Ada Perubahan ke bilik?

Alhamdulillah pada pukul 5 lebih pagi tadi sampailah ku kembali di UKM, hmm lepas tu, terus je naik ke bilik pakai pintu belakang, sebab pintu belakang tak berkunci

Pada sangkaanku bilik yang diminta untuk dikosongkan adalah perubahan yang dilakukan tapi, macam tiada apa-apa perubahan, oppss silap, ada habuk banyak la, kira perubahan juga la tu !

Sebelum nak tinggalkan bilik semester lepas ada la juga buat laporan kerosakan bilik sebagai memenuhi syarat untuk mengosongkan bilik, kiranya pada sangkaanku mungkin bilik mahu dibaik pulih oleh pihak yang berkaitan, tapi macam biasa-biasa sahaja keadaan bilik, (hmm baik sangka ajerlah, mungkin mereka tak sempat atau pihak yang berkaitan nak baik pulih waktu pelajar ada di bilik, maklumlah ada juga bilik yang dipakai oleh orang luar dengarnya, buktinya lampin pakai buang kanak-kanak yang berisi ada di bilik seorang kenalan, huhuhu ).

P/s: harap segala laporan yang dibuat, dinilai, diambil tindakan sewajarnya segera.

Ya Allah bersihkanlah bilik kami ini daripada segala makhluk-Mu yang menghuninya semasa ketiadaan kami, moga dengan itu amanlah kami dari gangguannya, berikanlah kami semangat untuk memulakan kembali usaha menuntut ilmu juga lindungilah kami dari melakukan perkara yang dilarang-Mu.

Pelajar Perlu Bayar Perkhidmatan Stor?

Tiap kali hujung semester mesti perlu simpan barang dalam stor, kena bayar plak tu! (Rungut mereka yang tak berpuas hati).

Alhamdulillah pada petang tadi pukul 5.30 petang peperiksaan telah berakhir bagiku untuk semester ini, menunggu semester hadapan pula. Sebelum balik rumah pada hari Sabtu (malam Ahad) nanti InsyaAllah, eloklah di
update dahulu blog kerana mungkin akan mengambil masa untukku menulis artikel baru jika pulang ke kampung.

Pada waktu cuti begini, ramai warga di UKM yang tidak dapat mengelak diri daripada menyimpan barang di stor barang di kolej masing-masing kerana mereka perlu mengosongkan bilik masing-masing, kiranya bilik yang menjadi penginapan pelajar akan dibersihkan. Dalam hal ini, maka ramailah yang tidak berpuas hati di atas tindakan pihak kolej tertentu yang mengenakan bayaran untuk menyimpan barang di stor.

Apa yang ku perhatikan, kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak kolej adalah berbeza, ada yang mengenakan bayaran RM 3, RM 5, manakala ada juga kolej yang tidak mengenakan apa-apa bayaran (Kolej Ibu Zain, tahniah!). Pelajar yang tidak berpuas hati mula membangkitkan rasa rimasnya dengan menyatakan pelbagai sikap yang menandakan ketidakpuasan hati mereka. Ada di kalangan mereka yang menconteng pada kertas di papan kenyataan iklaneka, dengan menyatakan "Tak boleh tolong pelajar ke? Gila duit! Bayar yuran kolej mahal, tapi stor kena bayar lagi! Bayar duit untuk simpan barang, tapi barang tak dijaga, kalau hilang tak bertanggungjawab! (tanggungjawab sendiri, pihak kolej tak bertanggungjawab). Demikianlah antara rungutan-rungutan yang ku dengar.
Entah kenapa perkara ketidak selarasan bayaran di antara kolej mengenai perkhidmatan stor tidak sama di antara kolej?

Pernah ku dengar dari kenalanku yang berbangsa India, sewaktuku berada di tahun 1 yang memberitahu kiranya hanya UKM sahaja pelajar perlu mengosongkan tempat penginapan setiap hujung semester, manakala universiti lain, bilik penginapan hanya dikongsikan pada akhir tahun (setahun sekali). Hal ini tambahnya lagi merumitkan pelajar, kerana menyusahkan pelajar, banyak barang yang perlu dibawa balik.

