Perokok di Bulan Ramadhan


Hakikat seorang perokok!


Alhamdulillah sudah beberapa hari umat Islam telah menjalani ibadah puasa.
Bila tiba musim puasa, tercetus satu kehairanan ketika memikirkan mengenai suatu hal iaitu mengenai rokok.

Hmm jika diteliti dapat dilihat yang mana ketika berpuasa ini, perokok di kalangan umat Islam mampu untuk menahan diri daripada merokok. Hal ini menjadi satu kehairanan jika sebelum bulan Ramadhan, rokok tak lekang dari mulut (sebatang demi sebatang rokok disedut asapnya setelah habis 'nikmatnya') di tangan perokok yang tegar. Kalau sebelum bulan puasa, perokok membeli 1,2,3 kotak rokok sehari, namun bila tibanya Ramadhan hanya beberapa batang rokok sahaja dihisapnya.

Inilah agaknya yang dimaksudkan dengan kelebihan, kesitimewaan, kekuatan yang diberikan Ilahi kepada hamba-Nya yang mengikuti ajaran-Nya.

Namun, kebiasaannya perokok akan kembali aktif merokok setelah berakhirnya Ramadhan, hanya beberapa insan yang kuat istiqamahnya yang mampu mengurang, memberhentikan amalan merokok secara bertahap-tahap (daripada 2 kotak kepada 1, 1 kotak kepada separuh, separuh kepada sebatang sehari, kemudiannya daripada sebatang; terus berhenti = amalan menggunakan wang pada arah yang selayaknya).

Di kesempatan Ramadhan inilah, seharusnya bagi umat Islam yang merokok, mengambil peluang berazam dan beristiqamah untuk meninggalkan amalan yang membahayakan, memakan diri sendiri ini pada suatu ketika nanti. Kuatkanlah semangat diri, yakin dengan tidak merokok sekalipun anda mampu untuk hidup, malah kewangan, kesihatan lebih terjamin InsyaAllah, kerana jika sebelum ini, banyak wang diperuntukkan untuk membeli rokok, tanpa merokok anda telah berjimat.

p/s: Bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, pelbagai kelebihan, berusahalah memperbanyakkan amalan kebaikan, menghindarkan amalan yang dilarang Allah juga perkara yang tidak memberi manfaat untuk diri, sebaliknya hanyalah mudarat yang diperolehi!

Ya Allah jadikanlah bagi kami ini, daya tahan untuk mengharungi Ramadhan, agar kali ini dengan bulan ini, menjadikan kami lebih terdidik dalam mengahayati segala perintah-Mu. Ya Rahman berikanlah juga kepada saudara kami kesedaran untuk mereka berhenti daripada merokok, kuatkanlah azam serta iman mereka agar mereka tidak terjebak dalam kalangan mereka yang memudaratkan diri sendiri.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Siti Mariam Abdullah said...

bagus atrikel nihh...keep it up! =)

rumzan said...

Syukran laki ya ukhti, IsnyaAllah jika idea dikurniakan masih dikurniakan Ilahi

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top