Showing posts with label merantau. Show all posts
Showing posts with label merantau. Show all posts

Tersesat di Kota Raya


Fuh... Alhamdulillah lega, walaupun sesat dapat juga cari jalan pulang!
Lewat malam baru sampai kolej! Isk..isk..isk

Hari semalam merupakan suatu hari yang memberi seribu erti yang mungkin tak dapat dilupakanku kerana dek kerana mengikut orang, ku juga turut tersesat sama .

Hmm ceritanya lebih kurang begini; petang semalam ada seorang 'mamat' yang mempelawaku untuk 'jalan-jalan'. Tanpa berfikir panjang terus sahaja diriku terima pelawaannya itu, tanpa bertanya ke mana arah tujuan yang hendak dituju (kerana orang lain yang mempelawa, tapi pihak lain yang memandu kereta ke destinasi mereka. Mamat yang mempelawa tak ikut sekaki).

Hendak dijadikan cerita rupa-rupanya destinasi yang hendak mereka tujui; Putrajaya, bukannnya kerana apa, tapi untuk program dinner mereka. (Kalau tahu nak pergi majlis makan malam, InsyaAllah ku tak ikut!) Disebabkan kami bertolak awal, maka adalah cadangan di antara kami yang kiranya ingin pergi ke Masjid India, ronda-ronda Kuala Lumpur .

Ketika ke Kuala Lumpur ini bermulalah fasa pertama kami tersesat di tengah-tengah kesibukan kota. Hal ini bagiku berlaku kerana terlalu ramai jurupandu jalan yang memberi arahan kepada pemandu kereta, ditambah pula dengan sikap pemandu di kalangan kami yang memandu kereta dengan laju dan bersikap terlalu yakin dengan cara pemanduannya.

Suasana hingar-bingar dalam kereta tidak dapat dielakkan lagi, kerana masing-masing mula bersikap salah-menyalahkan segelintir di kalangan kami , padahal salah diri sendiri tak nampak! Kekalutan makin menjadi apabila waktu Maghrib semakin berada di waktu kemuncaknya, ditambah pula dengan program makan malam yang ingin dihadiri segelintir kami, mengikut tentatifnya bermula pada pukul 8.00 malam. Suasana lebih menjadi kecoh ketikamana pemandu kami baru teringat yang dirinya diperlukan untuk membacakan doa bagi majlis dinner, malam nanti!

Pada saat ini, seperti kebiasaan ku hanya mampu mendiamkan diri, memekakkan telinga daripada mendengar suasana hingar-bingar dalam kereta. Pada masa kini mulalah di kalangan kami yang mula untuk mengharapkan ihsan, pertolongan Allah agar dapat keluar daripada 'kesesatan' di kota KL ini.

Alhamdulillah dengan pertolongan Ilahi disamping maklumat jalanraya yang diperoleh daripada kawan-kawan yang tinggal di kawasan KL ini, sekitar 8.05 malam kami selamat sampai ke tempat yang ingin ditujui (Dewan Seri Endon, Putrajaya).

Setelah selesainya program makan malam, maka hajat dihati ingin terus sahaja pulang ke bilik, namun apakan daya kami tersesat sekali lagi (sewaktu keluar dari Putrajaya) sehinggakan kami melalui beberapa tol, menuju ke arah Johor Bahru. (Waktu ini semua perasaan berkecimuk dalam diriku). Sepatutnya untuk ke UKM dari Putrajaya hanya mengambil masa 15 minit, namun disebabkan berlaku kecuaian, mungkin juga pengajaran bagi kami, selepas sejam lebih barulah kami selamat kembali ke UKM iaitu sekitar pukul 12.25 malam .

p/s: Bertanyalah dahulu ke mana tempat seseorang itu ingin pergi dan pastikan pemandu yang dilantik mahir atau sekurang-kurangnya mempunyai peta untuk ke destinasi, jika ingin mengelak dari tersesat.

Ya Allah janganlah kiranya Engkau membiarkan kami teresesat dalam kegelapan

Selamat Bercuti!


Alhamdulillah malam ni InsyaAllah akan pulang ke kampung, lepas ni perlu menjalani latihan amali industri lebih kurang 2 bulan, harap berjalan dengan lancar hendaknya!