Agaknya apakah masalah ini tidak boleh diatasi? Ku sentiasa mengharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab sosial kepada pelajar kerana tidak semua pelajar yang bernasib baik keadaan kewangannya (kaya).

Ku merasakan lebih baik bilik dikosongkan hanya sekali setahun, kerana bagi setiap tahun seseorang itu kebiasaannya akan menginap di bilik yang sama selama dua semester, apa salahnya kan!

Hmm memang ku tidak menafikan, ada di antara bilik yang menjadi penginapan pelajar akan menjadi tempat tinggal bagi mereka yang mengambil semester pendek, membuat tesis atau tugas-tugas lain, tapi takkan semua bilik digunapakai? Hmm ku mengharapkan pertimbangan terhadap masalah ini dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

P/s: Jangan kerana mengejar keuntungan, nasib mereka yang kurang bernasib baik diketepikan.

Ya Allah selamatkanlah barang-barang yang kami simpan daripada dicuri.

Prinsip Membangkitkan Motivasi

Susahkah untuk mendapat, mengembalikan motivasi diri?

Demi mengelakkan daripada pengunjung kebosanan kerana blog yang tak terupdate, maka lebih baik ku menyalin semula apa yang pernah dibaca daripada majalah Dewan Ekonomi April 2008, kerana pada masa ini masih kesibukan dengan peperiksaan yang berbaki satu (hanya sekadar alasan !).
Apa katanya tentang panduan mudah untuk membangkitkan motivasi orang lain?
  • Jangan berikan petanda yang negatif atau terus mengkritik jika anda tidak bersetuju dengannya, sebaliknya berikan nasihat dengan kata-kata yang tidak menyakitkan hati atau komen yang membina.

  • Jangan bersetuju dengan individu yang mempunyai perangai yang buruk, tetapi galakkan mereka untuk berubah dengan mencadangkan kaedah yang betul, masa yang diperlukan dan menjelaskan sebab-musabab mereka perlu berubah.

  • Apabila ada orang mengatakan bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, cuba tawarkan mereka RM 10 untuk setiap satu sebab mengapa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut. (Hmm kaedah ini, ku tak berapa setuju, kerana ada orang yang bijak mencari helah, dalih untuk tidak memikul sesuatu 'beban', siap-siap boleh 'pokai', huhuhu. Tapi ada juga kebenarannya bagi mereka yang cepat bangkit motivasinya, bahkan mereka akan berterima kasih kerana bila mereka mengetahui akan kelemahan diri, maka dari situlah mereka akan perbaikinya!).

  • Luahkan segala yang anda rasakan negatif dan cadangkan idea atau alternatif yang ada untuk memperbaikinya ke arah mencapai kejayaan.

Demikianlah sahaja yang mampu ku kongsikan buat kali ini, moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

P/s: Hidup harus sentiasa perlukan motivasi, baikilah kelemahan diri.

Ya Allah berikanlah kami kecekalan dalam menempuhi hidup ini.

Takut Hantu?

Ramai orang penakut yang berlagak berani?

Ketika musim peperiksaan sebegini, suka untukku berkongsi cerita mengenai kisah seorang penakut, khasnya takut hantu! Sebabnya ada kes yang sama berlaku kepada kenalan-kenalan di kolej kediamanku ini (KIY) .

Mengimbau kembali kenangan silam, sewaktu di alam kanak-kanak hinggalah menjangkau usia separa remaja, memang ku termasuk di kalangan mereka yang penakut (hantu) . Jika masa budak-budak dulu, ketika nak ke tandas perlu berteman, khasnya malam, kalau tak rela ku pendam, batalkan sahaja niat itu, jika terdesak sangat buat-buat menangis kiranya mohon simpati dari adik-beradik atau ma untuk menemani diri ke tandas . Di waktu siang sekalipun perasaan takut itu wujud kalau nak duduk rumah, (sebabnya ma, abah dekat kedai, kebun, hanya waktu malam sahaja rumah menjadi tempat tinggal, beristerehat). Jadi rumah seolah tiada berpenghuni !

