Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Eksploitasi Terhadap Wanita


Iklan dengan cara pemakaian sebegini dah mampu menarik pengguna!

Hmmm akhir-akhir ini, makin banyak iklan yang menjadikan wanita sebagai aset 'penarik' kepada pengguna untuk memperkenal,mengekalkan sesuatu produk mereka di dalam pasaran masyarakat.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, perempuan memainkan peranan yang berjaya untuk menarik pengguna, khususnya lelaki 'tertentu' di samping wanita itu sendiri. Hmm memandangkan kepada keadaan sekarang, tidaklah salah untuk wanita bagi menjadi duta iklan sesuatu produk, tapi yang menjadi permasalahan utama di sini ialah, ketikamana aspek pemakaian yang tidak memenuhi syariat agama. Lebih memalukan, apabila perempuan itu seolah-olah bergembira menunjukkan bentuk tubuh badannya, yang kononnya difikirkan seksi, padahal di sisi Allah ia adalah seksa.

Hmmm jika diikutkan hati, nak sahaja doa agar anggota tubuh yang didedahkan itu mula tumbuh kurap, badannya menjadi gemuk! Tapi, apakan daya, tidaklahku suka untuk melakukan perkara yang sedemikian. Hanya yang mampu dilakukan, mendoakan kesedaran beragama dalam diri mereka.

Agak sedih bila melihat mereka (wanita), yang terhegeh-hegeh untuk menjadi duta iklan sesuatu produk walaupun perlu mendedahkan bentuk tubuh mereka. Ah, mungkin pada andaian mereka itu merupakan perjuangan penyamaan taraf (hak) antara lelaki dengan perempuan, tetapi pada hakikatnya mereka ini telah membuka aib, menghilangkan penghargaan (harga diri), peletakan rasa hormat yang tinggi terhadap perempuan oleh Islam.

P/s: Agaknya kenapa anda harus mengorbankan penghormatan tinggi yang telah diberikan agama, sedangkan itulah yang merupakan sesuatu yang bernilai ibarat mahkota emas, malah lebih daripada itu !

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang menjaga maruah diri.

Tragedi Meragut Nyawa di Lata Payung


Air Lata memang kuat arusnya, khasnya bila lepas hujan! (gambar hiasan)

Lata Payung (sebelum 'tsunami')

Jumaat lepas, satu tragedi kemalangan yang berlaku di kampungku, menyebabkan dua budak lelaki meninggal dunia dalam peristiwa air pasang di kawasan Lata Kg Payung Baru.

Daripada maklumat yang diperolehi daripada ibuku, kejadian tersebut berlaku selepas waktu solat Jumaat, iaitu sekitar pukul 3.30. Dalam kejadian pada awalnya terdapat 11 orang lelaki yang berusia sekitar 11, 12 tahun (tingkatan 1,2), iaitu 7 orang yang difahamkan sedang duduk beristirehat di atas batu (mungkin baru lepas mandi). Manakala 4 orang sedang leka bermandi-manda.

Dalam keadaan hujan yang agak lebat, mereka ini masih leka, asyik dengan panorama, kesejukan Lata Payung, tiba-tiba berlakulah air pasang! (Untuk pengetahuan pembaca, kawasan Lata, khasnya Lata atau Air Terjun Payung memang bahaya bagi seseorang untuk terus mandi jika keadaan hujan, khususnya ketika hujan agak lebat, ditambah lagi ketikamana berlaku hujan bukit) .

Ketika air pasang empat orang yang sedang mandi-manda dibawa oleh arus air yang deras, namun dengan tindakan pantas di antara mereka yang berada di atas batu tadi meminta pertolongan daripada orang kampung (jiranku), Alhamdulillah, dua daripada mangsa sempat diselamatkan, manakala dua orang lagi mati lemas, dibawa arus air yang kuat.

Menurut maklumat yang kuperolehi, dua mangsa lemas itu dijumpai mayatnya agak jauh akibat dibawa oleh arus yang deras. Salah seorang mangsa ditemui masih di kawasan lata dalam keadaan tersepit di celah batu, manakala seorang lagi ditemui orang kampung di sungai besar, dalam keadaan kepalanya pecah, akibat terhantuk di batu .

Fuh berita ini hanya hangat diperkatakan pada 17/10/2009 (di Buletin Utama TV3, iaitu di akhirnya; berita penting!), manakala di dada akhbar (Sinar Harian, Bernama) dan internet seperti Yahoo Malaysia News pada 18/10/2009.

Apa yang penulis agak kecewa di sini kerana apa yang diperhatikan, tidak ada papan tanda diletakkan di kawasan Lata yang memberi amaran supaya pengunjung mengelakkan daripada mandi khasnya bila waktu hujan atau selepasnya. Jika sebelum 'tsunami' melanda Lata Payung dahulu, sebelum air pasang, akan kelihatan daun-daun yang banyak turun sebelum berlaku air pasang, namun selepas peristiwa tersebut tiada lagi tanda-tanda amaran air pasang yang akan berlaku kelihatan .

P/s: Jangan ambil mudah aspek keselamatan dikala mandi.

Ya Allah berikanlah kepada keluarga arwah ketabahan untuk menghadapi ketentuan-Mu ini.

Dengkikah Melayu?


Entah mengapa orang Melayu khasnya seringkali dilibatkan, malah seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan sifat dengki, iri hati sesama manusia ?

