Prinsip Membangkitkan Motivasi

Susahkah untuk mendapat, mengembalikan motivasi diri?

Demi mengelakkan daripada pengunjung kebosanan kerana blog yang tak terupdate, maka lebih baik ku menyalin semula apa yang pernah dibaca daripada majalah Dewan Ekonomi April 2008, kerana pada masa ini masih kesibukan dengan peperiksaan yang berbaki satu (hanya sekadar alasan !).
Apa katanya tentang panduan mudah untuk membangkitkan motivasi orang lain?
  • Jangan berikan petanda yang negatif atau terus mengkritik jika anda tidak bersetuju dengannya, sebaliknya berikan nasihat dengan kata-kata yang tidak menyakitkan hati atau komen yang membina.

  • Jangan bersetuju dengan individu yang mempunyai perangai yang buruk, tetapi galakkan mereka untuk berubah dengan mencadangkan kaedah yang betul, masa yang diperlukan dan menjelaskan sebab-musabab mereka perlu berubah.

  • Apabila ada orang mengatakan bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, cuba tawarkan mereka RM 10 untuk setiap satu sebab mengapa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut. (Hmm kaedah ini, ku tak berapa setuju, kerana ada orang yang bijak mencari helah, dalih untuk tidak memikul sesuatu 'beban', siap-siap boleh 'pokai', huhuhu. Tapi ada juga kebenarannya bagi mereka yang cepat bangkit motivasinya, bahkan mereka akan berterima kasih kerana bila mereka mengetahui akan kelemahan diri, maka dari situlah mereka akan perbaikinya!).

  • Luahkan segala yang anda rasakan negatif dan cadangkan idea atau alternatif yang ada untuk memperbaikinya ke arah mencapai kejayaan.

Demikianlah sahaja yang mampu ku kongsikan buat kali ini, moga sedikit perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

P/s: Hidup harus sentiasa perlukan motivasi, baikilah kelemahan diri.

Ya Allah berikanlah kami kecekalan dalam menempuhi hidup ini.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top