Tersesat di Kota Raya


Fuh... Alhamdulillah lega, walaupun sesat dapat juga cari jalan pulang!
Lewat malam baru sampai kolej! Isk..isk..isk

Hari semalam merupakan suatu hari yang memberi seribu erti yang mungkin tak dapat dilupakanku kerana dek kerana mengikut orang, ku juga turut tersesat sama .

Hmm ceritanya lebih kurang begini; petang semalam ada seorang 'mamat' yang mempelawaku untuk 'jalan-jalan'. Tanpa berfikir panjang terus sahaja diriku terima pelawaannya itu, tanpa bertanya ke mana arah tujuan yang hendak dituju (kerana orang lain yang mempelawa, tapi pihak lain yang memandu kereta ke destinasi mereka. Mamat yang mempelawa tak ikut sekaki).

Hendak dijadikan cerita rupa-rupanya destinasi yang hendak mereka tujui; Putrajaya, bukannnya kerana apa, tapi untuk program dinner mereka. (Kalau tahu nak pergi majlis makan malam, InsyaAllah ku tak ikut!) Disebabkan kami bertolak awal, maka adalah cadangan di antara kami yang kiranya ingin pergi ke Masjid India, ronda-ronda Kuala Lumpur .

Ketika ke Kuala Lumpur ini bermulalah fasa pertama kami tersesat di tengah-tengah kesibukan kota. Hal ini bagiku berlaku kerana terlalu ramai jurupandu jalan yang memberi arahan kepada pemandu kereta, ditambah pula dengan sikap pemandu di kalangan kami yang memandu kereta dengan laju dan bersikap terlalu yakin dengan cara pemanduannya.

Suasana hingar-bingar dalam kereta tidak dapat dielakkan lagi, kerana masing-masing mula bersikap salah-menyalahkan segelintir di kalangan kami , padahal salah diri sendiri tak nampak! Kekalutan makin menjadi apabila waktu Maghrib semakin berada di waktu kemuncaknya, ditambah pula dengan program makan malam yang ingin dihadiri segelintir kami, mengikut tentatifnya bermula pada pukul 8.00 malam. Suasana lebih menjadi kecoh ketikamana pemandu kami baru teringat yang dirinya diperlukan untuk membacakan doa bagi majlis dinner, malam nanti!

Pada saat ini, seperti kebiasaan ku hanya mampu mendiamkan diri, memekakkan telinga daripada mendengar suasana hingar-bingar dalam kereta. Pada masa kini mulalah di kalangan kami yang mula untuk mengharapkan ihsan, pertolongan Allah agar dapat keluar daripada 'kesesatan' di kota KL ini.

Alhamdulillah dengan pertolongan Ilahi disamping maklumat jalanraya yang diperoleh daripada kawan-kawan yang tinggal di kawasan KL ini, sekitar 8.05 malam kami selamat sampai ke tempat yang ingin ditujui (Dewan Seri Endon, Putrajaya).

Setelah selesainya program makan malam, maka hajat dihati ingin terus sahaja pulang ke bilik, namun apakan daya kami tersesat sekali lagi (sewaktu keluar dari Putrajaya) sehinggakan kami melalui beberapa tol, menuju ke arah Johor Bahru. (Waktu ini semua perasaan berkecimuk dalam diriku). Sepatutnya untuk ke UKM dari Putrajaya hanya mengambil masa 15 minit, namun disebabkan berlaku kecuaian, mungkin juga pengajaran bagi kami, selepas sejam lebih barulah kami selamat kembali ke UKM iaitu sekitar pukul 12.25 malam .

p/s: Bertanyalah dahulu ke mana tempat seseorang itu ingin pergi dan pastikan pemandu yang dilantik mahir atau sekurang-kurangnya mempunyai peta untuk ke destinasi, jika ingin mengelak dari tersesat.

Ya Allah janganlah kiranya Engkau membiarkan kami teresesat dalam kegelapan

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top