Duhai Anak...


Aduhai anak,

ketika engkau baru mengenal dunia,

kau diazan dan diiqamahkan di telinga,

tapi sayangnya kini, engkau kerap kali mengangkat suara,

seolah pendengaran mereka sudah tiada


Duhai anak,

sewaktu kecil kau dibelai dan dimanja oleh kedua orang tua,

namun kini bagaimana sikapmu terhadap mereka,

apakah engkau menggembira atau melukakan hati mereka?


Aduhai anak,

sewaktu engkau masih belum baligh usia,

kau dijaga, dipelihara dengan sebaiknya,

namun kini kenangkah kau jasa mereka?


Duhai anak,

sewaktu engkau masih dalam tanggungan ibubapa,

kau diberi segala apa yang dipinta semampu mereka,

namun kini sudahkah engkau membalas jasa atau sekurangnya menghargai mereka?


Aduhai anak,

janganlah kiranya engkau menyangka dengan marahnya mereka pada anaknya,

merupakan makna membenci, tapi sebaliknya,

mereka menyayangi kerana takut engkau lupa akan asal usul dan tanggungjawab di muka bumi-Nya.


Duhai anak,

selagi ada hayat ibu bapamu,

sebelum Izrail belum menemui mereka,

berbaktilah dengan semampumu,

janganlah kiranya selepas pemergian mereka,

engkau meratapi, menangisi pemergian mereka hingga akhir hayatmu.

p/s: Berbaktilah kepada kedua ibubapa sebelum terlambat!

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top