Pelawak atau Perbodoh Diri?



Alhamdulillah kali ini terfikir untuk menimbulkan satu persoalan yang agak lama terpendam dalam pemikiran diri ini. Persoalannya sekitar suatu yang sejak akhir-akhir ini, makin ramai yang dilhat terjebak dalam perkara sebegini; "pelawak atau perbodoh diri?"

Hmmm jika dilihat dalam masyarakat masa kini, dalam kalangan pelawak ramai yang dilihat seolah-olah memperbodohkan diri! Bagaimana tu? Ini dapat dilihat ketikamana mereka yang kiranya digelar pelawak ini, seolah-olah menyiksa diri dengan melakukan aksi, mimik muka yang dilihat tidak wajar bagi mereka yang bergelar insan.

Tidak ramai pelawak yang dilihat mempunyai karakter 'penghibur hati melalui jenaka mereka ini'. Antara jenis lawak yang penulis gemar, tidak kering gusi, tak bosan-bosan melihatnya; Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ini kerana lawaknya memang dilihat sinonim dengan realiti kehidupan masyarakat, berbanding dengan pelawak pada masa kini yang seolah-olah memperbodohkan diri. Mungkin benarlah kata orang, P. Ramlee merupakan lagenda yang tidak boleh, sukar untuk dicari ganti.

Tidaklah penulis maksudkan di sini untuk memperkecil, menghina golongan 'pelawak' ini, namun mungkin disebabkan sikap segelintir di kalangan mereka yang dilihat beriya-iya dalam lawaknya, padahal tak kelakar langsung (lawak kurang menyengat, lebih kepada penjenaka yang 'syok lebih'!

P/s: yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain adalah akal, jika akal tidak digunakan dengan sewajarnya, maka kiranya tiadalah lagi perbezaan itu!

Ya Allah jadikanlah kami di kalangan mereka yang meletakkan darjat akal pada kadar yang sepatutnya, janganlah dengan tindakan yang dilakukan seolah-olah menunjukkan kebodohan, kejahilan diri kami yang sememangnya Engkau hanya memberikan sedikit sahaja dari ilmu pengetahuanMu yang Maha Luas.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top