Tanggapan Masyarakat Terhadap Golongan Agama


Katakanlah tak nak maksiat!

Masyarakat seringkali memandang tinggi terhadap golongan yang berkaitan dengan agama (belajar agama, mendalaminya dan menyampaikannya). Kadangkala apabila sesuatu maksiat dilakukan oleh golongan ini, maka isu tersebut akan menjadi buah mulut masyarakat.

Entah kenapa seolah-olah masyarakat lupa akan siapa sahaja dari golongan insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, maksiat. Hal ini kerana manusia biasa, bukanlah bersifat maksum seperti para Nabi, Rasul yang diutuskan Allah s.w.t.

Ketika timbul insiden, perlakuan maksiat oleh golongan agama ini, maka dapat dilihat masyarakat sekeliling mula memandang sinis terhadap golongan ini, walhal jika diteliti sikap manusia yang tidak dapat melarikan diri daripada berbuat salah, pandangan serong tidak akan wujud jika masyarakat memahaminya.

Bagiku seorang yang mempelajari agama secara mendalam atau tidak adalah sama sahaja kerana seseorang itu hanyalah dibezakan dengan takwanya kepada Allah sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Hujuraat (49) ayat 13.

Seorang yang mempelajari agama (Islam) bagiku mempunyai kelebihan dari sudut tertentu, bukan dari segi takwanya jika dia tidak beramal dengan apa yang diketahuinya, InsyaAllah.

Sememangnya perlu bagi golongan agama menjaga etika, akhlak dirinya ketika berurusan, bermuamalah dengan masyarakat agar institusi agama tidak terpalit kesan kesalahan yang diri mereka lakukan. Janganlah kiranya menjadi seperti; "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Hal ini kerana ditakuti masyarakat akan mula tidak yakin dengan golongan agama.

P/s: Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, bertaubatlah kerana Allah Maha Penerima Taubat.

Ya Allah janganlah kerana ada di antara kami yang melakukan kesalahan, kesemua dari kalangan kami dipersalahkan.

4 Bila bijak pandai berbicara!:

ABU KHUZAIFAH BIN EMBONG said...

kadang2 nak salahkan masyarakat susah jugak. kita yg lebih tahu patutnya tunjuk teladan yg baik. tapi sekrg nie lain jadinya. lihatlah dikampus kita sendiri.

rumzan said...

hmm betul, memang takleh salahkan sesuatu pihak je. Jalan yg terbaik, masing-masing perlu tunjuk contoh yg terbaik, khasnya yg mendalami agama.

Anonymous said...

baru bukak blog nih. dah lama x bukak sejak pindah ke keris mas. tahniah. dah ada perubahan. lagi cantik lagi menarik dan lagi berinfomasi. teruskan usaha dakwah anda melalui blog.

algojo.

rumzan said...

ooo patut la rasanya macam lama tak nampak, huhuhu, terima kasih, InsyaAllah

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top