Panggilan Misteri....

Siapa di talian?
Hmmm asyik-asyik salah nombor!

Hmm kejadian panggilan misteri, mesej melayang seolah-olah menjadi satu fitrah bagi sesiapa yang memiliki telefon, khasnya bagi nombor yang agak mudah diingati, atau banyak nombor yang hampir sama dengan diri seseorang .

Pastinya kejadian tersilap nombor menjadi satu igauan yang buruk bagi seseorang yang seringkali terpaksa melayan 'golongan yang tak sepatutnya dilayan'.

Kali ini suka untuk penulis berkongsi cerita mengenai kejadian ini yang berlaku pada diri sendiri. Hal ini mungkin berlaku kerana nombor telefon yang penulis miliki hampir sama dengan panggilan ramai orang, samada dari aspek rangkaian depannya (013,019,014,017,012,016) atau nombor belakang (1234567) .

Yang tak berapa bestnya, kalau panggilan itu dari orang yang berlawanan jantinanya , isk takut juga terjerat dalam kancah maksiat, kerana bimbang dalam situasi tertentu nafsu mengawal diri .

Sudah agak lama juga penulis tidak dapat panggilan misteri daripada wanita yang tersalah called, tapi petang semalam ada la seorang minah yang kiranya membuat panggilan kepada penulis. Pada awalnya memang penulis tidak mengangkat panggilan tersebut kerana tak terperasan akannya, namun setelah penulis menerima panggilan itu kali kedua; apa lagi penulis angkat aje . Bila diangkat pemanggil tadi pula yang mendiamkan diri, membisu tak bersuara, meletakkan telefonnya .

Dengan sangkaan mungkin si pemanggil tadi kurang kreditnya (sayang kredit) , penulis cuba menghubungi kembali pemanggil tadi kiranya untuk bertanyakan apa yang ingin diberitahu, atau mereka merupakan kawan penulis yang mempunyai nombor baru .

Tapi lain pula yang jadinya, ketika penulis menelefon kembali, suara perempuan yang kedengaran, Apabila bertanya, siapa gerangan yang menelefon? Dia pula yang menyusulkan soalan tersebut kepada penulis . Memandangkan penulis rasa tak sedap badan je, penulis pula bertanyakan siapa yang ingin dicarinya? Tapi dia mula menyusun ayat kiranya nak berkenalan. Fuh, setelah melayan 1,2 soalan, apa yang penulis mampu lakukan hanyalah menipu (sebagai dalih bagi menghentikan perbicaraan) dengan menyatakan:"Eh, pensyarah dah masuk kelas dah ni, saya perlu letak telefon dulu la ye! Tapi dia pula yang meminta agar tak diletakkan terlebih dahulu telefon, Alhamdulillah dengan sedikit iman dalam diri, penulis tetap hentikan panggilan.

Pada sangkaan penulis itu mungkin panggilan terakhir darinya, tapi rupa-rupanya dia masih menelefon penulis pada pagi tadi, tapi penulis hanya buat-buat tak dengar panggilan. Takut juga lain jadinya nanti !

Seolah menjadi kebiasaan panggilan misteri, mesej melayang yang penulis peroleh, kebiasaannya daripada perempuan yang masih belajar di sekolah menengah, tapi bila penulis makin melayan, makin menjadi-jadi pula halnya . Oleh sebab itulah penulis rasa lebih baik jangan dilayan panggilan, mesej misteri dari orang yang tak dikenali dari awal .

Teringat pula penulis akan kenangan di waktu alam persekolahan. Masa sekolah dulu, ramai kenalan penulis yang dilihat suka sekali mengkhianati kawan-kawan yang memang mudah perasan, suka melayan perempuan . Dengan bermodalkan ayat-ayat manis, si kawan yang perasan ni, memang 'layan habis' mesej yang diperoleh, sehinggalah kiranya saat 'putus cinta' di antara mereka. Fuh, bahayanya sikap perasan jika ia menguasai seseorang!

Apa yang penulis khuatir di sini, bukannya apa, takut-takut perkara yang buruk pula yang akan terjadi jika seseorang itu menerima panggilan misteri apabila dia melayannya, kerana tidak semua orang mempunyai niat yang baik, iman yang teguh untuk menghadapi sesuatu ujian .

P/s: jika anda mendapat panggilan misteri, mesej melayan daripada orang yang tak dikenali jangan terlalu melayan mereka

Ya Allah janganlah kiranya panggilan misteri menghantui kami.

3 Bila bijak pandai berbicara!:

aku rimas said...

memang rimas betul bila dapat panggilan yang tak digemari ni, kalau sekali-sekala tak kisah, tapi kalau kerap kali naik menyampah

ABU KHUZAIFAH BIN EMBONG said...

betul la memang gak x selesa apabila digangu makluk yg x kenalkan diri..
sejak mula2 mngunakan nset sejak bangku sekolah selalu dpt no mesteri.. sampai terpaksa menukar no

Nasib kita sama said...

huhu agaknya peminat Abu tu kot, dia saja nak berkenalan dgn Abu, tpi mmng agak rimas bila dganggu mereka ni.

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top