Sifat dengki ini kebiasaannya, menjadikan seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan 'lawannya' .

Sifat dengki lebih kelihatan dalam bidang perniagaan ketikamana individu melihat perniagaan seseorang itu semakin maju, agak senang, mulalah timbul perasaan hasad kerana merasakan dirinya juga patut turut sama senang, walaupun dirinya tak berikhtiar untuk mencapainya.

Dari hal inilah ramai di kalangan mereka ini yang kononnya menjadikan bidang perniagaan sebagai sunnah Nabi s.a.w., padahal meniaga sebab dengki ! Patut ke? Hmm tak patut, tak patut!

Malah yang lebih parah lagi ketikamana perasaan dengki di tahap yang kritikal membuatkan seseorang itu bertindak dengan tindakan luar rasional, malah menyalahi syariat! Macamana? Tak lain tak bukan, mereka ini menggunakan makhluk halus demi menjatuhkan 'lawan' bagi memajukan perniaagaannya, di samping mengamalkan unsur syirik lain yang dilarang syariat. Ada juga di kalangan mereka yang gembira, bahagia apabila melihat 'lawannya' jatuh, walaupun mereka turut mengalaminya, kerana bagi mereka, lebih baik lawannya setaraf dengan mereka, asalkan jangan 'lebih' darinya. Isk...isk...isk...

Golongan pendengki ini seolah-olah telah lupa akan keIslamannya yang mana agama Islam melarang penganutnya untuk dengki melainkan dalam 2 perkara sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas 'ud maksudnya;"Tidak dibenarkan dengki melainkan terhadap dua perkara iaitu kepada orang yang diberikan Allah harta, maka dia menggunakannya pada jalan yang benar (jalan kebaikan) dan terhadap orang yang Allah berikan ilmu maka ia memutuskan dengan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain" au kama qal .

Hadith di atas membenarkan seseorang itu dengki terhadap orang yang mempunyai ilmu dan dengan kedengkian itu membuatkan dirinya turut menuntut ilmu, kemudian mengajarkannya kepada orang lain, juga dengki seseorang kepada orang yang diberikan harta, kemudian dengan dengkinya itu dia turut sama menginfaqkan hartanya pada jalan yang hak.

p/s: Berdengkilah diri untuk melakukan kebaikan .

Ya Allah jadikanlah dengki kami terhadap perkara yang Engkau redhai, bukan pada hasad yang Engkau murkai.


Mudahnya Mencabut Nyawa

wah lama betul rasanya tak update blog dek kerana ketiadaan rangkaian jaring-UKM di bilik, ditambah pula dengan kesuntukan masa (dek kerana pengurusannya yg tak begitu sistematik). Malam ni dapat juga walaupun banyak juga idea untuk mengisi blog yg tersimpan (sentiasa bermain-main) di fikiran ini.

Satu perkara yang ingin kukongsikan pada kali ini adalah kisah tentang pembunuhan diri. Gejala ini kelihatannya agak membimbangkan khasnya bila melibatkan golongan yang mengaku dirinya Islam, namun mereka tetap melakukan tindakan yang bodoh ini!

Satu cerita yang telah berlaku pada seorang kawan kepada kenalanku (kawan dia), kejadiannya lebih kurang begini; satu ketika dia telah dipukul oleh mak dia di hadapan orang lain (di rumah orang lain) dek kerana dia telah membawa kereta ibunya yang kemudiannya menyebabkan berlaku kemalangan (sedikit kerosakan), difahamkan keadaan ibunya merupakan seorang yang agak susah (kerja dari pagi sehingga balik lewat hari untuk mencari rezeki), kiranya ibu tunggal.

Mungkin disebabkan oleh rasa 'susahnya' untuk mencari rezeki tersebut, ibunya bertindak memukul anaknya, kerana menyebabkan keretanya rosak sedikit. Namun apa yang mendukacitakan tindakan yang dilakukan ibunya apabila bertindak memukul anaknya yang besar (dalam lingkungan 20-25 tahun) di hadapan orang lain. Tindakan ini sepatutnya dielakkan kerana seorang anak yang apabila bergelar remaja, keadaan jiwa mereka mudah memberontak. Hal ini kerana mereka punya perasaan malu, ego dan juga maruah yang tinggi yang ingin dijaganya.

Oleh kerana remaja tersebut tidak boleh menerima tindakan ibunya yang memukulnya di hadapan rumah orang lain, dia kemudiannya meminum racun rumput yang agak kuat kesannya (mungkin Paraquat), kemudian dia memberitahu kepada saudaranya setelah meminum dengan banyak. Tidak lama kemudian dia dihantar oleh saudaranya ke hospital untuk membuang, memulih racun yang ditelannya. Ketika di hospital dia masih mampu untuk makan dengan bersuap, namun bukan dar tangan ibunya tapi orang lain. Katanya dia tak sanggup nak tengok muka ibunya! Tidak lama kemudian keadaannya makin parah yang menyebabkan, membantu maut menjemputnya!

Apa agaknya perasaan ibunya tadi? Sudah tentu perasaan bersalah akan menyelubunginya khasnya kerana hanya seorang itu sahaja anak yang dimilikinya! Naluri keibuan biasanya akan terasa penyesalan yang amat sangat terhadap apa yang dilakukannya.

