa, ku menyertainya. Jika diikutkan perbelanjaan tanpa pelbagai program rasanya mungkin perbelanjaannya sekitar RM 400. Hmm boleh tahan boros jugak perbelanjaan bulananku, harap semester ini, perbelanjaanku makin menurun berbanding dengan semester lepas, sesuai dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan.

Kiranya perbelanjaanku untuk semester lepas ini, masih 'ok' lagi berbanding jika tiadanya 'catatan belanjawan harian' dilakukan.

Hmm dengan catatan perbelanjaan ini, dapatlah kiranya seseorang itu mengenalpasti ke mana aliran tunai mereka pergi dan masuk.

Seseorang itu juga mampu membuat persediaan kewangan dalam merancang perbelanjaan melalui penelitian yang dilakukan ke atas kos perbelanjaan yang lepas. Hal ini, sekurang-kurangnya mampu membuatkan seseorang itu, tidak 'pokai' sehingga ke akhir semester, tahun, juga bulan.


Dengan catatan perbelanjaan juga, seseorang itu juga mampu untuk menyediakan peruntukan bagi tabungan, pelaburan dalam jangka masa pendek, mahupun panjang.
Hal ini penting bagi menghadapi masa depan yang tidak kelihatan, samada cerah mahupun suram. Moga-moga persediaan awal bagi perancangan masa depan akan memberikan sinar harapan untuk suatu masa nanti.

p/s: perancangan kewangan yang teliti InsyaAllah akan mampu mengelakkan diri daripada kerugian. "Sediakan payung sebelum hujan".

Ya Allah uruskanlah urusan kewangan kami pada jalan yang sepatutnya, janganlah kiranya perbelanjaan kami dikotori oleh belanjawan pada jalan yang salah.
kemalangan maut Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dapat jugak '
update' blog hari ni, setelah sekian lama menyepi dari dunia blog, tatkala kesibukan menjalani Latihan Amali Industri.

Hmm.... semasa dalam perjalanan nak pergi ke tempat kerja, banyak jugak kemalangan kelihatan berlaku, ada yang berlaku di hadapan mata dan ada yang selepas kemalangan.

Agaknya kenapa ye kemalangan boleh berlaku? Hmm mungkinkah kerana sikap cuai pemandu, pembonceng ? Hmm itulah rasanya sebab yang paling utama, khasnya peristiwa kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah Pajero yang telah berlaku di depan mataku.

Dari penelitian yang dilakukan, semasa waktu kejadian, pembonceng motosikal dilihat membonceng motosikal dengan laju dan terlalu hampir dengan Pajero; Pajero pula kelihatan tidak memberi 'signal' semasa ingin memasuki simpang; apalagi 'accidentlah' jawabnya bila motosikal tidak dapat dikawal.

Hmm..... itulah jadinya jika peraturan berkaitan dengan jalanraya tidak dipatuhi!

p/s: pandu cermat, jiwa selamat, InsyaAllah. Patuhilah undang-undang selagi tidak bercanggahan dengan agama!

Ya Allah lindungilah kami daripada kemalangan, kecelakaan yang tidak kami terdaya untuk menghadapinya.

Cara Memerah Otak



Kadangkala kita terasa seakan kosong tak tahu apa-apa, 'blank', seumpama semua yang telah dibaca, diperoleh sebelum ini hilang begitu sahaja, tiada pengetahuan tentang sesuatu perkara.


Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memerah otak;



Pertama, mencipta suasana yang santai dan tenang. Hal ini boleh dilakukan dengan cara mencari tempat yang tenang, tenteram, sunyi daripada gangguan orang ramai, merehatkan diri dengan cara menyedut nafas dalam-dalam, menahan, seterusnya melepaskannya, menikmati secawan minuman, mandi, melihat kehijauan alam, keindahan, ketenangan malam, cahaya rembulan dan banyak lagi jika diterangkan. Pilihlah, asalkan suasana itu memberi ketenangan pada diri. Dalam hal ini, otak anda dalam keadaan santai, bebas untuk berfikir, tidak serabut dengan masalah. Ketika dalam keadaan ini, diri seseorang boleh berimaginasi dengan lebih jelas yang akan membawa kepada satu tahap perkembangan fikiran pada otak kreatif (kanan).



