Kekuatan Di sebalik Ramadhan


Alhamdulillah ramai di kalangan umat Islam telah berjaya berpuasa penuh. Pada kali ini, ingin sahaja diri ini membawa satu persoalan yang kadangkala ramai di kalangan kita tak terperasan mengenai perkara ini. Halnya sekitar bicara mengenai 'kekuatan' di sebalik Ramadhan.

Ramai di kalangan umat Islam yang mungkin merasakan apabila tibanya bulan Ramadhan, diri mereka lemah; padahal hal yang sebaliknya berlaku! Bagaimana penulis boleh mengatakan demikian?
Cuba perhatikan hakikat yang akan dibawa oleh penulis nanti, InsyaAllah!

Kekuatan pertama; jika sebelum bulan Ramadhan ada di kalangan umat Islam susah untuk menghabiskan (khatam) al-Quran, namun pada bulan yang suci ini, hampir keseluruhan umat Islam mampu mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam setahun! (paling tidakpun melebihi daripada bacaan al-Quran pada bulan-bulan lain, betul kan?

Kekuatan kedua; pada malam hari khasnya di malam sepuluh malam akhir bulan yang doa dimustajabkan ini, ramai di kalangan umat Islam yang bangun malam (menghidupkan malam) samada dengan qiamullail atau berzikir, membaca al-Quran) demi mencari malam Lailatul Qadar yang penuh dengan berkat. Jika sebelum ini, pada bulan-bulan lain, ada yang pada malamnya tidak pernah, jarang menghidupkan malamnya dengan amal ibadah, sebaliknya hanyut dibuai mimpi (juga sibuk dengan kerja rumah) namun hal yang sebaliknya berlaku pada diri mereka ketika di bulanRamadhan!

Kekuatan ketiga; kekuatan yang pernah penulis tulis beberapa hari lepas; kekuatan menahan diri untuk tidak merokok (menahan diri daripada membuka auarat juga mengumpat). Itu satu permulaan yang baik bagi sesiapa yang berhajat untuk berhenti merokok.

Demikianlah beberapa kekuatan yang mampu penulis catatkan di sini, daripada semua kekuatan tersebut dapatlah disimpulkan dua kekuatan utama pada Ramadhan iaitu 'kuasa' untuk melakukan, menggandakan amalan kebaikan dan kemampuan untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia, dilarang oleh Allah.


p/s: Gunakanlah janganlah kiranya puasa itu dijadikan alasan sebagai lemah, sebaliknya Ramadhan itu perlu dilihat memberi kekuatan yang tidak mungkin diperolehi dalam bulan lain.


Ya Allah janganlah kiranya Engkau jadikan kami golongan yang mensia-siakan kekuatan yang Engkau berikan pada kami.


0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top