Aplikasi Ketika Cinta Bertasbih dalam Hidup?

Alhamdulillah, hari ini, sempat juga menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih 2, kalau semester lepas sempat tengok episod pertamanya,huhuhu. Walaupun kebanyakan pelajar mengikuti larian 1 Malaysia (khasnya tahun 1 dan 2 dikatakan wajib ikut, tapi nampaknya ada juga di kalangan mereka yang tak pergi! Huhuhu, biasa la tu!)

Cerita yang diolah daripada novel pembangun jiwa yang mendapat tempat di kalangan awam ini, dilihat bagus berbanding dengan cerita-cerita cinta cipisan yang semakin bertebaran di media-media massa pada masa kini.

Cerita yang mampu menggugat jiwa remaja!

Hmm jika ingat balik episod 1 cerita ni, kisahnya lebih berkisar kepada alam pembelajaran (diseliti dengan pengorbanan seorang abang bekerja sambil belajar untuk menyara pembelajaran adik-beradiknya - jual tempe! ) Babak pertengahan mula memasukkan kisah cinta (melalui orang tengah) yang diakhiri dengan perkahwinan. Manakala babak terakhir, Khairul Azzam kembali pulang ke Indonesia selepas selamat menamatkan pembelajarannya di Universiti al-Azhar dengan jayanya. Begitulah secara ringkas ceritanya!

Dalam episod pertama, pada awalnya muncul rasa tidak sedap badan apabila pihak perempuan mengajukan beberapa syarat untuk lelaki mengahwininya, hmm terutamanya mengenai poligami, bilamana bakal pengantin perempuan menyatakan dia tidak mahu dipoligami, katanya dia tidak mengharamkan poligami tetapi tidak mahu hal itu berlaku ke atas dirinya. (Waktu itu, terfikir di benakku seolah-olah perbuatan ini sama dengan sikap seseorang itu yang menyatakan: "Saya tak nafikan kewajipan solat, tapi saya malas nak sembahyang!"). Namun setelah penjelasan yang diberikannya mengenai perkara-perkara yang menyebabkan kepada harusnya poligami seperti jika dia (perempuan), tidak mampu untuk memberikan nafkah batin dan alasan-alasan lain, hilanglah andaian, kecurigaanku terhadap kemasukan pemikiran Islam (lebih tepatnya, Muslim) Liberal!

Mampu membuatkan penonton kadang ketawa, kadang sedih!

Dalam episod ke-2 (terakhir) pula, bermula kisah dengan kehidupan suami-isteri yang agak kurang bahagia kerana nafkah batin tidak terisi (6 bulan). Dalam suasana lain, Azzam mula memenuhi tuntutan agama (bekerja), juga mula mencari-cari pasangannya (lebih serius). Waktu ini, ahli keluarga, masyarakat beragama, banyak membantu beliau dalam mencari jodoh terbaik bagi dirinya, pelbagai halangan dihadapi. Sebagai penamat cerita, penulis skrip, pengarang cerita meletakkan pengakhiran yang cukup bermakna, iaitu pasangan yang baik untuk mereka yang baik, begitulah sebalik dan seterusnya. Tulus dari hati, cerita ini mampu membuatkan mereka yang menonton, sentiasa bergelumang, bermain dengan pelbagai perasaan, sedih, gembira, marah juga tak sabar untuk melihat penamatnya. Pandai betul saudara Habiburrahman el-Shirazy bermain dengan perasaan penonton, pembaca!

Fuh, bila tengok cerita ni, teringat pula peringatan-peringatan yang diberitahu ustaz kepada kami (tahun 3, semester akhir), untuk mencari jodoh dikala ini, lepas tu kahwin dengan segera, kerana kata ustaz, ini memenuhi konsep sekufu! Hmm ramai di kalangan kami yang memulakan operasi pencarian jodoh mereka, huhuhu. Ah, malu pula rasanya cakap mengenai urusan ini, sebab tak kerja lagi, huhuhu.

P/s: Mencari pasangan bukanlah sesuatu yang agak mudah, tetapi seharusnya kita merancang, InsyaAllah dengan perancangan itu akan membuatkan kita mendapat jodoh yang terbaik bagi diri. Ingatlah sebaik-baik perancang adalah Allah, kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, Dia yang berhak untuk menentukan!

Ya Allah berikanlah kepada kami pasangan yang terbaik untuk kami yang mampu membawa, membimbing diri kami ke arah redha-Mu.

3 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

lain macam bunyinya, mesti tengah mencari seseorang ni!

Moneybookers Casino said...

Perhaps, I shall agree with your opinion

Online Casino PayPal said...

It is necessary to try all

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top