Kedua, bicaralah apa sahaja tanpa meletakkan sesuatu isu. Ini bermakna seseorang itu dilihat seolah-olah bersembang kosong, namun secara tidak langsung, hakikatnya otak akan sentiasa mencari idea untuk meneruskan bicara yang akhirnya akan membawa kepada pemerahan otak.

Ketiga, catat dan rakam perbincangan. Hal ini memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi, kemahiran mencatat. Hal ini adalah kerana sifat manusia yang lemah ini, mereka hanya mengingati sesuatu perkara hanya sekadar seketika sahaja jika hanya mendengar, sebaliknya jika mendengar sambil mencatat, ingatan akan lebih kuat. Rakaman terhadap perbincangan perlu kerana mungkin terdapat sesuatu maklumat yang tidak sempat ditangkap 'akal fikiran pada suatu ketika tertentu; cuba perhatikan keadaan seseorang yang kelihatan lambat menangkap, memahami (pick-up) sesuatu yang didengar, dilihatnya. Dengan catatan terhadap maklumat yang diperoleh daripada perbincangan yang dilakukan, ia akan membantu diri ketika melakukan proses menilai maklumat yang diterima. Dengan mencatat juga otak secara tidak langsung akan berpusing, bergerak, berfungsi.

Keempat, memilih maklumat yang tepat, mempunyai fakta dan yang berkaitan. Hal ini dapat menjadikan sesuatu maklumat itu lebih tinggi nilainya, kerana bukan berpandukan pada omongan kosong sahaja, namun mempunyai hujahnya yang tersendiri. Maklumat, fakta yang dikaitkan dengan sesuatu yang berkaitan dengannya akan memberi satu idea, cetusan fikiran yang baru terhadap sesuatu perkara.

Kelima, berbicaralah apa sahaja daripada topik yang dipilih dengan sesiapa sahaja, kawan juga teman diskusi. Bincangkan mengenai sesuatu isu, pilihlah perkara yang dirasakan sesuai dengan melihat kepada suasana, membawa topik hal-ehwal semasa, politik, atau teladan sejarah lampau. Pilihlah apa sahaja yang dirasakan akan mencetuskan perkembangan fikiran, cetusan idea, asalkan jangan mengumpat sudah, (berdosa besar jika mengumpat, memfitnah; digambarkan pengumpat di dalam peristiwa 'Israk Mikraj seumpama orang yang terhidang di hadapannya dua hidangan daging satu yang elok, masak harum, satu busuk, mentah, berulat, namun dimakannya hidangan yang mentah, busuk berulat, eiii nauzubillAhiminzalik!)

Keenam, seseorang itu perlu fokus pada topik. Ini demi mengelakkan daripada berlakunya bual-bicara yang lari dari tujuan, melangkah jauh dari topik, sesuatu maklumat lebih terarah, tidak terpesong dari maksudnya.

Ketujuh, membuat kesimpulan. Kesimpulan yang dibuat memerlukan penelitian. Penelitian sudah tentu akan melibatkan proses memerah otak kerana demi mewujudkan penjelasan yang terang, betul.

Bermain permainan yang agak mencabar, menguji keupayaan minda seperti chess juga regu dilihat dapat membuatkan otak berkembang.

p/s: akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat

Ya Allah berikanlah kami kecerdasan dalam fikiran, terarah akal berdasarkan petunjuk-Mu Ya 'Alim

Exam Sudah Dekat, Bagaimana Untuk Menempuhinya?





Fuh pejam celik, pejam celik, esok 20/4/2009 dah ramai di kalangan warga UKM juga serata dari universiti-universiti lain, akan menghadapi, merempuhi peperiksaan!

Ada di kalangan kita yang mana tiap kali musim peperiksaan tiba, mulalah bahang demam menguasainya, hmm.. harap dipulihkan segera dari sakit demam, diberi ketabahan dalam menghadapinya.


Hmmm.. bagaimana agaknya dengan persiapan, agaknya semua dah sedia dah ke atau belum?

Biasanya ada sahaja mereka-mereka yang suka mengamalkan prinsip seolah-olah cerita hindustan; hero bangkit di saat-saat akhir melawan penjahat, huhuhu. Ok ke, huhuhu fikirlah sendiri!

Jika amalan seumpama itu diamalkan seseorang, mereka berisiko untuk gagal jika perancangan yang dilakukan tidak strategik!

