Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Jumaat. Show all posts

Amalan Kasih Sayang Sesama Muslim

Bersatu teguh, bercerai roboh!

Pada hari ini, mimbar Jumaat membicarakan mengenai tajuk yang sedemikian rupa, mungkin kerana melihat kepada kesatuan umat Islam yang agak rapuh, saling bergaduh sesama mereka.

Sememangnya kasih-sayang sentiasa perlu berlaku di mana-mana, dalam keluarga, di antara suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, juga sesama Muslim, tanpanya dunia mungkin akan porak-peranda (hakikatnya!)

Khatib membawakan hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud: "Tidak masuk ke dalam syurga sehingga engkau beriman dan belum sempurna keimananmu sebelum kamu sayang-menyayangi. Apakah kamu mahu aku tunjukkan satu pengajaran yang apabila kamu amalkan kamu akan sayang menyayangi? Semarakkan syiar, tanggungjawab salam di antara kamu" au kama qal.

Khatib juga ada membawa hadith yang agak biasa didengari daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: "Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri" au kama qal.

Khatib mengharapkan agar hubungan silaturrahim dijaga supaya umat Islam disegani oleh bukan Islam. Khatib seterusnya membawa kisah kasih seorang musafir di padang pasir yang kontang, menyebabkan kegersangan, kehausan lalu dirinya mencari air, dicarinya air sehinggalah berjumpa dengan sebuah perigi yang dalam, namun cetek airnya, mencari gayung tetapi tidak didapati, akhirnya dia mencelup air dengan kasutnya selepas turun ke dalam perigi, tetapi apabila sampai ke atas dia melihat seekor anjing yang terjelir lidahnya kerana kehausan. Fikirnya jika tidak diberi air itu, nescaya akan mati anjing tersebut, dengan naluri kemanusiaan membuatkannya rela berkorban, demikianlah cerita khatib!

Khatib agak kecewa ketikamana berlaku sedikit pertelingkahan dalam keluarga sehingga menyebabkan putusnya hubungan kekeluargaan.

Khatib mengharapkan agar walau bagaimana sekalipun perhubungan silaturrahim tetap perlu dijaga, mengajak seseorang dengan cara yang baik, berhikmah. Demikianlah khatib mengakhiri khutbah pertama.

P/s: Umat Islam seharusnya mengamalkan pepatah yang berbunyi 'Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa'.

Ya Allah kukuhkanlah tali silaturrahim di antara kami.

Kerja

Hari ini mimbar masjid UKM membicarakan mengenai kerja. Khatib mengambil petikan dari:

Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya .

قوله صلى الله عليه وسلم إنما الأعمال بالنية وأنه الإمارة صحيح مسلم


حدثنا ‏ ‏عبد الله بن مسلمة بن قعنب ‏ ‏حدثنا ‏ ‏مالك ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏محمد بن إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة بن وقاص ‏ ‏عن ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إنما الأعمال ‏ ‏بالنية ‏ ‏وإنما لامرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة يتزوجها فهجرته إلى ما هاجر إليه ‏
‏حدثنا ‏ ‏محمد بن رمح بن المهاجر ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏الليث ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏أبو الربيع العتكي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد ابن زيد ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الوهاب يعني الثقفي ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏إسحق بن إبراهيم ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو خالد الأحمر سليمان بن حيان ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن عبد الله بن نمير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حفص يعني ابن غياث ‏ ‏ويزيد بن هارون ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏حدثنا ‏ ‏ابن المبارك ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏ابن أبي عمر ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان ‏ ‏كلهم ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن سعيد ‏ ‏بإسناد ‏ ‏مالك ‏ ‏ومعنى حديثه وفي حديث ‏ ‏سفيان ‏ ‏سمعت ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏على المنبر يخبر عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم
‏



Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3530


Jika dilihat dalam masyarakat hari ini, tak kira jantina samada lelaki mahupun perempuan, yang telah atau belum berkahwin, semuanya dilihat bekerja (namun masih ada yang ''tanam anggur''- menganggur, menyusahkan ramai orang! sebabnya takde wang untuk memenuhi keperluan juga kehendak, mulalah nak merompak, meragut dan macam-macam jenayah lain lagi ). Hal ini disebabkan untuk memperoleh jaminan ekonomi juga ingin memberikan sumbangan masing-masing kepada agama, negara, juga bangsa.