Kepada semua teman-teman mohon keampunan jika ada salah dan silap, InsyaAllah jika masih ada kesempatan pada semester akan datang kita akan berjumpa lagi, Rasanya selepas pulang ke kampung ini, memang akan kurang posting,

hmmm dah lewat dah ni nak mengemas apa yang patut dulu ye! Balik dulu la ye! huhuhu

p/s: jaga diri di waktu cuti, uruskanlah masa, ruang kosong dengan perkara yang mendatangkan faedah.

Ya Allah Engkau selamatkanlah perjalanan kami ini .

Ziarah ke Asrama anak Yatim

Alhamdulillah beberapa hari lepas kami, warga An-Nur, KIY dapat berziarah ke rumah anak-anak yatim. Dalam rumah anak yatim tersebut, pelbagai tingkatan umur yang menginap di dalamnya dari darjah tiga sehingga tingkatan 6 (berpandukan maklumat yang diperolehiku). Jumlah keseluruhan warga anak di bawah naungan Ilahi ini sekitar 200 orang lebih.

Kanak-kanak sememangnya akan mengemaskan bilik kediaman masing-masing jika terdapatnya kunjungan daripada orang luar untuk mendapat reaksi yang positif, dapat hadiah sebagai penghargaan (macam kita semualah ye! kalau orang nak datang bilik masa di sekolah dulu, mesti kemaskan bilik kan! waktu tu harap sangat dapat menang kategori bilik paling terbersih, kemas, kalau dapat anugerah bilik paling kotor plak muka merah padam la ye, malu la kiranya, dek kerana ejekan rakan-rakan asrama yang lain). Kebiasaannya yang jenis camni (kemas demi lawatan, hadiah ini), selepas berakhirnya proses penilaian pertandingan bilik, tahap kekemasan bilik tak kekal, terus jer bersepah balik bilik huhuhu.

Sedikit perasaan syukur, lega muncul bilamana dapat membantu anak yatim ini dalam membaca tulisan jawi, berpandukan kaedah pengaplikasian huruf jawi dengan huruf rumi. Jika sebelum itu, ketika diminta membaca ada di kalangan mereka yang tak boleh membaca jawi, sedangkan mengenali hurufnya, Alhamdulillah selepas diajar kaedah aplikasi jawi dengan tulisan rumi mampu membantu dirinya membaca. Dia kelihatan begitu gembira, jadi kami menasihatkan agar dia teruskan berusaha membaca buku jawi, juga bahan-bahan lain dalam bahasa Melayu demi memperkayakan pengkayaan istilah bagi memudahkan proses menyebut sesuatu istilah yang moden. Ada juga yang mengatakan dirinya tak pandai membaca bahasa Arab, jadi kami nasihatkan supaya rajin-rajinkanlah diri membaca al-Quran kerana bahasa Arab asasnya (berpandukan) al-Quran.

Ada juga apabila ditanya, subjek apakah yang paling susah? Katanya semua subjek, (fuh dalam fikiranku ini mesti kurang minat untuk belajar !) Kami menasihatkan agar dirinya tidak mensettingkan dalam fikirannya subjek itu susah, jika ditanamkan 'susah' maka sesuatu perkara itu akan jadi susah, namun kalau disettingkan mudah, maka akan ada jalan kemudahan yang muncul InsyaAllah. Jika ditanamkan dalam fikiran yang ini 'susahla' maka akan wujud dalam diri rasa bosan, tak berminat terhadap sesuatu subjek itu, seterusnya akan menyebabkan gagalnya individu dalam menempuhi perkara tersebut. (Ingat plak pesanan abahku, katanya; kalau tak boleh jawab soalan sekalipun jangan katakan diri tak boleh menjawabnya sebaliknya katakanlah boleh!).

Ada satu ragam yang ku tak berapa suka lihat, iaitu apabila ditanya dia menjawab 'tak tahu', hampir semua soalan yang dituju kepadanya dijawabnya 'entah, tak tahu', (dalam fikiranku timbul persoalan, macamana nak ubah perangai ni? ). Ku teringatkan seseorang yang perangainya juga sebegitu; tak tahu! Dia ini, pada persepsiku tak berapa agak berminat nak bersembang, beramah-mesra, kurang keyakinan diri untuk memberi jawapan mungkin kerana pengalaman dirinya yang tidak pernah diberi peluang untuk menjawab balik (mempertahankan diri) apabila dituduh, disoal sewaktu mereka kecil oleh golongan tertentu, seperti ibubapa, adik-beradik, sebaliknya mereka terus ditohmah, menyebabkan mereka terus diam membisu, daripada bercakap, jika berkata akan dihentam kerana dikatakan 'menjawab'!). Ingat tak? Mungkin ada di kalangan anda yang semasa kecil khasnya; bila ibubapa bertanya; Ni pergi ke mana ni lewat balik? kemudian dikala anda ingin menjawab dikatakan; ha menjawab la menjawab. Jadi anda mengambil langkah mendiamkan diri, kerana takut dikatakan anak derhaka! Sepatutnya ibubapa memberi ruang terlebih dahulu kepada anak-anak mereka peluang untuk menerangkan sebab, alasan anak-anak, kemudian cuba lihat, analisis maklumat itu betul atau salah, barulah menghukum jika didapati mereka bersalah.

