Jika Sudah Terpaksa....


Jangan sampai terburai!

Hmmm hari ni rasanya nak cerita satu kisah yang mungkin agak kelakar sikit. Ceritanya mengenai Orang Kurang Upaya (OKU); beginilah bermulanya cerita:

Pada suatu hari, ada la seorang mamat (lelaki) yang memang dah tak dapat tahan lagi untuk qadha hajat, disebabkan itu adalah perkara yang agak lucu dan tragis berlaku.

Disebabkan dia tidak dapat tahan lagi, maka setelah tibanya di suatu perhentian (taman) dia terus menuju ke tandas, namun amat mendukacitakan kerana keadaan tandas penuh sesak, menyebabkannya memikirkan cara alternatif (mencari tandas lain; tandas OKU).

Namun setelah selesai dia menunaikan hajatnya (di tandas OKU tersebut); takdir kelihatan tidak menyebelahinya kerana sudah terdapat seorang OKU bersama seorang pengawal taman di situ. OKU tersebut kelihatan sudah terlepas (terburai najisnya). Manakala pengawal kelihatan amat marah kerana sudah lama menunggu di luar.

Disebabkan itu, perasaan risau menghantuinya, menyebabkan akalnya berfikir ligat mencari idea (Apa yang perlu aku lakukan fikirnya?). (Hmm apa agaknya yang akan dilakukan olehnya, cuba teka?)

Hmm tiba-tiba muncul satu idea yang agak kreatif, walaupun tak munasabah. Rupa-rupanya dia berpura-pura bisu dengan menggunakan bahasa isyarat (kiranya ada la jugak ciri-ciri OKU menurut fikirannya).

Pengawal keselamatan rasa amat bingung kehairanan, tapi terlepas la jugak si mamat tadi.

Moral dari cerita ini, jika keadaan terlalu mendesak, maka manusia biasanya akan mencari alternatif yang dirasakannya betul demi mendapatkan keperluannya.

p/s: cuba fikirkan apa yang anda akan lakukan jika keadaan yang sama menimpa diri anda? Fikir-fikirkanlah!

Ya Allah janganlah kiranya tindakan terdesak yang dilakukan kami memudaratkan insan lain.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top