Namun keadaan ini, jika dilihat tidak sepatutnya anak tersebut mengambil tindakan membunuh diri. Hal ini kerana golongan yang membunuh diri ini termasuk di antara golongan yang mana Nabi tidak mengaku sebagai umat Baginda s.a.w. (jika sekalipun nak bunuh diri eloklah pergi berjihad di medan perang, pergi ke Palestin, InsyaAllah kalau mati, syahid yang akan diperoleh!). Jika syahid, syurga InsyaAllah pasti di akhirat nanti.

Satu kisah lagi mengenai kejadian yang hampir sama, namun tak sampai tindakan membunuh diri; suatu ketika si anak ini kiranya seolah-olah bergaduh dengan bapanya, kemudian bapanya mengangkat, mencampaknya di hadapan orang ramai. Tidak lama kemudian anak itu mengambil pisau; lalu meminta ayahnya agar membunuhnya; namun naluri kebapaan menyebabkan ayahnya merasa bersalah, kemudian memeluk anaknya. Tidak lama kemudian bertautlah kembali perhubungan di antara seorang bapa dengan anak, apabila kedua-dua pihak menyedari kesilapan masing-masing. Alhamdulillah, bagus kesudahannya.

Golongan yang membunuh diri ini, seolah-olah menempah neraka! Sepatutnya sebagai seorang Muslim untuk bertindak berdasarkan nilai-nilai KeIslaman, bukannya mengikut telunjuk nafsu, mengambil jalan singkat dengan cara mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Ibu perlu fikir perasaan anak apabila bertindak, melihat suasana sesuatu tempat. Anak pula cuba memahami secara positif; ingat kembali jasa ibu yang melahir, membesar, mendidik diri kita. Tanpa mereka siapalah kita! Perlu bagi semua pihak untuk meletakkan diri masing-masing di pihak lain; ibu cuba meletakkan dirinya pada fahaman anak, begitulah seterusnya. Rasanya memang kurang konflik yang akan berlaku jika saling faham-memahami di antara semua pihak.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2 mafhumnya:
......dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan .........

p/s: bertindaklah berdasarkan akal yang waras. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna!

Ya Allah lindungilah kami daripada melakukan tindakan-tindakan yang tidak berlandaskan syariatmu yang akan menyebabkan kami kerugian, menyesal di kemudian hari juga mampu membawa diri kami ke lembah Neraka yang pedih azab seksanya.

Sejauh Manakah Penghayatan Maulidur Rasul?


Alhamdulillah pada setiap kali menjelangnya 12 Rabiulawal ramai umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Namun terdapat golongan yang menentang sambutan Maulidur Rasul ini, kerana ianya dikatakan bida'ah, tak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w.

Tapi bagiku tiada masalahnya bagi umat Islam untuk menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda ingatan kita terhadap Baginda s.a.w. kerana memandangkan pada zaman sekarang ini pelbagai sambutan, budaya hedonisme lain yang disambut, diterima oleh umat Islam tanpa usul periksa terhadapnya.

Mudah-mudahan dengan sambutan Maulidur Rasul ini, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan masyarakat khasnya remaja daripada membuang masa di tempat-tempat lain (chow kit, pasaraya, disko) yang lebih tidak bermoral!

Terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui bilakah kelahiran junjungan besar Nabi kita ini, jadi dengan adanya sambutan ini, dapatlah memberi, memperingatkan mereka akan kelahiran Nabi junjungan kita yang agung ini.

Kadangkala bila mana masyarakat yang lalai (lagha) dengan kehidupan yang berbudaya hedonisme ini, ketika mana mereka teringingatkan, menyambut sambutan Maulidur Rasul ini akan terfikir sejenak apakah yang mereka telah lakukan sebelum ini bertepatan dengan cara yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w.?


Dengan adanya sambutan ini juga InsyaAllah ukhuwwah sesama Muslim akan tetap terpelihara, kerana pertemuan yang terjadi melibatkan pelbagai idea politik, fahaman bersatu demi ingatan mereka terhadap Rasulullah s.a.w.

Terdapat beberapa persoalan mengenai kesilapan yang seringkali dilakukan masyarakat yang mengaku dirinya Islam.

Pertamanya, apakah sudah cukup, memadai bagi umat Islam untuk mengingati Nabi junjungan kita pada suatu masa tertentu sahaja, sedangkan di waktu lain kita tidak mengingatinya? Sememangnya sebagai umat Islam kita perlu sentiasa mengingati pengorbanan, perjuangan yang telah dilakukan, dilalui oleh Baginda s.a.w.. InsyaAllah dengan mengingatinya kita akan merasakan diri kita bertuah, menghargai sayang akan Baginda seterusnya mensyukuri nikmat keIslaman yang tidak diperolehi oleh semua golongan yang disampaikan Baginda s.a.w., melalui hidayah yang diberikan Ilahi kepada orang-orang yang dipilihNya.

Keduanya, apakah menyambut Maulidur Rasul, hanya semata-mata mengingati kelahiran Baginda? Sememangnya perlu bagi kita untuk menginterpretasikan akhlak Nabi s.a.w. dalam pemakaian tingkah laku kita bagi menempuhi perjalanan hidup seharian kita ini,

Ketiganya, sejauhmanakah penerimaan diri kita dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah masih banyak perkara yang ditegah Baginda s.a.w. dilakukan diri? Sewajarnya bagi kita untuk berusaha sebaik mungkin untuk menghampirkan diri kita kepada sunnah Baginda s.a.w. tidak bersikap mengambil apa yang dirasakan sesuai dan menolak apa yang dirasakan tidak sesuai dengan diri.

p/s: Rasulullah mengingati akan hal umatnya sehingga ke akhir hayat Baginda s.a.w. namun bagaimanakah kita pula? Adakah mengingati Baginda pada suatu ketika sahaja?