Perkembangan budaya kerja ini sememangnya baik jika diuruskan segala urusan yang diperintahkan syariat dengan sebaiknya. Namun ada di kalangan masyarakat kini dilihat apabila sibuk dengan kerja masing-masing maka menjadikan "sibuk" tersebut sebagai alasan untuk meninggalkan solat, mengenepikan tanggungjawab sebagai suami isteri, ibubapa, juga sebagai anak; 'Isk dah masuk waktu solat dah la, kerja plak banyak lagi, ah! buat kerja dulu la, takyah sembahyang pun takper! 'anak plak tak dipeduli pergaulan, aspek pendidikan mereka!; Fuh! inilah realiti sebahagian masyarakat era globalisasi ini. Hal ini menyebabkan pelbagai masalah yang bakal muncul jika tidak mengikut peraturan syariat Islam.

Ingat plak kata-kata yang berbunyi: "kerja-kerja jugak tapi tanggungjawab diri pada Tuhan, keluarga jangan dilupa".

Dalam era moden ini, ramai juga individu yang bertukar tugas di dalam rumahtangga; suami jadi suri rumah, isteri pulak yang bekerja siang malam untuk mencari rezeki, suami hanya tinggal dekat rumah proses tahi mata je kerjanya, ada yang lebih teruk dahla malas nak kerja! Pukul plak isteri bila isteri tak bagi duit untuk mereka. Macam mana la ni, isk isk isk dunia oh dunia! Baik tak payah kahwin plak hanya perbelanjaan diri je yang ditanggung, takyah tanggung suami yang pemalas! Kalau suami buat kerja rumah macam tugas suri rumah ok la jugak kan! Penat lelah dapatlah dikongsi sedikit.

Ingat! jangan plak perempuan bila dengar hal ni wujud rasa tak nak kahwin, kerana takutkan hal tersebut, hal ini dijelaskan melalui:

Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2487


استحباب النكاح لمن تاقت نفسه إليه ووجد مؤنه واشتغال النكاح صحيح مسلم

‏ ‏و حدثني ‏ ‏أبو بكر بن نافع العبدي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏بهز ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد بن سلمة ‏ ‏عن ‏ ‏ثابت ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏
‏أن ‏ ‏نفرا ‏ ‏من ‏ ‏أصحاب النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏سألوا أزواج النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن عمله في السر فقال بعضهم لا أتزوج النساء وقال بعضهم لا آكل اللحم وقال بعضهم لا أنام على فراش فحمد الله وأثنى عليه فقال ‏ ‏ما بال أقوام قالوا كذا وكذا لكني أصلي وأنام وأصوم وأفطر وأتزوج النساء فمن رغب عن سنتي فليس مني ‏



Sepatutnya bagi diri, di samping mencari rezeki, kita perlu juga memenuhi segala tuntutan Ilahi yang lain. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan bebanan yang mampu ditanggungnya. Perlu diingat bahawa apabila diri diuji, sebenarnya Allah ingin mengangkat darjat diri, melihat setakat mana kesabaran diri diuji.

p/s: Apa guna jika memperoleh kekayaan duniawi, namun menjadi seorang yang fakir miskin di akhirat nanti, menyebabkan diri memasuki neraka yang begitu azab sekali siksaan dari Ilahi.