Waktu di sekolah menengah lain pula yang terjadi; pada awalnya tiada langsung perasaan takut terhadap hantu ini, namun setelah senior-senior memulakan cerita hantu mereka, perasaan takut mula menguasai kembali. Perasaan takut itu berterusan sehinggalah ku mewujudkan suasana, keadaan dalam diriku sikap tak peduli terhadap perkara-perkara tahyul .

Alhamdulillah setelah memasuki alam universiti, setelah mendengar ceramah, tutorial, juga membaca beberapa cerita berkaitan perihal makhluk halus ini, Alhamdulillah, perasaan takut itu telah hilang . Apa yang ku tanamkan dalam jiwaku; sesuatu makhluk itu tidak dapat memberi kemudaratan kepada seseorang, sehinggalah Allah membenarkannya!

Boleh percaya ke? Tapi memang makhluk halus memang wujud!

Kadangkala bila mengingatkan kembali cerita-cerita hantu yang diceritakan orang kepadaku, timbul rasa lucu, kelakar bilamana ada di antara kisah mereka yang jelas kelihatan dibuat-buat untuk menakutkanku.

P/s: Percayalah bahawasanya mudarat itu tidak akan berlaku, jika Allah tidak mengizinkannya .

Ya Allah jadikanlah sifat takut kami hanya kepada-Mu, agar kami lebih mendekati-Mu.

Kasut, Stokin pun boleh curi ke?

Hmm di mana ku letak kasut ?

Alhamdulillah, sudah lepas dua peperiksaan yang berjaya kutempuhi. Kali ini, sekadar untuk merehatkan minda, entri yang dipublishkan tak penting pun. Ini hanya nak kisahkan kisah yang terjadi pada diri juga teman pada suatu masa dahulu.

Hendak dijadikan cerita, pada waktu malam sebelum peperiksaan bermula, barulah ku tersedar akan ketiadaan kasut hitam yang jarang-jarang sekali ku memakainya di hadapan bilik seperti kebiasaannya.

Setelah puas memikir, mengingat kembali di mana kali terakhir ku meletak dan memakainya, namun jawapan yang ku dapat penuh ketidakpastian (berbelah-bagi), tapi ku lebih merasakan mungkin kasut tu dah hilang agaknya.

Nak tak nak terpaksalah pakai kasut converse untuk masuk dewan peperiksaan, walaupun kebiasaannya hanya dipakaiku ketika bersukan dan waktu pulang ke kampung. Jika nak beli kasut, dah akhir semester dah sekarang ni! Serba salah pula bagiku untuk menyimpannya nanti (masalah stor), hmm tunggulah semester depan baru beli jika ada rezeki, InsyaAllah.

Nampaknya terpaksa pakai kasut converse juga untuk dewan exam !

Hmm teringat pula waktu di alam persekolahan suatu masa dahulu, dikala menjelangnya musim peperiksaan, pelbagai barang hilang; alat tulis mahupun pakaian termasuk juga duit. Hmm... mungkin mereka yang mengambilnya tiada, kurang duit, yang seterunsnya menyebabkan mereka bertindak sedemikian rupa atau mungkin juga mereka berniat hanya ingin 'meminjam'tapi tidak kena dengan caranya. Kalut juga sesiapa yang menjadi mangsa, khasnya bilamana di saat ingin ke dewan peperiksaan baru sahaja mereka menyedari ada kekurangan pada kelengkapan dirinya. Mujurlah kadangkala ada pengawas peperiksaan yang baik hati, memahami masalah yang dihadapi.

P/s: janganlah kerana tindakan yang dilakukan membuatkan orang lain menderita.

Ya Allah berikanlah kami kemudahan, jalan untuk menjawab segala persoalan yang termaktub dalam soalan peperiksaan agar kami mendapat kejayaan di dunia ini seterusnya di akhirat nanti.

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top