Three Idiots Bukanlah Cerita Klise Humor



Dalam awal bulan lepas, sempat untukku menonton cerita 3 Idiots yang dapat dikongsikan beberapa nilai kebaikan, tanpa dinafikan aspek keburukan. Cerita ini kalau tak silap ditayangkan di pawagam pada tahun lepas (2009) dan mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.


Apa yang menarik untuk dikongsi daripada cerita ini, ia merupakan satu 'nilai persahabatan' yang erat ditunjukkan oleh 3 orang lelaki yang pada waktu usia awal remaja mereka menuntut di satu Institusi Pengajian yang sama. Pengarah, penulis skrip memasukkan unsur realiti yang kerap berlaku di alam persekolahan khasnya; gelagat pelajar senior yang membuli junior mereka. Namun dengan kekreatifan yang ada pada pelajar (watak Amir) yang baru masuk ke kolej tersebut, menyebabkan dia tidak dibuli (mencipta alatan teknologi –aplikasi pengetahuan).


Kedua, aspek yang dapat dilihat bahawa sememangnya terdapat Pensyarah yang skema (ketat, syadid) dalam bertindak. Menjadi suatu yang amat menyayat hati apabila seorang pensyarah (Pengetua Kolej lakonan Boman Irani ) yang bersikap tidak berperikemanusiaan, terlalu mementingkan kualiti, sehinggakan ramai yang mengambil tindakan membunuh diri apabila mereka diberi kata dua, yang amat sukar untuk seseorang pelajar untuk membuat keputusan, disebabkan tekanan, kekangan yang ditambah oleh beliau. Terdapat juga pensyarah yang digambarkan lebih mementingkan fakta ilmiah yang disampaikan secara selaras dengan buku (sebijik fakta buku), bukannya berdasarkan kefahaman mudah oleh pelajar. Namun apabila dijelaskan secara fakta ilmiah tinggi untuk istilah lain, tercengang tidak faham kerana tingginya bahasa dan tidak mudah cara penyampaiannya untuk difahami. Aspek yang baik terdapat pada Pengetua (Boman Irani) ialah beliau pantang dicabar jika dicabar (ketika melihat orang lain maju ke depan maka dia tak senang duduk untuk ikut sama). Inilah sikap bersaing yang bagus jika kena dengan caranya.


Aspek ketiga ialah, terdapat mereka yang dilihat lebih mementingkan, menghargai kebendaan berbanding cinta mereka kepada pasangan, yang ditunjukkan melalui pemerhatian secara luaran diikuti 'eksperimen' yang dilakukan oleh watak Amir kepada Kareena (Pia) yang bakal berkahwin dengan lelaki yang bersikap sedemikian. Hal itu membuka pintu hatinya untuk menilai tunangnya tersebut.


Keempat, dilihat bahawasnya telah menjadi lumrah di India (Hindhu) untuk perempuan membayar Dowry (Mas kahwin) kepada lelaki. Daripada hal itu, dapat dilihat kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak lelaki untuk wanita amat tinggi sehingga menyebabkannya menjadi ANDARTU (anak dara tua) kerana tidak mampu untuk menyediakan mas kahwin tersebut. Jadi bagi perempuan-perempuan jangan letak mas kahwin, hantaran tinggi-tingi ya, nanti jadi ANDARTU! Huhuhu.


Kelima, aspek pengorbanan ibubapa turut diperlihatkan secara tidak langsung dalam cerita ini demi memastikan kebahagiaan anak-anak mereka. Walaupun pakaian tidak diganti bertahun-tahun di samping beliau juga merupakan tunjang keluarga kerana suaminya lumpuh, manakala anaknya ada yang masih belajar di samping mengharap agar anaknya bakal berubah nasib diri – dan mungkin juga keadaan keluarga mereka setelah mendapat segulung ijazah.


Keenam, satu tindakan yang positif; menganggap semuanya baik-baik sahaja, samada ketika marah (bersabar), sentiasa berfikiran positif, bukannya tindakan penuh negatif. Istilah yang digunapakai dalam cerita ini; "All is well", bagi umat Islam kesabaran amatlah penting, sehingga banyak hadith mengenai hal itu, antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. : Bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi s.a.w., berikan aku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah". Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah". Riwayat al-Bukhari, boleh rujuk hadith 40 al-Nawawiyyah. (Seseorang yang marah hilang sabarnya!)


Ketujuh, aspek yang amat menarik bagi seseorang individu adalah memilih kerjaya yang disukai, bukan kerana dipaksa orang lain. Dalam cerita ini, digambarkan keadaan yang digambarkan adalah ramai di kalangan watak kerjaya mereka terhasil kerana desakan keluarga, namun akhirnya konsep itu difahami dan mereka boleh berjaya dalam bidang yang bersesuaian dengan minat diri. Sememangnya jika tiada minat terhadap sesuatu yang dilakukan akan mencetus perasaan 'tidak ikhlas'.


Kelapan, dalam mengejar ilmu, terdapat 2 golongan yang digambarkan dalam cerita ini; jenis yang betul-betul ingin belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan mereka yang belajar untuk mendapatkan pekerjaan. Amir digolongkan dalam kalangan pertama, manakala kawan-kawannya jenis kedua. Watak Amir (Rancho) merupakan seorang anak pekebun yang telah dijaga oleh majikannya kerana keluarganya telah tiada, disebabkan itu, beliau terdorong minatnya untuk belajar walaupun dengan apa cara sekalipun, seperti membuat kerja-kerja sekolah anak majikannya, dari situlah dia belajar di samping beliau mencuri-curi belajar. Beliau dapat menyambung pembelajarannya dengan syarat-syarat tertentu yang diletakkan oleh majikannya. Anda kategori pertama atau kedua?


Kesembilan, dalam keadaan tertentu, kecemasan, seseorang perlu pandai membuat keputusan, bertindak, menggunakan kemahiran dan bergabung dalam melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Digambarkan ketika suasana banjir, tatkala kakak Pia (Kareena) nak melahirkan kandungannya, telah berlaku satu kejadian yang akhirnya membuka mata Pengetua (Booman Irani yang juga merupakan ayah Pia), kerana tindakan kemanusiaan yang dilakukan oleh anak didiknya.


Kesepuluh, aspek memberi penghormatan, saling mengormati apa juga profesion seseorang itu (selagi halal) juga diberi perhatian kerana terdapat watak Omi (Chatur) yang agak sombong, memandang rendah dengan kerjaya orang lain.


Hmmm cukuplah sekadar ini, beberapa aspek positif yang terkandung dalam cerita ini dikemukakan. Namun sebarang cerita jarang dapat mengelakkan dari aspek negatifnya. Aspek negatif yang paling utama ialah dari aspek cara penghormatan ; buka seluar, berpakaian dalam dan tunduk serta memberi tabik hormat (mungkin sebab penangan dari tindakan buli oleh senior membuatkan mereka begitu), sememangya dilihat tidak sesuai untuk ditonton oleh penonton Islam khasnya. Aspek kedua dari pakaian, sememangnya filem Hindi tidak bebas dari pemakaian yang 'kainnya tidak cukup'.


P/s: Membuat sesuatu perlu seikhlas mungkin.


Ya Allah jadikanlah sifat-sifat Mahmudah sebati dalam jiwa kami.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

noor ha said...

teringin je tengok cite ni..

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top