Ya Allah berikanlah kami kasihMu juga syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat nanti, mudah-mudahan dengannya akan membawa kami masuk ke SyurgaMu.

Ambil Beratnya Masyarakat terhadap Artis

Ramai di kalangan kita yang suka betul ikuti perkembangan artis. Hal ini dapat dibuktikan melalui tajuk, muka hadapan akhbar, ruangan artis yang seringkali memaparkan kehidupan artis. (kalau tiada, sememangnya media tidak akan paparkan mengenainya kerana bimbang produk, majalah, rancangan mereka tidak mendapat sambutan masyarakat, malah menerima boikot juga kritikandari masyarakat, ye tak!)

Golongan artis ini seringkali dipuja, menjadi idola dinantikan oleh ramai pihak perkembangan mengenai mereka. Jika ada masalah yang berlaku dalam kalangan dunia artis media, masyarakat sibuk sahaja untuk bertanya, mendapat berita, maklumat perkembangan semasa golongan ini.

Lihat sahaja jika berlaku perceraian yang melibatkan artis maka banyaklah media yang menceritakan, memaparkan maklumat mengenainya, masyarakat juga turut sibuk mengambil peduli hal ehwal artis ini. Berhari-hari, berbulan-bulan cerita mengenai mereka ini. Entah di mana lebihnya mereka ini! Tak dinafikan sememangnya apabila menjadi artis, seseorang itu akan dipantau sahaja aktiviti, kegiatan harian mereka, kerana dianggap role model masyarakat.

Berita seperti perceraian, keruntuhan rumahtangga, juga perkahwinan khasnya perkahwinan kahwin lari, perkahwinan dengan suami, isteri orang seringkali mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Minat, caring betul masyarakat terhadap artis ini. Kiranya ingin memenuhi tuntutan tanggungjawab ambil berat sesama saudara Muslim la ye! Rasanya hal ini tak tepat langsung malah bercanggahan dengan tuntutan agama khasnya jika hal sulit (jaga tepi kain tak bertempat!) sekalipun menjadi bualan, tatapan masyarakat, seperti kes rumahtangga artis yang goyah yang kadangkala akan menyebabkan artis tersebut terasa fobia, takut apabila mereka menghadapi masalah sedemikian rupa, malah menyebabkan mereka mengambil langkah untuk terus bercerai, akibat tekanan daripada cerita-cerita yang ditimbulkan oleh masyarakat, media demi mengelakkan diri mereka daripada menjadi buah mulut orang ramai.

Ingatlah jangan kerana diri anda punca terjadinya kehancuran kehidupan, kemusnahan rumahtangga seseorang, kerana ia akan membuatkan diri anda turut bersalah terhadap mereka. Cuba bayangkan diri anda di posisi mereka, sanggupkah anda di kala menghadapi masalah, melakukan segala aktiviti anda seolah-olah diperhatikan sehinggakan diri anda tiada langsung kehidupan, ruangan peribadi. Memang tak dinafikan ada di kalangan masyarakat, media yang ingin menjadikan kisah, masalah artis ini sebagai pedoman masyarakat umum. Namun setakat manakah tercapainya hasrat tersebut? Sebaiknya sebelum mendedahkan kisah, masalah kehidupan seseorang itu, terlebih dahulu diperhatikan, diteliti aspek negatif dan positif terhadap golongan yang terlibat. Janganlah semata-mata ingin mendapatkan keuntungan, publisiti, anda melakukan sesuatu yang salah!

Kita sepatutnya mengingati sabda baginda;
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah. Rujuk


Jagalah aib orang, InsyaAllah Allah akan menutup keaiban seseorang di akhirat nanti.


Ya Allah lindungilah kami daripada pengaruh hedonisme yang menyebabkan kami menjadi gemar akan segala bentuk hiburan yang melalaikan, menjauhkan diri kami daripada perkara kebaikan. Ya Rahman tutuplah aib kami di dunia mahupun di akhirat.

Cuma Berbuat Baik dengan Jantina Berbeza

Dalam hidup ini mungkin pernah anda terjumpa, alami, berjumpa dengan golongan yang apabila berada dengan lawan jantinanya bukan main baik lagi, tapi kalau kawan sejantinanya sombong betul, tak dilayannya.

Hairan ke? Rasanya perkara sebegini rupa seolah-olah sudah menjadi lumrah golongan tertentu. Kenapa agaknya mereka ini, begitu baik sekali dengan lawan jantinanya sebaliknya kemahuan kehendak golongan sejantinanya tak dilayan, ditolak oleh mereka? Apakah mungkin mereka mempunyai niat tertentu? Ada yang jenis kalau dengan kita (sejenis jantinanya) bukan main kedekut lagi tapi kalau dengan lawan jantinanya wah, bukan main bermurah hati lagi ye!