Antara langkah yang paling selamat diamalkan di saat-saat akhir ini menurutku;

Pertama: jangan sekali-sekali memaksa diri (push) untuk mengingat sesuatu fakta, kerana anda berisiko untuk pening kepala, rasa serabut menghantui kepala anda!

Kedua: membaca sekadar melihat sepintas lalu, jangan tumpu begitu lama terhadap sesuatu perkara, sebaliknya di saat akhir begini sebaiknya diri membaca banyak kali semua bab, perkara. Hal ini kerana pengulangan secara berterusan terhadap semua bab akan membolehkan anda lebih menguasai semua perkara yang dibaca.

Ketiga: jangan terlalu suka untuk meramal soalan-soalan yang bakal keluar. Lebih baik diri memberi laluan kepada semua yang telah dipelajari, atau yang patut diketahui, kecualilah seseorang tenaga pengajar memberitahu soalan-soalan tertentu yang akan keluar dalam peperiksaan nanti. Tapi amat sukar untuk mendapat tenaga pengajar seumpama itu, yang ramainya hanya katakan; 'apa yang saya ajar semuanya masuk peperiksaan!'.
Kadangkala bimbang juga tenaga pengajar yang beritahu soalan-soalan tertentu masuk, tiba-tiba tiadapun dalam peperiksaan, fuh kes aniaya ni! huhuhu


Hmmm kadangkala ketika kita berada di dewan kita rasa rimas, cemas tak tentu pasal. Kenapa ya?

Sepatutnya bagi seorang yang bergelar Muslim, perlulah memulakan langkah kanan sebelum memasuki dewan peperiksaan dengan membaca ayat suci atau doa-doa tertentu, seperti surah al-fatihah dan sebagainya.

Ketika duduk di atas kerusi, di samping berdoa, perlu bagi seseorang untuk memperbanyakkan mengingati Allah khasnya ketika diri dalam keadaan kekangan (berdoalah dan yakinlah diri akan diberi kemudahan untuk menjawab segala soalan). Walaupun dalam hal ini mungkin kelihatan seperti tidak patut, khasnya bagi mereka yang jarang mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, namun berikhtiarlah dengan perbanyakkan mengingati Ilahi, InsyaAllah jalan akan dibuka untuk menjawabnya.

Sebelum menjawab tarik nafas dalam-dalam (deep breath), membaca arahan soalan, sentiasa senyum ketika menjawab soalan, tinggalkan terlebih dahulu soalan yang agak sukar, jawab di kemudian waktu, catat segera apa yang terlintas di fikiran kerana kadangkala sesuatu ingatan hanya datang di saat-saat tertentu (seketika) sahaja.

Hmmm seringkali juga berlaku keresahan, rasa nak hantar cepat, ketikamana melihatkan ramai orang sudah menghantar kertas jawapan, keluar dewan. Sepatutnya usahlah dipedulikan mereka-mereka tersebut, kadangkala ada di kalangan mereka yang hantar, keluar awal bukan kerana sudah siap menjawab soalan, tapi kerana kehilangan idea, adanya sifat gopoh-gapah ingin hantar jawapan, keluar dari dewan dengan segera. Perlu bagi seseorang untuk menilai, melakukan semakan terhadap jawapan yang telah ditulis, ditanda agar segala kesalahan dapat diperbetulkan.

p/s: sikap gopoh-gapah selalunya akan merugikan diri, kerana sifat itu adalah daripada sifat yang dimiliki syaitan.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kefahaman, kemudahan untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Apa Kata Sebelum Tidur....

Emmm..... mata dah kuyu,layu, mulut asyik menguap memanjang, kepala rasa macam pening, badan dah letih (alamat dah mengantuk) menempuh hari-hari yang penuh dengan pelbagai mehnah ujian.

Tapi apa agaknya yang kita patut amalkan sebelum tidur ye?

Kadang-kadang hari yang dilalui keesokan harinya tiada bermakna, terasa sepertimana hari-hari sebelum ini, malah yang lebih teruk jika hari demi hari makin bertambah keburukannya. Hal ini antaranya disebabkan jika malamnya tidak dilakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan kita sebagai motivasi kepada diri, juga sebagai tanggungjawab seorang Muslim.

Apa ye agaknya dirasakan penting, perlu dilakukan sebelum tidur?

