Kalau dah Bertunang Bolehlah ya.....


Antara pasangan yang sempat ditangkap sewaktu ku berkhidmat di sebuah jabatan agama

Sejak akhir-akhir ini makin ramai yang menyalah tafsirkan makna pertunangan.
Ada yang merasakan dengan adanya status bertunang maka mereka bebas untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pasangan berkahwin (seks).

Ada yang kata; "Takkan ada orang yang menganggap pertunangan sebagai sama dengan perkahwinan?".

Bagi diriku yang pernah mengikuti menangkap beberapa pasangan dalam satu malam yang apabila mereka ditanya; "Kamu dah kahwin ke belum? Mereka menjawab, ini tunang saya. Hmm bagaimana tu?

Kadang-kadang rasa hairan apabila ada di kalangan mereka yang ditangkap, merayu-rayu menagih simpati agar mereka dilepaskan, hal itu tidak diberitahu kepada keluarga, kerana aiblah katanya, ada pula yang mengambil tindakan saman, kononnya malu dengan jiran yang telah lama mereka bermusuhan (Apabila hal itu diketahui jirannya). Cetus di hati, ketika melakukan maksiat mereka tak fikirkah mengenai akibat yang akan berlaku jika ditangkap? Jika tidak ditangkap sekalipun tidakkah mereka malu pada Tuhan Sekalian Alam, yang sentiasa melihat, memerhatikan hamba-Nya? Ah, inilah hakikatnya petanda akhir zaman!

Rimas mata memandang mereka yang berkasih-kasihan, berpegangan tangan, berdua-duaan (tanpa ikatan perkahwinan). Nak kata tak lawa, ada la rupanya, tapi sayang jika inilah hakikat orang zaman sekarang, boleh melakukan apa sahaja asalkan hatinya berkenan. "Kalau beginilah, sepatutnya mas kahwinnya pun turut kurang, getus hatiku.

Harapanku agar segala kemungkaran paling tidak pun dibenci dalam hati, kerana itulah yang dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai mereka yang mempunyai selemah-lemah iman.

P/s: Alam pertunangan untuk seseorang itu berkenal-kenalan, dibawa bersama perempuan muhrimnya, yang dapat membezakan yang betul dan salah di sisi Syariat Islam.

Ya Allah janganlah kiranya berlaku maksiat secara terang-terangan.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

alahai anak muda sekarang

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top