Bijaksana dalam Berdakwah

Jangan sesakali mengelirukan mad'u!

Alhamdulillah pada hari ini, ramai di kalangan kenalan dari Jabatan Dakwah Kepimpinan (JAKMA) tahun 2, mengikuti aktiviti rutin yang dianjurkan Jabatan mereka, sebagai latihan amali dakwah kepada masyarakat asli Johor buat kali ini.

Ketikamana berbicara mengenai kegiatan dakwah ini, seseorang itu perlulah mengikut beberapa langkah dan mempunyai kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada setiap pendakwah agar mereka yang didakwahkan tertarik dengan ajaran Islam dan kegiatan dakwah dapat berjalan dengan lancar.

Pada masa kini, dengan pelbagai kegiatan penyebaran dakyah oleh pelbagai pihak secara tidak langsung mahupun langsung, dilihat cara yang paling berkesan bagiku adalah dengan menunjukkan tingkahlaku yang baik, kerana secara tidak langsung kebiasaannya manusia, akan tertarik dengan akhlak yang mulia. Walaupun ada di kalangan pendakyah agama lain, menyebarkan dakyah mereka dengan memberi bantuan kewangan melalui peruntukan khas yang disediakan mereka untuk menarik seseorang kepada agama mereka. Seseorang yang tinggi maruahnya tidak akan terbeli dirinya dengan harga yang sedikit berbanding maruahnya yang tak ternilai!

Tidak dinafikan sememangnya manusia mudah tertarik dengan harta, tapi kebiasaannya setelah habis, berhentinya saluran harta kepada 'sasaran' pendakyah, maka mereka kebiasaannya akan berhenti mengikuti ajaran tersebut secara langsung.

Seseorang pendakwah harus memilik ketabahan, walaupun dakwahnya dilihat tidak berjaya untuk mempengaruhi semua pihak, tetapi seharusnya sikap sentiasa 'turun padang' diamalkan untuk memperkukuhkan keyakinan mereka yang diseru.

Suka diingatkan sekiranya pendakwah sendiri yang jika perangainya 'sama naik' atau lebih teruk daripada yang diseru, nescaya mad'u tidak akan tertarik. Seharusnya para pendakwah perlu menjaga adab-adab, batasan-batasan pergaulan sesama mereka. Janganlah pula pendakwah menunjukkan 'cinta monyet' di hadapan mad'u, kerana dibimbangi akhir nanti berlaku kesalah fahaman terhadap semua pendakwah sama sahaja dengan orang bukan Islam.

Tugas dakwah perlu dilakukan secara beransur-ansur, jangan terburu-buru, perlu mengikut tertibnya, janganlah dihukum, diperlakukan sama dengan mereka yang telah lama memeluk Islam kerana ianya dilihat amat tidak menarik perhatian mereka yang diseru.

P/s: Dakwah perlu dilakukan dengan ikhlas, bukan mengharap ganjaran daripada sesiapa, tetapi mengharapkan redha Allah semata-mata.

Ya Allah jadikanlah tugas dakwah Islam tersebar dengan lancar, meluas agar Islam kembali menguasai alam ini.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top