Pertamanya; baca doa tidur, mintalah doa kepada Ilahi agar kita dilindungi daripada mimpi-mimpi buruk, sebaliknya diberikan mimpi yang baik-baik.

Seharusnya kita membaca ayat suci al-Quran sebelum tidur, tidak kisahlah samada surah al-Fatihah, surah-surah 4 Qul atau apa-apa sahaja, kerana dengan membaca al-Quran InsyaAllah akan tenang tenteram hati kita juga dilindungi diri daripada segala jenis keburukan, kejahatan yang dihasilkan manusia, iblis.

Kedua; cuba kenangkan (hisab, hitung) kembali apa yang kita lakukan pada hari ini. Cuba nilaikan apakah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya? Apakah banyak kebaikan yang kita lakukan atau sebaliknya? Apakah hari ini sama dengan hari-hari sebelumnya?

Ketiga; memberi dan memohon kemaafan kepada seserang yang telah melukakan hati kita pada hari tersebut. Memang tak dapat dinafikan kadangkala agak sukar bagi kita untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang. Namun harus diingat seandainya nyawa (roh) diri diambil sewaktu kita sedang dibuai lena, apakah kita mempunyai waktu untuk berbuat sedemikian? Ingatlah Allah itu Maha Pengampun, jadi sewajarnya bagi kita untuk turut memaafkan seseorang. Seseorang yang memaafkan seseorang akan tenang tenteram jiwanya InsyaAllah.

Keempat; tanamkan azam apa yang ingin dibuat pada keesokan harinya. Ini sebagai motivasi bagi kita untuk menempuhi hari esoknya yang lebih baik. Jangan disematkan perkara-perkara buruk di dalam fikiran, yang ingin dilakukan sementara menunggu untuk melalui hari yang bakal mendatang.

Kelima; kosongkan, tenangkan fikiran, rehat, lemahkan badan, jangan memaksa diri untuk tidur, kerana diri susah atau mungkin tak akan dapat tidur!

tidurlah dalam keadaan berwudhu', mengiring di sebelah kanan atau melentang, jangan meniarap kerana itu adalah tidur syaitan!

p/s: amalkanlah cara tidur yang sihat, bukan susah untuk mengamalkan sesuatu yang baik, namun jika diri menganggapnya susah maka akan susahlah untuk dilakukan.

Ya Allah berikanlah kami mimpi yang baik-baik, lindungilah kami daripada mimpi-mimpi yang dilakukan syaitan, iblis yang buruk. Ya Allah jika Engkau cabut nyawa kami ketika tidur, maka Engkau matikanlah kami dalam keadaan beriman Ya Mumit.

Bapak Borek Anak Rintik

Sudah lama kedengaran pepatah 'bapak borek anak rintik' diperkatakan. Ingin sekali ku berkongsi tentang cerita mengenai seorang bapa khasnya, terhadap pembentukan sahsiah anak-anak.

Ibubapa kulihat mampu mempengaruhi peribadi tingkah laku anaknya. Pernah kulihat seorang bapa yang mempunyai hampir semua anak-anak yang agak nakal perangai mereka. Sehinggakan anak-anaknya menjadi buah mulut orang ramai, kerana masing-masing merupakan jaguh dalam aktiviti yang tidak bermoral, khasnya rempit; menunggang motor secara salah guna (wheeling), kadang-kadang terlibat dalam kecurian (khasnya ketika masih budak-budak), juga berjudi, anak perempuan pula lari ikut lelaki (tapi sekarang ni dah ok rasanya, sebab dah kahwin dah kalau tak silap) ish..isk..ish.. harap berubahlah perangai anak-anaknya ini ke arah kebaikan.

Bila dilihat peribadi seorang bapa pula, kelihatan dia seorang yang tidak sabar, suka menyumpah-nyumpah, pemalas (pernah suatu ketika ku dengar sumpahnya terhadap hujan, huh bahaya tu, lupakah dia siapa yang menjadikan hujan? Mungkin kerana tindakannya yang terlalu terikutkan akan hawa nafsu dan juga bisikan syaitan, tapi tak patut la kan!). Sepatutnya apa salahnya jika mendoakan agar hujan diredakan, diberhentikan, kan bagus!

