Tragedi Meragut Nyawa di Lata Payung


Air Lata memang kuat arusnya, khasnya bila lepas hujan! (gambar hiasan)

Lata Payung (sebelum 'tsunami')

Jumaat lepas, satu tragedi kemalangan yang berlaku di kampungku, menyebabkan dua budak lelaki meninggal dunia dalam peristiwa air pasang di kawasan Lata Kg Payung Baru.

Daripada maklumat yang diperolehi daripada ibuku, kejadian tersebut berlaku selepas waktu solat Jumaat, iaitu sekitar pukul 3.30. Dalam kejadian pada awalnya terdapat 11 orang lelaki yang berusia sekitar 11, 12 tahun (tingkatan 1,2), iaitu 7 orang yang difahamkan sedang duduk beristirehat di atas batu (mungkin baru lepas mandi). Manakala 4 orang sedang leka bermandi-manda.

Dalam keadaan hujan yang agak lebat, mereka ini masih leka, asyik dengan panorama, kesejukan Lata Payung, tiba-tiba berlakulah air pasang! (Untuk pengetahuan pembaca, kawasan Lata, khasnya Lata atau Air Terjun Payung memang bahaya bagi seseorang untuk terus mandi jika keadaan hujan, khususnya ketika hujan agak lebat, ditambah lagi ketikamana berlaku hujan bukit) .

Ketika air pasang empat orang yang sedang mandi-manda dibawa oleh arus air yang deras, namun dengan tindakan pantas di antara mereka yang berada di atas batu tadi meminta pertolongan daripada orang kampung (jiranku), Alhamdulillah, dua daripada mangsa sempat diselamatkan, manakala dua orang lagi mati lemas, dibawa arus air yang kuat.

Menurut maklumat yang kuperolehi, dua mangsa lemas itu dijumpai mayatnya agak jauh akibat dibawa oleh arus yang deras. Salah seorang mangsa ditemui masih di kawasan lata dalam keadaan tersepit di celah batu, manakala seorang lagi ditemui orang kampung di sungai besar, dalam keadaan kepalanya pecah, akibat terhantuk di batu .

Fuh berita ini hanya hangat diperkatakan pada 17/10/2009 (di Buletin Utama TV3, iaitu di akhirnya; berita penting!), manakala di dada akhbar (Sinar Harian, Bernama) dan internet seperti Yahoo Malaysia News pada 18/10/2009.

Apa yang penulis agak kecewa di sini kerana apa yang diperhatikan, tidak ada papan tanda diletakkan di kawasan Lata yang memberi amaran supaya pengunjung mengelakkan daripada mandi khasnya bila waktu hujan atau selepasnya. Jika sebelum 'tsunami' melanda Lata Payung dahulu, sebelum air pasang, akan kelihatan daun-daun yang banyak turun sebelum berlaku air pasang, namun selepas peristiwa tersebut tiada lagi tanda-tanda amaran air pasang yang akan berlaku kelihatan .

P/s: Jangan ambil mudah aspek keselamatan dikala mandi.

Ya Allah berikanlah kepada keluarga arwah ketabahan untuk menghadapi ketentuan-Mu ini.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

sarah-al-idrus said...

innalillah...dari Allah kita datang,kepadanya juga kita kembali

rumzan said...

Itulah lumrah kehidupan, setiap yg hidup akan pergi juga meninggalkan alam dunia yg fana.

peringatan buat manusia yg masih hidup

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top