Ya Allah berikanlah kami pekerjaan yang mendatangkan rezeki yang halal dari Engkau Ya Rabbi. Jadikanlah kami dalam mencari rezeki untuk keperluan duniawi, sentiasa mengingati, mematuhi akan perintahMu yang lain.



Kepercayaan terhadap Unsur Tahyul

Hari ni khutbah jumaat bercakap mengenai kepercayaan tahyul di kalangan masyarakat Islam khasnya Melayu.

Masyarakat Melayu di Malaysia pada zaman sekarang dilihat masih mempunyai sikap kepercayaan terhadap unsur Tahyul ni. Cuba diperhatikan dalam masyarakat hari ini, masih ada sesetengah mereka yang seringkali menjumpai bomoh yg tak banyak mempunyai ilmu agama apabila menghadapi sesuatu masalah contohnya bila terkena sesuatu penyakit ganjil.

Sepatutnya perkhidmatan yg dicari mestilah dengan berikhtiar mencari seorang yang mempunyai ilmu agama(Islam) yang banyak(mendalam) bagi mengubati sesuatu masalah. Hal ini bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang berbentuk syirik melalui jampi serapah yg bukannya berlandaskan syariat iaitu tidak menggunakan ayat-ayat suci al-Quran,atau yg selari dengan cara syariat Islam sebaliknya seolah-olah memuja sesuatu yg selain dari Allah s.w.t.

Firman Allah:


(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Al- Baqarah 2 Ayat 165.

Perbuatan mensyirikkan Allah dengan Allah merupakan dosa yg besar yg tidak diampunkan Allah sebagaimana firmanNya:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
An-Nisaa' 4 Ayat 48


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. Luqman 31 Ayat 13

Cuba fikirkan betapa ruginya jika menggunakan perkhidmatan bomoh yg tidak Islamik, kerana mungkin diri akan dirogol(tergadainya maruah) kononnya untuk membuang sesuatu perkara (dari gangguan iblis), duit cengkeram perkhidmatan plak melambung tinggi, di samping medapat murka Ilahi. Eloklah kembali ke pangkal jalan sebelum lebih parah keadaan syirik dalam diri.

Mafhum firmanNya:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). Hud 11 Ayat 3

Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap amalan syirik ini dapat dilihat melalui pelbagai filem dan drama, juga majalah tentang unsur-unsur tahyul ini seperti Toyol,Cermin, Congkak, Tika Malam Bulan Mengambang, Susuk, Saka, Puaka Niang Rapik, Mastika dan macam-macam lagi. Cerita-cerita sebegini mendapat perhatian yg tinggi di kalangan masyarakat Melayu khasnya, kalau tidak mendapat sambutan mestilah cerita sebigini tidak akan dikeluarkan oleh penerbit sesebuah rancangan, penerbit majalah kerana tidak sanggup menanggung kerugian!

Eloklah diperbersihkan diri daripada unsur-unsur syirik ini. Memang tidak dinafikan kewujudan makhluk halus ini , namun perlulah diingat bahawa sesuatu makhluk itu tidak dapat memberi mudharat kepada makhluk lain melainkan dengan izin Allah s.w.t.

p/s: "jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri"

Ya Allah berikanlah kami keyakinan, ketaqwaan kepadaMu dengan dengan sebenar-benar yakin, keimanan yang teguh, hati yang khusyuk tawadhhu' bersujud,menyembahMu, akal yang sentiasa mengingat dan memikirkan kebesaranMu melalui ciptaanMu, janganlah Engkau biarkan diri kami hanyut dalam kegelapan, kesesatan daripada cahaya hidayahMu. Ya Allah buangkanlah sikap syirik dalam diri kami samada syirik besar mahupun kecil. Sesungguhnya ya Allah kami takut akan azabMu terhadap hambaMu yg Engkau berikan ke atas makhlukMu yg Engkau murkai. YA Qudrat, kami yakin bahawasanya tidak dapat memberi mudharat sesuatu benda melainkan dengan KeizinanMu.

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top