Ku hairan juga bilamana melihatkan si bapa ini, bukannya jenis yang tak datang surau, datang jugalah walaupun tak setiap waktu sembahyang, namun perangainya seolah-olah tak memberikan petunjuk yang menandakan dia seorang yang agak tabah (yer la sepatutnya jika dah jadi ahli surau sekurang-kurangnya terfikir beberapa kali untuk bertindak). Apakah mungkin kerana tiada penghayatan terhadap nilai keimanan? Yup, rasanya penghayatan terhadap iman ini kurang diamalkan dirinya. Tapi mungkin juga dia tidak mengetahui apa yang dilakukannya adalah salah, kerana maklumlah kebanyakan di kampung khasnya kitab yang dibacakan imam adalah hanya berkisarkan sembahyang, puasa, haji sahaja (nampak seolah-olah Islam itu sempit) namun tidak menyentuh soal Tauhid secara mendalam.

Begitulah kata pepatah 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasinya'. Sepatutnya bagi ibubapa menjadi model, contoh yang baik kepada anak-anaknya sebagaimana kata pepatah "bagaimana acuan begitulah kuihnya"


p/s: Jika inginkan anak yang soleh,solehah didiklah mereka dengan sebaiknya sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Ya Allah hiasilah diri kami dengan perhiasan akhlak yang mulia. Engkau kurniakanlah kami zuriat di kalangan hamba-hambaMu yang soleh, solehah.

Antara Langkah Selamat Menolak Cinta

Terdapat beberapa cara yang perlu digunakan oleh seseorang untuk menolak cinta dari seorang insan yang tidak, kurang anda minati atau kerana masih belum bersedia untuk menerima cinta.
Hal ini untuk mengelakkan daripada terjadinya perasaan dendam, tak puas hati, penyesalan, oleh insan yang meluahkan cinta juga individu yang ditawarkan cinta kepadanya.

Antara beberapa kaedah yang dapat dikenalpasti;

Pertama dengan memberitahu anda masih belum bersedia untuk menerima cinta; "saya minta maaf kerana buat masa sekarang pintu hati saya masih belum terbuka untuk menerima kehadiran cinta dalam hidup ini, InsyaAllah kalau kita ada jodoh atau bila tiba masanya nanti, kita akan bersama. Boleh dinyatakan juga anda pernah kecewa dan tak mahu terjadinya "keadaan pisang berbuah dua kali" tetapi ada risiko juga jika dinyatakannya kerana tak semua orang akan menerima seseorang yang hatinya telah dimiliki pada suatu masa dahulu, kerana bagi mereka hati individu tersebut masih teringatkan akan kekasih lamanya. Jadi rasanya cukuplah sekadar dinyatakan kalau ada jodoh, InsyaAllah kita akan disatukan Ilahi.

Kedua dengan menyatakan yang diri anda bukanlah seorang yang terbaik untuknya; "saya rasa diri ini bukanlah seorang yang terbaik untuk awak, banyak kekurangan pada diri ini, ada lagi insan yang lebih baik, mulia dari saya untuk membimbing awak ke jalan yang lebih baik, saya doakan jodoh yang terbaik untuk awak, moga awak bahagia dengannya. Perlu diingati bahawa manusia ini suka jika orang lain menganggap dirinya lebih tinggi, mulia daripada orang lain!

Ketiga dengan memberitahu status diri anda samada anda telah berpunya atau belum; "saya minta maaf sebabnya saya dah ada insan lain di hati ini, saya telah dipinang atau dinikahi, percayalah awak akan memperoleh jodoh lain meskipun awak tidak mendapat kasih dari saya".

Keempat dengan menyatakan sebab-sebab lain yang dirasakan mampu dijadikan penghalang untuk mengelak dari cinta; "saya minta maaf kerana saya masih ada tanggungjawab lain yang wajib saya penuhi iaitu amanah yang diberikan oleh agama, ibubapa, keluarga dan insan atau badan yang terlibat dalam memastikan diri anda terus mengejar ilmu, mencari pengalaman sebelum menerima lamaran cinta". Yakinkan padanya; "Percayalah pada Ilahi jika sudah jodoh kita, takkan ke mana-mananya jodoh".