Jika dilihat pada situasi ini, beberapa kemungkinan yang dapat kukenalpasti; pertama, golongan ini memang mempunyai niat tertentu seperti 'ingin menarik perhatian seseorang yang disukainya'. Ini kerana sememangnya fitrah manusia yang sihat akan tertarik dengan seseorang yang berbuat baik, prihatin dengan sesuatu perbuatan, perkara yang baik. Jadi mereka menggunakan kaedah 'perangkap' ini untuk menarik minat, perhatian dari orang yang disukai.(kiranya ada peluang untuk tawan hati seseorang!). Rasanya tiada pula individu yang sukakan seseorang yang buruk perangainya, atau bagaimana? Ada ke agaknya bila seseorang wanita tengok seorang lelaki yang kaki perempuan (tahu), terus je jatuh hati dengannya, kiranya tertarik dengan taktik 'pancing untuk mengumpan mangsanya' itu; kalau ada perempuan sebegini ada la sesuatu yang tak betul iaitu perempuan itu pula yang jenis pisau cukur! Ok ke? Ok kot, jika berpandukan nas yang instisari satu ayat bermaksud; lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, begitulah sebaliknya !

Kedua adalah kerana tidak wujud di kalangan sesama jantina ini perasaan menghargai sesuatu perkara yang dilakukan olehnya. Sememangnya menurut teori hierarki keperluan Maslow, manusia ini memerlukan penghargaan daripada seseorang. Seseorang itu begitu puas, rasa teruja, bilamana mereka dihargai dengan apa sahaja bentuk penghargaan, khasnya bila diberi hadiah. Paling kurangpun mereka diberi ucapan 'terima kasih', wujud juga rasa pemberian, pengorbanan diri dihargai insan lain!

Itulah dua sebab utama yang pada persepsiku penyebab kepada seseorang itu lebih mudah berkorban kepada jantina yang berbeza dengannya berbanding yang sejantinanya.

Ingatan yang perlu sentiasa diberi perhatian jika diri anda hanya baik dengan jantina berbeza; anda mungkin kehilangan kawan sejantina kerana sikap diri yang berkira, kedekut, juga kehilangan teman bukan sejantina jika dirinya telah disunting seseorang, menjadi buah hati, atau pasangan suami isteri orang lain!

Oleh itu sewajarnya bagi diri untuk menghargai seseorang teman, tidak kiralah sejantina atau tidak, berbuat baiklah kepada orang dan jangan terlalu mengharapkan balasan daripada orang.

p/s: semua orang mempunyai perasaan, maruah, ego, janganlah tidak pandai menjaga, menghormati, menghargai maruah seseorang individu.

Protokol-protokol Zionis

Yahudi antarabangsa mempunyai beberapa protokol yang dirancang dalam kehidupan mereka yang mereka ingin, sedang, akan dikecapi oleh mereka untuk menghancurkan umat Islam sedunia.


Protokol pertama

cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Yang kuat menguasai yang lemah, kerana hukum alam kebenaran terletak dengan kekuatan. Politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah bijak dalam tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.


Protokol kedua

bantuan-bantuan yang diberikan bangsa Yahudi akan memperkuatkan kaum Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negara sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir negara yang dilantik, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa kanak-kanak, yang mudah diarah demi kepentingan yahudi. Melalui akhbar Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas (kekayaan), meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap orang nyawa dikalangan yaudi berharga seribu orang bukan yahudi.


Protokol Ketiga

Yahudi akan menjadikan negara Yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membuat huru-hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan membawa masuk ke 'pasukan kita' iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan yahudi. dalam alam fikiran yahudi , wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.


Protokol Keempat

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannnya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan yahudi.


Protokol kelima

Sekiranya ada di kalangan bukan yahudi cuba mengatasi bangsa yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.


Protokol keenam

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan yahudi. Semua bangsa bukan yahudi mestilah dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang hidup melarat.


Protokol ketujuh

Orang-orang yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa yahudi, maka wajiblah orang yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.


Protokol kelapan

Pemerintah yahudi akan dikelililngi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.


Protokol kesembilan

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator (kuku besi) dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.


Protokol kesepuluh

Yahudi akan membawa masuk racun 'Liberalisme' ke dalam negara-negara bukan yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan yahudi. (ku rasakan kewujudan kumpulan sister in Islam di Malaysia telah terlibat, terjebak dengan pengaruh atau mungkin salah satu dakyah pertubuhan oleh Yahudi ini!)


Protokol kesebelas

Bangsa yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran di muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.


Protokol kedua belas

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan menafsirkannya sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. (Bagiku, maksudnya tiadalah seseorang itu dapat bersuara, hanya sekadar jadi pak turut!). Kalau bangsa bukan yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar, majalah, maka yahudi mesti mengeluarkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.


Protokol ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta hiburan lain di kalangan bangsa bukan yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan (hedonisme), olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.


Protokol keempat belas

Para ahli falsafah yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.


Protokol Kelima belas

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya 'FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang yahudi.


Protokol keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa Yahudi. Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang yang terpilih berpandukan kebolehan mereka.


Protokol ketujuh belas

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.


Protokol kelapan belas

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang yahudi tidak mahu berlakunya kemungkinan perancangan penentangan terhadap kegiatan yahudi.


Protokol kesembilan belas

Orang yang melakukan kesalahan politik akan dibicarakan sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan lain oleh bangsa . Orang ramai akan memandang hina dan timbul rasa benci kepada pelaku kesalahan politik tersebut.


Protokol kedua puluh

Bank Antabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman sedemikian akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi bukan yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut.


Protokol kedua puluh satu

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan satu institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak sedemikian juga. Dengan cara inilah, segala perusahaan akan bergantung kepada yahudi.


