Diluah Mati Emak, Ditelan Mati Bapa

Mengapa perlu ada cinta,

Jika padah yang menimpa,

Mengapa perlu membenci,

Sehingga ada yang dicaci.


 

Mengapa sukar memendam rasa,

Meluah takut nanti merana,

Kerana takut fitnah yang melanda,

Kerana takut dosa yang bakal menimpa.


 

Ah apakah benar tanggapan orang tentang cinta!

Bahagia sehingga penghujungnya!

Sengsara sehingga akhirnya!

Itulah persepsi dari orang yang bahagia dan derita kerana cinta!


 

Walau apapun jiwa yang bergolak di jiwa merasa,

Perasaan gelora semakin hangat membara,

Mudah-mudahan diri terjaga,

Kerana takut padah dosa yang bakal melanda.


 

Jika benar ingin bercinta,

Pilihlah jalan yang dibenarkan oleh-Nya,

Hantarlah lamaran kepada si dia,

Tunggulah saat perkahwinan dengannya.


 

Jika ingin meluah luahan hati kepada si dia,

Luahlah dengan setulus kata,

Tapi jangan sampai 'mengganggu' hidupnya,

Dengan tindakan yang menyalahi syariat-Nya.


 

Amat benar bagai dikata,

Sukarnya meluahkan perasaan di jiwa,

Diluah mati emak kiranya,

Ditelan mati bapak kononnya.


 

Kata-kata manis semuanya terhambur dikala cinta,

Kata-kata nista, cacian terkeluar ketika mula membencinya,

Alangkah bagusnya jika cinta berdasarkan iman di jiwa,

Bukannya kerana gejolak nafsu yang membara.


 

Berapa ramai yang bertemu berpisah (bercinta) kerana-Nya,

Apakah sebanding dengan mereka yang mencintai berdasarkan nafsu semata?

Harapannya cinta yang lahir itu benar-benar tulusnya,

Bukan berulamkan dosa noda.


 

Ah tak tenang hati bila memikirkan mengenai cinta,

Makin difikir makin berbekas di jiwa,

Cukuplah sekadar ini sahaja,

Buat luahan rasa di kala perasaan yang tak tenang di waktu jaganya.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

noor ha said...

cintailah pada yang satu..
itulah sebaik2 cinta..

rumzan said...

cinta itu suatu perkara yg betul sekiranya dipandu oleh iman yang padu, tidak didasarkan oleh nafsu yang membelenggu diri

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top