Pelajar Perlu Bayar Perkhidmatan Stor?

Tiap kali hujung semester mesti perlu simpan barang dalam stor, kena bayar plak tu! (Rungut mereka yang tak berpuas hati).

Alhamdulillah pada petang tadi pukul 5.30 petang peperiksaan telah berakhir bagiku untuk semester ini, menunggu semester hadapan pula. Sebelum balik rumah pada hari Sabtu (malam Ahad) nanti InsyaAllah, eloklah di
update dahulu blog kerana mungkin akan mengambil masa untukku menulis artikel baru jika pulang ke kampung.

Pada waktu cuti begini, ramai warga di UKM yang tidak dapat mengelak diri daripada menyimpan barang di stor barang di kolej masing-masing kerana mereka perlu mengosongkan bilik masing-masing, kiranya bilik yang menjadi penginapan pelajar akan dibersihkan. Dalam hal ini, maka ramailah yang tidak berpuas hati di atas tindakan pihak kolej tertentu yang mengenakan bayaran untuk menyimpan barang di stor.

Apa yang ku perhatikan, kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak kolej adalah berbeza, ada yang mengenakan bayaran RM 3, RM 5, manakala ada juga kolej yang tidak mengenakan apa-apa bayaran (Kolej Ibu Zain, tahniah!). Pelajar yang tidak berpuas hati mula membangkitkan rasa rimasnya dengan menyatakan pelbagai sikap yang menandakan ketidakpuasan hati mereka. Ada di kalangan mereka yang menconteng pada kertas di papan kenyataan iklaneka, dengan menyatakan "Tak boleh tolong pelajar ke? Gila duit! Bayar yuran kolej mahal, tapi stor kena bayar lagi! Bayar duit untuk simpan barang, tapi barang tak dijaga, kalau hilang tak bertanggungjawab! (tanggungjawab sendiri, pihak kolej tak bertanggungjawab). Demikianlah antara rungutan-rungutan yang ku dengar.
Entah kenapa perkara ketidak selarasan bayaran di antara kolej mengenai perkhidmatan stor tidak sama di antara kolej?

Pernah ku dengar dari kenalanku yang berbangsa India, sewaktuku berada di tahun 1 yang memberitahu kiranya hanya UKM sahaja pelajar perlu mengosongkan tempat penginapan setiap hujung semester, manakala universiti lain, bilik penginapan hanya dikongsikan pada akhir tahun (setahun sekali). Hal ini tambahnya lagi merumitkan pelajar, kerana menyusahkan pelajar, banyak barang yang perlu dibawa balik.

Agaknya apakah masalah ini tidak boleh diatasi? Ku sentiasa mengharapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab sosial kepada pelajar kerana tidak semua pelajar yang bernasib baik keadaan kewangannya (kaya).

Ku merasakan lebih baik bilik dikosongkan hanya sekali setahun, kerana bagi setiap tahun seseorang itu kebiasaannya akan menginap di bilik yang sama selama dua semester, apa salahnya kan!

Hmm memang ku tidak menafikan, ada di antara bilik yang menjadi penginapan pelajar akan menjadi tempat tinggal bagi mereka yang mengambil semester pendek, membuat tesis atau tugas-tugas lain, tapi takkan semua bilik digunapakai? Hmm ku mengharapkan pertimbangan terhadap masalah ini dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

P/s: Jangan kerana mengejar keuntungan, nasib mereka yang kurang bernasib baik diketepikan.

Ya Allah selamatkanlah barang-barang yang kami simpan daripada dicuri.

8 Bila bijak pandai berbicara!:

Fathi Adha said...

kolej pun nak niaga jugak... mane ada semua free...

tp masalahnya terlampau MAHAL yang dijadikan kes...dah ler hujung2 semester, faham sajalah mana ada duit....walaupun rm2 tetap DUIT dan tetap penting serta bernilai....

bagi yg brg sikit, sila share ngan kawan2, bgi yg umah dekat...bawa balik je la, mudah citer...perkhidmatan stor... tanggungjawab anda..

rumzan said...

yup memang camtu la hakikatnya, tapi klu di kbyakan tempat (khasnya swasta) bila perkhidmatan digunakan mereka akan jaga. Bukankah kita bayar sesuatu perkhidmatan, rasanya sepatutnyalah kita mendapat jaminan 'safety' barang kan! camtu la citernya. Inilah yg ku rasakan hak pengguna

Anonymous said...

bayar...bagi ana takde masaalah. RM 5 pun tak kesah. Tapi yang kesah dah bayar pun barang tetap hilang. Sepatutnya klu kite dah bayar sepatutnya barang tu telah diamanahkan untuk dijaga. Ini tidak ramai yang komplen brang hilang. termasuk ana ni. huhuhuh.

rumzan said...

hmm itulah antara masalahnya, ada juga stor yg basah, pastinya nanti risiko untuk barang basah, rosak itu tinggi, harap sem ni takde la barang hilang.

masalah satu lagi stor memang padat, macam tak muat je blok sendiri

Anonymous said...

[url=http://industrialauto.webng.com/simatic-ti.html]simatic ti[/url] heels.' his hotel except that his way of life was very retired, had no summons [url=http://industrialauto.webng.com/dcs-range.html]dcs range[/url] 'Yes!' cried Mrs Boffin, laughing with the glee of a child. 'Yes! It's [url=http://industrialauto.webng.com/scada-cost.html]scada cost[/url] 'You sought me out--' [url=http://industrialauto.webng.com/process-automation-jobs.html]process automation jobs[/url] beneath our humble roof.' [url=http://industrialauto.webng.com/ladder-logic-timer.html]ladder logic timer[/url]
'You make pincushions,' said Charley.

Anonymous said...

pipe, and smoked, and took a survey of what he had in tow. What he had sister went down on her knees to pick up. pathetically.' Don't hit ME because you see I'm down. I'm low enough I went first to your office, according to the direction of the papers
Mortimer laughed again, and Eugene, having laughed too for the first [url=http://winter-allergies.webgarden.com/]winter allergies[/url] 'It might have been Rule Britannia,' muttered Eugene, 'but it wasn't.
There, my dear!' said Mr Boffin when they came in to supper. 'That was Externally, it was a narrow lopsided wooden jumble of corpulent windows on your own imagination.' 'Never mind that.'
of her lovers, and she is always booking a new lover, or striking out an winter allergies I know that I am in some things a stay to father, and that if I was
much out of the common course, even though she had not also called to strong old face broke up into weakness and tears. For the rest, both the tap and parlour of the Six Jolly Fellowship Boffin to repentance for having done him an injustice in her mind, and

Anonymous said...

prevention Take a piece of me

Anonymous said...

arteries Take a piece of me

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top