Protokol kedua puluh dua

Untuk sampai kepada tujuan penguasaan yahudi ke atas seluruh dunia, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.


Protokol kedua puluh tiga

Orang yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan, malu agar mereka terbiasa patuh dan setia kepada arahan yahudi.


Protokol kedua puluh empat

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok-belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju pemerintahan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

Demikianlah yang dapat kucoretkan berdasarkan buku yang ditulis oleh Ustaz Hj Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz pendakwah bebas yang merupakan mantan Kristian. Boleh dirujuk juga Majalah Forward keluaran februari 2009.

p/s: cubalah lihat sudah berapa banyak pengaruh zionis ini telah meresap di dalam diri, negara kita, janganlah sampai keadaan parah baru hendak diambil tindakan! Janganlah jadi sepert pepatah "sudah terhantuk baru terngadah".

Ya Allah lindungilah kami ini daripada terjebak ke dalam protokol, agenda yahudi ini. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengikut telunjuk hidayahMu.

Gong Xi Fa Chai

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua golongan yang menyambutnya. Tak sangka begitu ramai di kalangan orang Melayu yang balik lebih awal berbanding bangsa cina sendiri, huhuhu takkan nak masak kuih jugak kot!(Mana tahu nak jual kuih bulan ke) huhuhu

Inilah kita rakyat Malaysia segala perayaan dikongsi bersama, demi menjaga perpaduan antara rakyat Malaysia.

Orang kita pantang kalau dapat cuti, mesti nak balik rumah, kampung (yerlah rindu dekat mak ayah, adik-beradik, mungkin gak buah hati yang menunggu dekat kampung).

Dalam suasana perayaan camni, nak tak nak kemalangan jalanraya seakan menjadi lumrah, sudah tidak dapat dielakkan lagi. Hal ini antaranya disebabkan oleh sikap pemanduan yang tidak cermat, berhemat,tak ikut peraturan jalanraya, memandu mengikut perasaan (gopoh-gapah,tak sabar, memotong barisan). Inilah sikap buruk yang patut dibuang dari bersarang dalam diri.

Walaupun bermacam-macam kempen yang dijalankan oleh pelbagai pihak (antaranya yang paling dominan oleh JKJR yang menggunakan pelbagai artis antaranya Adibah Noor, Nabil; yang tentunya dengan trademarknya "Lu Pikirlah Sendiri". Namun, dari pemerhatian
melihatkan kepada kadar kemalangan jalanraya, kelihatan kempen ini keselamatan jalanraya seolah-olah tidak berkesan.



Inilah yang dikatakan kalau diri tak nak berubah, memang takkan berubahlah diri seseorang itu. Hal ini dijelaskan melalui
Firman Allah yang mafhumnya:

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Al-Anfaal 8 ayat 53

Manusia itu telah diberikan akal fikiran yang jika digunakan secara betul (berasaskan pemikiran yang sihat) dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

p/s: Anda mampu mengubahnya!

Sampai Juga Akhirnya

Alhamdulillah sampai juga akhirnya sesuatu yang ditunggu-tunggu selama beberapa hari ni, kiranya diri lebih bernasib baik daripada orang lain, (barang yang dipos abah hanya mengambil masa 2 hari sahaja, berbanding dengan insan lain yang memakan masa sampai 1 minggu hingga 3 minggu,) Fuh lama gak tu!

Dengar cerita bukan main banyak kali orang yang menerima barang pos dalam masa 3 minggu telefon kepada ibubapa mereka supaya menghubungi sebuah perniagaan perkhidmatan pos, tak lena tidur dibuatnya, lenguh badan-badan (yerlah nampak dari gaya luarannya dia seorang anak yang manja mestilah mengadu kan!Lagipun tak logik la lama sangat sampai berminggu-minggu tu! Tapi premis perniagaan ni mempunyai alasan yang tersendiri yang jika dilihat alasannya adalah kukuh jugak la)

Ada pengepos yang lain bertanya berapa bayaran perkhidmatan pos yang dikenakan? dengan selamba kujawab RM 80 (berpandukan caj sebelum ni =semester lepas), katanya murah la tu berbanding dia yang cajnya RM 130. Nampak gak timbul rasa tak berapa puas hati dari mimik mukanya, kemudian ku cubalah bagi alasan logik bagi nak tenangkan hatinya.

Waktu malamnya kutelefonlah rumah (parents) nak bagitahu (sahkan) yang barang yang dipos dah sampai, tapi terkejut jugak bila diberitahu caj kali ni mahal (dari yang sebelumnya) iaitu RM 130! Maknanya sama la dengan penerima barang pos yang lain tadi, fuh! (Terdetik dalam hati, perkhidmatan pos ni mungkin kali terakhir kugunakan khidmatnya, dah tak nak bagi ku pos motor lagi la ni! Yerlah maunya tak! bezanya RM 50 tambahan kos!)

Kufikir mungkin caj ini dikenakan kepada bukan pelajar, mungkin tiada lagi bezanya antara golongan pelajar dengan golongan biasa.

