Eksploitasi Terhadap Wanita


Iklan dengan cara pemakaian sebegini dah mampu menarik pengguna!

Hmmm akhir-akhir ini, makin banyak iklan yang menjadikan wanita sebagai aset 'penarik' kepada pengguna untuk memperkenal,mengekalkan sesuatu produk mereka di dalam pasaran masyarakat.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, perempuan memainkan peranan yang berjaya untuk menarik pengguna, khususnya lelaki 'tertentu' di samping wanita itu sendiri. Hmm memandangkan kepada keadaan sekarang, tidaklah salah untuk wanita bagi menjadi duta iklan sesuatu produk, tapi yang menjadi permasalahan utama di sini ialah, ketikamana aspek pemakaian yang tidak memenuhi syariat agama. Lebih memalukan, apabila perempuan itu seolah-olah bergembira menunjukkan bentuk tubuh badannya, yang kononnya difikirkan seksi, padahal di sisi Allah ia adalah seksa.

Hmmm jika diikutkan hati, nak sahaja doa agar anggota tubuh yang didedahkan itu mula tumbuh kurap, badannya menjadi gemuk! Tapi, apakan daya, tidaklahku suka untuk melakukan perkara yang sedemikian. Hanya yang mampu dilakukan, mendoakan kesedaran beragama dalam diri mereka.

Agak sedih bila melihat mereka (wanita), yang terhegeh-hegeh untuk menjadi duta iklan sesuatu produk walaupun perlu mendedahkan bentuk tubuh mereka. Ah, mungkin pada andaian mereka itu merupakan perjuangan penyamaan taraf (hak) antara lelaki dengan perempuan, tetapi pada hakikatnya mereka ini telah membuka aib, menghilangkan penghargaan (harga diri), peletakan rasa hormat yang tinggi terhadap perempuan oleh Islam.

P/s: Agaknya kenapa anda harus mengorbankan penghormatan tinggi yang telah diberikan agama, sedangkan itulah yang merupakan sesuatu yang bernilai ibarat mahkota emas, malah lebih daripada itu !

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang menjaga maruah diri.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Sharinginfoz said...

apa yang penting sebagai pengguna kena lebih hati2...

Siapa Nak Promo Blog???

Sedapnya Cendol….

Handphone Discount Sehingga 70%????

rumzan said...

hmmm yup, tapi kini pegguna disajikan dengan perkara2 yang tak sepatutnya

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top