Begitulah antara langkah, cara yang mampu kukongsikan. Bagi insan yang ditolak cinta janganlah bersikap mendesak; ingatlah, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor! janganlah jadi seperti kata pepatah "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

InsyaAllah dengan memperjelaskan dengan cara yang baik seseorang itu akan dapat menerima yang cintanya ditolak, jangan digunakan perkataan yang boleh menyakitkan hati seseorang; "uiks, sedarlah diri sikit, cermin kau tu siapa, muka macam siput sedut, ada hati nakkan aku, tengoklah pangkat, kedudukan antara kau dan aku jauh berbeza, aku kaya kau miskin!". Jika diucapkan kata sebegitu bukan sahaja orang benci malah akan berdendam kemudian akan melakukan pelbagai tindakan jahat seperti santau, membunuh, juga fitnah.

p/s: Budi bahasa budaya kita. Adat Melayu "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tunaikanlah amanah yang diberikan oleh ibubapa supaya anda menuntut ilmu terlebih dahulu! Jangan mengejar cinta manusia yang belum pasti akan kekal menjadi milik diri sendiri.

Ya Allah jodohkanlah kami dengan pasangan yang terbaik untuk kami, wujudkanlah dalam perhubungan kami ini sifat saling memahami di antara kami. Ya Rahman, kekalkanlah perhubungan antara kami ini kekal dari alam perkahwinan sehingga alam akhirat Ya Rabbi. Ya Rahim berilah kami kasih sayangMu sentiasa agar kami tidak merasakan diri kami keseorangan.

Ahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah sempat juga kita semua menyambut kedatangan bulan yang terbaik di antara semua bulan, bulan yang penuh rahmat, magfirah (keampunan) dan keinsafan jika dihayati oleh semua dengan sebenar-benar.

Pada bulan ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah, kerana terdapat pelbagai ganjaran yang kita akan perolehi jika dilakukan dengan ikhlas Insyaallah.


Pada bulan ini, syaitan telah dirantai. Jadi tidak ada lagi yg dapat mempengaruhi diri kita ke arah keburukan melainkan hawa nafsu. Melawan hawa nafsu merupakan satu jihad yang besar bagi kalangan orang Islam.

Dalam mengharungi bulan yg mulia ini, kita akan mengikat hawa nafsu (makan minum khasnya), pada waktu mulanya selepas waktu Syuruk sehingga masuknya waktu Magrib.


Beberapa hari lepas kita telah menyambut hari kemerdekaan yg ke-51, tapi sejauh manakah kemerdekaan yang kita capai sebenarnya?


mengikut dari penilitian terhadap masyarakat Malaysia hari ini, dilihat masih ramai di kalangan kita yg masih belum merdeka sepenuhnya.
Hal ini kerana, kita dilihat terjajah minda dengan pemikiran barat, samada dari segi fesyennya, teknologi dan maklumatnya.

Jadi perlu bagi kita umat Islam untuk melakukan perubahan dari kebergantungan kepada Barat kepada pembentukan identiti yg tersendiri, menerokai segala bidang ilmu pengetahuan serta mencipta teknologi maklumat yg lebih baik atau setanding dengan barat.

Ini penting untuk mengelakkan kebergantungan kepada barat dalam sesuatu bidang tertentu.
Kalau di bulan Ogos kita merdeka, maka pada bulan Ramadahan ini kita bebas dari godaan syaitan yg menjadi musuh utama manusia. Oleh itu kita perlu fikir secara bersama untuk mencari makna kemerdekaan (kebebasan) yang sebenarnya!

"Fikir-fikirlah, kerana berfikir itu pelita hati"

Nak kahwin ke?

dalam hidup ini memang menjadi fitrah seseorang untuk memiliki pasangan, oleh kerana itulah agama Islam mensyariatkan agar sesiapa yang berkelayakan untuk berkahwin untuk mendirikan rumah tangga,
ini untuk mengelakkan daripada berlakunya gejala zina. Gejala zina mampu merosakkan zuriat keturunan, memporak-perandakan hubungan antara ahli anggota keluarga yang terlibat, seterusnya menimbulkan permusuhan yang berterusan dengan tiadanya pelaksanaan hukum berdasarkan syariat.
tapi nak kahwin tu bukan semudah yang disangkakan, perlulah bagi kedua-dua pihak mendapatkan pengetahuan yg cukup mengenai tanggungjawab masing-masing.
Ini nak mengelakkan daripada berlakunya nusyuz antara pasangan kerana terdapat pihak antara pasangan yang tidak menunaikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pasangan perlu ada sifat memahami, bertoleransi demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam.

jadilah pasangan yang terbaik demi memastikan zuriat yang soleh solehah Insyaallah.