Entah kenapa la keadaannya sampai begini sekali ek! perit bagiku nak gunakan khidmat pos ni lagi. Patut la ku heran ada kawan yang sebelum ni biasanya pos je motor masa nak balik (cuti), tapi sekarang ni katanya bila ditanya nak balik naik apa, dia kata nak naik motor je, malah dia ajak sekali, konvoi ramai-ramai! Best gak tu, tapi dah tak balik dah rasanya cuti Tahun Baru Cina ni,(nanti la cuti akhir semester ni, InsyaAllah join sekali) stay jer la dekat kolej, banyak lagi buku dekat PTSL yang tak terbaca, assignment pun tak berapa siap lagi,jadi nak kena siapkan awal-awal, takleh tangguh-tangguh lagi. (HArapnya dapat la penuhi azam ni, jangan tidur bangun,makan, tidur, bangun, makan dah, baik balik rumah dapat gak kan tolong ma abah!)

p/s: kalau camni la gayanya perkhidmatan pos, maunya ramai lagi yang dah takkan pakai perkhidmatan camni lagi, baik tunggan motosikal balik kampung, save bajet!

Peristiwa di Januari

Semalam dapat dilihat rejim zionis Israel laknatullah telah keluar dari Palestin setelah banyak nyawa umat Islam terkorban, rumah hancur musnah dibedil dalam peperangan di antara umat Islam. Entah apa niat rejim zionis, nak tunjuk kehebatan ke atas golongan yang tak berdosa, kononnya nak tangkap golongan tertentu dalam Palestin (alasan je! semata-mata).

Dari peristiwa ini dapatlah kita mengambil langkah untuk memboikot lagi barangan keluaran Israel ni, agar ekonomi mereka jatuh merudum, supaya mereka tidak melakukan perkara di luar timbangan keperimanusiaan lagi. Lupa diri betul Israel ni! Dahla menumpang bina negara (yang tak diiktiraf kebanyakan negara) ditambah pula dengan aktiviti perluasan kuasa. Ayuh boikot Israel!(walaupun ada pro dan kontranya)

Dalam beberapa hari lepas juga telah berlaku pilihanraya kecil Kuala Terengganu, dilihat sekali lagi UMNO tewas kepada PAS, yang mana Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) mendapat Jumlah Undi: 30,252, manakala Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mendapat Jumlah Undi: 32,883, serta Azharudin Mamat calon bebas mendapat Jumlah Undi: 193.

Dari pilihanraya di atas ada yang mengatakan sekarang ni orang tak pilih parti tapi memandang kepada perwatakan calon.

Dalam beberapa ketika lagi, Barrack Obama dikatakan akan mengganti pemerintahan yang ditadbir Bush, bagaimanakah bentuk pemerintahan yang dibawanya dalam pentadbiran? Apakah janjinya terhadap perubahan yang hendak dilakukan ditepatinya atau hanya tinggal sebagai janji kosong kerana mengikut telunjuk, cara pemimpin US sebelum ini.

Terdapat banyak golongan yang mengharap kepada pentadbiran Barrack Obama. Namun ada yang mula membencinya dengan melihat Obama yang tak mengambil apa-apa tindakan terhadap Israel. Apa-apapun kita tunggu dan lihat!

Banyak betul peristiwa yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat ini (Januari)InsyaAllah ada sesuatu kebaikan terhadap beberapa peristiwa yang berlaku, antaranya supaya umat Islam bersatu, memilih calon yang benar-benar dapat memimpin masyarakat.

Ya Allah bukakanlah pintu hati kami, satukanlah hati-hati kami, teguhkanlah perjuangan umat Islam YA Rahman

Minyak turun lagi!


Alhamdulillah setelah beberapa kali dan beberapa lama harga minyak di pasaran di dunia turun akhirnya kerajaan Malaysia menurunkan juga harga minyak buat kali ketiga kalau tak silap selepas harga minyak di negara ni menaik secara mendadak sebanyak Rm 0.70, kemudian turun sebanyak 0.10 sen, seterusnya turun Rm 0.15 pula mulai pukul 12 malam ni bersamaan Rabu 15/ 10 / 2008.

Tapi macamana pula dengan harga barang? turun jugak ke? Nampak gaya sampai sekarang takder kadar penurunan pun (dari mata kasar, pandangan sendiri, orang lain tak tahu la macamana, rasanya sama je kot!).

agaknya bila nak turun harga barang ni ye! Tapi kalau dengar kata-kata yang biasa diucapkan ramai orang apabila naiknya sesuatu harga barang dah susah atau takder harapan nak turun harganya. Entah la kenapa sukar nak turunkan balik harga barang.

Keseimbangan AD-AS : Pandangan Klasik Pictures, Images and Photos

Sepatutnya peniaga ini , merangkumi pengeluar, pengeksport, pihak pengantar (perkhidmatan pengangkutan), peniaga dan pihak-pihak lain yang terlibat, turut melakukan perkara yang sama iaitu dengan cara menurunkan harga barangan setanding dengan nilai kos yang ditanggung diri.

وأحل اللّه البيع وحرم الرب ا

Dalam agama Islam peniaga mempunyai peranan yang cukup besar dalam membantuؤ menyediakan barang keperluan pengguna dan mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakat. Golongan peniaga dibenarkan mengambil keuntungan tetapi keuntungan yang diambil perlulah berpatutan dengan nilai barang, janganlah terlalu mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kepentingan masyarakat umum.

يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن تراضٍ منكم

Jika dilihat sirah kehidupan para Nabi, para sahabat, mereka hanya mengambil keuntungan yang sedikit, bersikap jujur dalam urusan perniagaan.

