Pencuri Semakin 'Bijak' !


Hmm lihat sahajalah macam-macam telatah ketika pencurian dilakukan!

Alhamdulillah telah berapa hari umat Islam telah menjalani ibadah puasa. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, kejadian curi masih berlaku, entah jenis manusia manakah yang tergamak menconteng keberkatan di bulan yang suci ini dengan melakukan sesuatu yang sememangnya dilarang oleh Allah ini?

Pada 2 hari lepas, terdapat lebih kurang 2 kejadian mencuri motosikal yang sampai di pendengaran, pengetahuanku; kenderaan pertama, sempat diselamatkan kerana pemilik motosikal mengambil langkah selamat ketika meninggalkan motosikalnya; dengan cara membuang plug motosikal sebelum beliau menuju ke destinasi tugasnya. Manakala kejadian kedua pula motosikalnya tidak dapat diselamatkan.

Dari kedua-dua kejadian yang berlaku, kelihatan penjenayah (pencuri) 'pandai' mengambil peluang; yang mana mereka melakukan aktivitinya ketika hujan renyai-renyai. Sememangnya taktik ini merupakan satu langkah yang dilihat agak selamat, kerana tidak ramai pemilik motosikal yang akan turun untuk memerhatikan motosikalnya.

Menurut pandanganku, ku rasakan terdapat komplot di antara pencuri motosikal ini. Ini kerana kejadian berlaku lebih kurang serentak dalam satu-satu masa. Penjenayah (pencuri) mungkin sudah lama merancang aktiviti mereka ini, namun bila tiba masanya, mereka 'bijak' memanfaatkan peluang yang tersedia.

Dari kejadian pencurian kali ini dan yang kes yang telah lepas, dapat dilihat bahawa pencuri menjadikan beberapa jenis motosikal sebagai 'sasaran' mereka; Yamaha LC 135 dan Honda EX5.
Entah kenapa motosikal jenis ini menjadi target pencuri motosikal; mungkinkah kerana motosikal jenis ini mudah dicuri? atau kerana motosikal tersebut mendapat permintaan ramai? Hmmm mungkin kita berbeza pandangan dalam menjawab persoalan ini. Apa yang pasti pemilik motosikal jenis berkenaan, jagalah motosikal anda sebaik-baiknya, sebelum kejadian yang sama menimpa diri anda; bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubat".

P/s: pada masa sekarang makin ramai golongan yang tidak bersikap dengan sifat berperikemanusiaan sebaliknya mereka lebih suka bersikap dengan sikap 'kebinatangan' dengan cara tidak mempedulikan (menghormati) hak insan lain. Nauzubillahiminzalik !

Ya Allah berikanlah pencuri-pencuri hidayah-Mu, janganlah Engkau terus membiarkan mereka hanyut dalam melakukan kerja-kerja mereka yang dirasakan mereka 'baik', namun sebaliknya ianya mendatangkan kemudaratan, kesedihan kepada mangsa mereka. Ya Allah Engkau tabahkanlah hati-hati mereka yang Engkau menguji imannya.

Dariku yang kerdil,

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top