Kesibukan ke?



Assigment mula dah menimbun banyak datangnya, buat masa sekarang ni! harap sngt dpat buat dgan sebaik mungkin!


dalam kesibukan buat kerja ni hrap la sngat masih dpat bgi komitmen untuk tgas lain yg diberikan amnah untuk diri memikulnya,

harap masih dpat solat scara berjemaah dkt masjid atau surau, yang penting scara jemaah,

sbb dalam hayat Nabi s.a.w. walau bagaimanapun keadaan Baginda, ketika sakit, Baginda tetap sembahyang secara berjemaah, rugi la plak klu nikmat kesihatan yang diberikan Allah kpada kita ni tak dgunakan sebaiknya.

nanti takkan nak tunggu saat sakit baru nak ingat Pencipta, ingat plak lgu demi masa nyanyian Raihan, ok gak lgu2 camtu, bleh timbulkan rsa keinsafan skit!

jgan ingat saat muda hanya sekali, sbb tu la nak enjoy sepuasnya semasa muda ni. Patut diingat jgak yg saat maut dtang tak mngenal usia! Bila dah sampai waktu ajal, tiada siap yg dpt menghalang maut dri menjemput diri. Bila sebut pasal ni ingat la plak lagu menanti di alam barzakh oleh Far East

Ya ALLAH berikanlah aku kepandaian untuk menguruskan masa untuk aku mengatur urusan hidupku ini agar dapat ku mengatur masa dgn sebaiknya Ya Allah

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Wifes




In our life actually we all have the 4 wives in our lives:

Our 4th wife is our body. No matter how much time and effort we lavish in making it look good, it will leave us when we die.

Our 3rd wife is our possessions, status and wealth. When we die, it will go to others.

Our 2nd wife is our family and friends. No matter how much they have been there for us, the furthest they can stay by us is up to the grave.

Our 1st wife is the Soul, often neglected in pursuit of wealth, power and pleasures of the world. However, our soul is the only thing that will follow us wherever we go. Cultivate, strengthen and cherish it no, for it is the only part of us that will continue with us throughout Eternity.

Di samping itu, kekasih yg paling utama di dalam hidup kita ialah Allah dan Rasul junjungan-Nya, oleh itu perbanyakkanlah amalan kebaikan kita untuk mendapat kasih yang begitu bermakna.

Hidup ini janganlah terlalu kedekut, tamak yang tak bertempat yg akan membuatkan diri rasa menyesal nanti. Di alam kubur tinggallah diri sendirian tanpa ditemani oleh sesiapa melainkan amalan yg baik akan menjadi pelindung diri.

‘’Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan’’

EXAM LA PLAK

KALAU TERTANGKAP KAN KANTOI NANTI!

EXAM DAH DEKAT LA!

CAMNER DGN PERSIAPAN YG DIBUAT
DAH SIAP SEDIA KE NAK BERMUJAHADAH?
HARAP SEMUA DAH SIAP SEDIA HENDAKNYA!

TPI TIAP KALI EXAM ADER JE DRI KALANGAN KITA NI YG BUAT SATU PERKARA YG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA KITA (ISLAM)..........

APA TU???????????

MENIRU EK!

YE BETUL TU!

HERAN BETUL LA KNAPA PERKARA NI SEOLAH TELAH MNJDI LUMRAH DLM KEHIDUPAN KITA!
pening

SEDANGKAN KITA SEPATUTNYA JUJUR DGN DIRI SENDIRI!
HMMMMM...... INILAH MASANYA UNTUK KITA LIHAT SETAKAT MANA TAHAP KITA, BNYAK MNA ILMU KITA YG KITA INGAT SELAMA KITA BELAJAR,

ITULAH TUJUAN EXAM DIADAKAN, KLU MENIRU TAKDE GUNANYA LA APA YG KITA JAWAB, LEBIH BAIK TINGGAL DEKAT RUMAH, TIDUR LEBIH BAIK