قوله عليه الصلاة والسلام: "أفضل الكسب بيع مبرور، وعمل الرجل بيده" رواه أحمد والطبراني وغيرهما

Ya Allah Engkau berikanlah rezeki-Mu yang melimpah ruah kepada hamba-Mu ini, jadikanlah kami hamba-Mu yang mensyukuri segala nikmat-Mu, jadikanlah kami hamba-Mu yang saling bertolong-tolongan pada jalan kebaikan dan menentang kemungkaran, berhati perut, berbelas ihsan terhadap nasib golongan yang memerlukan bantuan Ya Rahman. Amin ...Ya Rabbal 'Alamin.

Mengapa dan kenapa?



MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk
mengamalkan kepercayaannya. ..
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim
dan pengganas?( khasnya di ngra2 tertentu)

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana
memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti
dibebaskan!"

mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian
mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak dbenarkan
menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia
dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan
tak berguna lalu dirotan?(bg yg tak terbuka pintu htinya)

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak
dikaitkan... tetapi bila sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan
jenayah, nama Islam turut dikaitkan!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain
hidup, dia amat disanjungi.. .
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk
menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa sering kita degar dri phak musuh berita yg buruk mngenai musuhnya.... sdngkan musuh itu kadang2 membuat kebaikan nmun tdak pula diketengahkan

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar yg kdang2 tak telus dlm penyampaian mklumatnya,...
sedangkan mklumat alternatif yg lain lbih berguna dan tepat lgi pd hakikatnya

Inilah hakikat hidup di dunia ini, musuh sentiasa shaja mencari jlan untuk memburukkan Islam,
benarlah Firman Allah orang kafir ( Yahudi dan Nasrani ) tdak akan redha ke atas kamu sehinggamana kamu mengikut agama mereka,

Oleh itu kita perlulah mnjga peribadi Islam kita, jgan biarkan krna sikap kita ! Islam yg diburukkan oleh mreka

Jnganlah nanti Islam seolah lenyap dri dunia
Yg tinggal hnya nama sebagai Muslim pda zahirnya,
nmun hakikatnya ia tiada di dalam jiwa batinnya!

MASALAH MINYAK

NAMPAKNYA KENA NAIK BSIKAL LA PLAK

MINYAK NAIK LGI

PETROL PUN JOIN SEKAKI

TARIF ELEKTRIK PUN MKIN MENINGGI

HUH BERTMBAHLAH KOS HIDUP INI


YG BERKENDERAAN MUNGKIN KENA JLAN KAKI

DAH TAK MAMPU NAK THAN KNAIKAN BRNG NI

HUH SUNGGUH SENANG SEKALI IA MENINGGI

MEMBUATKU PENING KPALA LGI


ADA JUGAK YG MUNGKIN BELI BSIKAL NNTI

YER LA DAH NAK JIMAT BHAN PETROLEUM YG KIAN MENINGGI

NANTI RMAI YG BERFIKIR DUA TIGA KALI UNTUK KESANA KE SINI

NAK PERGI KE MNA2 HNYA PERLU ADA URUSAN PENTING JE NNTI


BARANG LAIN TENTU NAIK JUGAK NNTI

YER LA DAH NAK KE SNA-SINI PKAI BHAN PETROLEUM NI,

MESTI LA NAIK SBB NAK TANGGUNG KOS DELIVERY

KLU TAK RUGI LA NNTI


SILAP2 BLEH BANGKRAP NNTI

TARIF ELEKTRIK YG NAIK NI

CUKUP TRSA LA BUAT DIRI SNDRI

ADA LA NAMPAKNYA YG BERGELAP NNTI

DAH NAK KURANG KOS BIL LEKTRIK YG KENA BYR NNTI


YG NAIK GJI MNGKIN TAK TERSA SNGT,

TPI KLU NAIK GJI PUN, BRNG NAIK PUN TAK LA GUNA SNGT

DAH KIRA KOS HIDUP MNGKIN MENINGKAT

BUAT DIRI TERASA BANGAT


NAMPAKNYA KENA AMBIK LANGKAH BERJIMAT

AGAR DIRI SNTIASA SIHAT DAN SELAMAT

KENA LA PKAI KENDERAAN AWAM LA PLAK BGI LNGKAH YG SIHAT

YER LA NAK KURANGKAN BAJET YG SEMAKIN MENINGKAT


WLUPUN PERLU BERASAK-ASAK

UNTUK MENAIKI KNDERAAN AWAM YG SEDIA SESAK

PERLULAH MENUNGGU AWAL LA UNTK KE MNA2 TEMPAT

YE LA DAH KLU TIDAK KENA TINGGAL LA KLU LEWAT


INI SEKADAR LUAHAN HTI YG KIAN RESAH

MEMIKIRKAN KOS YG KIAN BERTAMBAH

MEMBUATKAN HATI SEMAKIN GELISAH

KERNA TAKUT NNTI TAK CUKUP NAK BELI BRNG BASAH


BUKAN NIAT DI HATI NAK MENYALAH

CUMA HARAP AGAR FIKIR-FIKIRKANLAH

CRILAH JLAN YG LAIN YG MENYELESAIKAN MASALAH

JGAN FIKIR JLN YG SINGKT UNTK SBRNG MASLAHAH


JGAN SEKALI-KALI TAK FIKIRKAN MASALAH

KRNA IA AKAN SMAKIN TERSERLAH

JIKA IA TIDAK DIGUBAH

IA AKAN MENJDI MKIN PARAH




 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top