Demikian sahaja perkongsian pengalaman yang mampu ku coretkan untuk kongsian bersama.

p/s: anak yatim anak yang mulia, mereka telah diuji sejak kecil lagi dengan ketiadaan ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali (yatim piatu), bersamalah kita merasai kesusahan mereka dengan cara meringankan beban melalui derma, menziarah mereka, juga memberi semangat kepada mereka untuk terus bersemangat dalam meneruskan hidup.

Ya Allah tabahkanlah hati anak-anak yatim di atas ujian yang Engkau timpakan ke atas mereka, berikanlah mereka kejayaan di dunia juga di akhirat.

Kini dah kembali !


Jom naik bas ni ...


Alhamdulillah syukur selamat sampai dari perjalanan dri kg ke Bangi ni!

Lama jugak makan masa 8 jam tu, sakit gak la belakang ni, maklum la dah tak biasa sangat balik kg sekali sekala je naik bas (berjalan jauh) mesti la penat terasa walaupun sikit2, lagipun dalam bas takleh nak tidur nyenyak sangat sekejap terlelap, sekejap terjaga, ala biasa la tu adat naik bas! Kalau naik bas bleh tidur dgan lena takde la nikmatnya naik bas! hahaha

Waaaaa sekarang ni dah jadi senior la plak!

Uish cepat betul la masa berlalu tak terasa ye!

Sekarang dah tahun 2 dah!

Nanti ade la yg berangan nak pasang adik angkat ni kot!

Takpe2 kan ada hadis yg berbunyi “tidak beriman sseorang itu, sehingga dia mengasihi saudara sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” au kama qol,

tapi jangan sampai terover la plak, melebihi batas2 yang ditetapkan syariat

Sebagai abang ni tunjuk la contoh teladan yg baik untuk adik2 kita ye!

Jgan buat perkara yg tak sepatutnya sbb risiko mereka akan meniru tu ade bnyak,

Jgan ikut kata2 iklan ni “ aku kan abang” tpi buli je adik dia tiap2 masa! Tpi takper la nampaknya abang dia tu cam nak insaf je akhirnya, nampak la tpi tak ta la betul ke tidak!

BALIK KAMPUNG !

WAA LAMA BETUL RASANYA TAK BLIK KG. DAH BRAPA BULAN EK? TAHLA
tapi malam ni dpt la balik rumah Insyaallah pagi esok sampai la rumah dengan kehendak-Nya.

Kepada kawan2 yg balik rumah jgak tu, dalam perjalanan jangan la lupa untuk berdoa ye! kerana Insyaallah doa dalam waktu bermusafir itu mustajab! ( diperkenankan Allah ).Tapi jangan doa untuk diri sendiri je tak best la camtu! Doakanla jugak untuk orang Islam keseluruhannya agar umat Islam kembali bersatu diberi bimbingan oleh-Nya sentiasa. "Tidaklah beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri au kama qal.

Banyakkan berdoa kerana Allah suka hamba-Nya yang meminta kepada-Nya dan Dia benci terhadap orang yang sombong terhadap-Nya ( tidak mengharap kepada-Nya sebaliknya meminta kepada makhluk lain ).Tapi niat musafir tu mestilah baik, klu niat tak baik takder gunanya!

Sebelum mula perjalanan mulalah dengan bacaan naik kenderaan mudah-mudahan selamat kita sampai ke tempat yang hendak dituju dan sentiasa diberkati oleh-Nya sentiasa sewaktu perjalanan

سبحان الذي سخرلنا هذا وماكن له مقرنين وان الى ربنا لمنقلبون

nanti masa datang balik jgan lupa bawak makanan sekali ye! pling kurang pun untuk diri sendiri, kalau ada lebih boleh la bgi tu klu tak keberatan la hahahaha!



 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top