Beginikah Pemimpin yang Mahu Dilantik?

Kejayaan seseorang pemimpin terletak pada tangan anda!

Alhamdulillah pada hari ini, InsyaAllah, Pilihanraya Kampus (PRK) dijalankan. Tiap kali PRK, ada sahaja gelagat tertentu para mahasiswa/i. Kebiasaannya, selepas penamaan calon, aktiviti 'jentera bergerak' (kempen) , bermula .

Walaupun pada dasarnya kempen dibenarkan, tapi hakikatnya hal yang sebaliknya terjadi. Kempen tak dapat dijalankan secara menyeluruh, kerana demi kepentingan 'pihak tertentu dalam kolej'.

Natijah daripada perkara tersebut menyebabkan, beberapa orang di kalangan mahasiswa khususnya pelajar tahun satu, dikerah untuk berjaga, mengawal kolej kediaman dari 'ancaman dakyah (flyers) yang berbeza' di antara mereka (perjuangan)!
(Kesian mereka, tak dapat nak tolong!)

Seperti biasa, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, dikala pagi (waktu hendak Solat Subuh), walaupun setelah Imam memulakan sembahyangnya, masih kelihatan mereka yang bergelar Muslim, menjaga pintu masuk, tempat-tempat tertentu di kolej kediaman, kiranya sebagai langkah untuk mengelak 'serangan pihak musuh'.

Hmm teringat pula pada waktu-waktu peperangan; Sekalipun, apabila masuk waktu solat, maka mereka tetap menunaikan sembahyang (SOLAT KHAUF) dengan segera, itupun dikala saat getir! Kalau dalam hal remeh sebegini 'mereka' melewat-lewatkan solat, bagaimana ya?


Hmm inilah agaknya kerana 'takut hilang kuasa' mereka yang bersikap sebegini, sanggup berkorban apa juga sekalipun, hingga mungkin berkaitan dengan ibadah wajib! (ALLAH YAHDI HUM)

P/s: Janganlah takut, sekiranya anda merasakan diri anda di pihak benar!

YA ALLAH, biarlah pemimpin yang bakal dilantik nanti merupakan mereka yang selayaknya memimpin kami.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

rumzan said...

hmm tak ku nafikan ada mazhab yg melwatkan sembahyang, tpi mereka rmai2 berjemaah. Di Malaysia tak bnyak tempat (msjd india) je kot yg lewat skit solat, tpi SUBUH ku tak tahu

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top