TERDAPAT SATU HADIS YG BERKAITAN DGN PERLAKUAN JUJUR YG PERLU KITA LAKUKAN

من غش فليس منا
“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

ITULAH SEKADAR PEMBERI INGATAN DARIKU UNTUK DIRIKU SENDIRI DAN UNTUK SEMUA YG MEMBACA APA YG DITULISKU INI

JUJUR ITU SIFAT YG MURNI
SIFAT YG AKAN MEMBAWA KEREDHAAN ILAHI
SIFAT YG MEMBERI KEBAHAGIAAN UNTUK DIRI SENDIRI
KERANA DGN JUJUR ITU KITA AKAN MERASA PUAS HATI

MENIRU ITU AMALAN YG KEJI
AMLAN YG AKAN MEMAKAN DIRI SENDRI
KERANA KALAU TERTANGKAP NANTI
TIADA GUNANYA LAGI

USAH DIRAGUI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI
KALAU KITA MENGKEHENDAKI SESUATU YG DIHAJATI
INSYAALLAH KITA KAN MEMILIKI
JIKA KITA BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ILAHI

JGAN SEKALI-KALI MENYATAKAN KPADA DIRI SENDIRI YG MANA KLU TAK MENIRU, RESULT AKAN TERUK NANTI!
SEBALIKNYA YAKINLAH DGN KEBOLEHAN DIRI SENDIRI, TAHUKAH KITA SEMUA MAKHLUK YG DICIPTAKAN ILAHI MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN YG SAMA,
TIADA BEZA ANTARA KITA YG MEMBEZAKAN KEDUDUKAN SESEORANG ITU HANYALAH DARI SEGI MEMANFAATKANNYA

OLEH ITU CUBALAH KITA BERUSAHA SENDIRI
KERANA ITULAH YG TERBAIK BUAT DIRI
KITA JUGA AKAN DIREDHAI ILAHI
KERANA MEMBUAT APA YG DIPERINTAH ILAHI

KALAH MENANG @ GAGAL

teh win button
kalah
KITA SERINGKALI MENGHADAPI KEGAGALAN DAN KEMENANGAN

TANPA IA SEOLAH HIDUP INI TAKDER PERASAAN

KATA ORANG KLAH MENANG ADAT PERTANDINGAN

JADI INGATLAH BHWA IANYA ADAT KEHIDUPAN


JANGAN KITA CEPAT BERPUTUS ASA

KERANA ITU BUKAN SIFAT YG PERLU KITA MEMPUNYAINYA

SIFAT PUTUS ASA AKAN MEMBUAT KITA BINASA

KERANA JIWA KITA KAN RASA TERSEKSA


KALAU HATI RASA TERSEKSA

HIDUP JADI TAK TENTERAM JADINYA

KUATKANLAH HATI UNTUK MENGHADAPI KEGAGALAN YG MELANDA

KERANA DARI SITU KITA AKAN MENGINGATI YG MAHA ESA


JANGANLAH KITA MENGENANG APA YG TELAH BERLALU JIKA IA

AKAN MEMBUATKAN DIRI RASA TERSEKSA

SEBALIKNYA MEMBUAT PERANCANGAN YG SETERUSNYA

BAGI MENGHADAPI APA YG BAKAL DILALUI DI SUATU MASA


LEBIH BAIK KITA MERANCANG SATU MATLAMAT YG BARU

MEMBINA RANCANGAN YG BERKUALITI DAN JITU

AGAR SEGALA YG KITA RANCANG AKAN BERLAKU DGN BAIKNYA

BARULAH KITA TAKKAN MERASA SEDIH MACAM DULU


JIKA KITA MENDAPAT KEMENANGAN PULA

JANGAN KITA LUPA IA MERUPAKAN ANUGERAH YG MAHA ESA

BERSYUKURLAH KITA KEPADA-NYA

DI ATAS SEGALA KURNIAAN-NYA KPD KITA


KEJAYAAN ITU BUKAN MILIK KITA SENTIASA

KERANA IA HANYA AKAN DATANG JIKA ADANYA USAHA

USAHA YG DISERTAI DENGAN DOA DAN TAWAKKAL KEPADA DIA

BARULAH KITA AKAN BERJAYA


GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA

KEJAYAAN PULA BUKANNYA BERTERUSAN SAMPAI BILA-BILA

INILAH YG DIKATAKAN HIDUP DI DUNIA

HIDUP YG PENUH DENGAN MAKNA

TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top