Tip Penjimatan Elektrik

Sayangi bumi kita!
Jimatkan penggunaan elektrik, anda mampu melakukannya!


Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia khasnya menyambut ketibaan bulan yang penuh dengan keberkatan iaiatu bulan Ramadhan yang mana kedatangannya sentiasa dinanti-nanti oleh golongan ulama dan manusia yang ingin mendekati Allah

Tika kedatangan Ramadhan ini, tertarik untuk membawa pembaca blog akan satu amalan mulia (penjimatan); tip penjimatan elektrik;

1. Penggunaan elektrik secara am.
  • menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plag). (yerlah takkan kalau dah siang hari masih menyala lampu, sedangkan matahari dah panas terik!)
  • membenarkan pengaliran udara semulajadi di dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan pendingin hawa dan kipas).
  • mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.
  • memeriksa kadar penggunaaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.
2. Penggunaan cahaya dalam rumah.
  • gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80%.
  • menggunakan kadar cahaya lampu yang betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yang terang dan apabila menonton televisyen atau video, menggunakan lampu yang malap.
  • menggunakan kadar watt yang rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya sekadar untuk menerangi ruang.
  • lampu kalimantang biasanya lebih menjimatkan, berbanding dengan lampu pijar (incandescent).
3. Jenis penggunaan peralatan di dalam rumah.

i. peti sejuk.
  • pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.
  • elakkan terlalu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar. (Kalau kerap bukak pintu peti sejuk bila masa nak sejuk!)
  • jangan memasukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Diinginkan terlebih dahulu makanan hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum disimpan.
  • guna peti sejuk yang mempunyai tenaga cekap kerana hal ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25%.
ii. mesin basuh baju.
  • pilih dan gunakan mesin basuh yang sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yang digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.
  • pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkan separuh kapasiti, jumlah tenaga yang digunakan tetap sama.
  • gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik mengguna sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.
iii. alat pendingin hawa.
  • pilih pendingin hawa dengan kapasiti yang sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh, ruang bilik tidur seluas 3×4 meter cukup menggunakan pendingin hawa berkadar 1.5 HP (kuasa kuda).
  • kadar suhu yang sesuai digunakan adalah 22 darjah celcius. Elakkan menggunakan paras suhu yang sangat rendah kerana memaksa lat pendingin hawa bekerja lebih berat.
  • pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yang menghalang udara dingin keluar dari alat pendingin hawa.
  • alat pendingin hawa hendaklah diselenggarakan secara berkala setiap tiga bulan bagi mengekal kesejukan dan jangka hayat peralatan, terutama mesin pemampat.

p/s: amalan berjimat cermat amalan yang mulia dan dituntut agama

Ya Allah jadikanlah diri kami hambaMu yang sentiasa melakukan kebaikan yang diperintahkanMu, jadikanlah juga bagi kami Ramadhan kali ini, penghayatan yang begitu bermakna bagi kami dalam mencapai kerdehaanMu

sedikit pengubahsuaian dari Dewan Ekonomi. Julai 2009. m/s 31.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top