Mudah ke Nak Kaya?

Sejak akhir-akhir ini makin ramai yang terjebak dengan satu sistem seumpama skim cepat kaya, makin ramai di kalangan manusia yang ingin cepat memperoleh kekayaan sedangkan jalannya belum pasti halal, selamat!

Sekarang skim seumpama 'skim cepat kaya' tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Hal ini disebabkan, ianya kelihatan mendapat sambutan di kalangan mereka yang ingin mencapai kekayaan dengan cepat.

Skim cepat kaya pada masa sekarang ini, kelihatan berselindung di sebalik jualan produk yang kelihatan gharar (tiada unsur kepastian dari segi halalnya, tiada jelas kelihatan sesuatu produk yang dijual). Ianya kelihatan seperti "jualan atas angin". Barangan yang dijual tidak diperoleh oleh pembeli, pembayar, peserta, tetapi barang tersebut masih berada di tangan pihak syarikat, sedangkan pembeli memperoleh kewangan hasil daripada penyertaan 'orang yang seterusnya'. Semakin ramai orang yang menyertai skim ini (berada di bawah peserta awal), makin banyaklah kewangan yang diperoleh oleh peserta awal.

Terdapat di kalangan skim ini, yang memerlukan jumlah bayaran tinggi seperti Rm 2000, sedangkan barangan yang diperolehi kelihatan tidak mencapai sama nilainya. Pembayar boleh juga memilih untuk menjualnya kembali kepada syarikat, sedangkan nilai yang ditolak kepada syarikat amatlah rendah, tidak berbaloi!

Hmm apa yang dibawa di atas adalah dari pengalaman sendiri dalam mengikuti sesi penjelasan dari beberapa wakil agensi seumpama skim cepat kaya yang cuba berselindung di sebalik nama lain!

Selepas menyertai sistem perniagaan sebegini, maka ramailah yang tidak berpuas hati, rasa dirinya terkena! . Ada dikalangan mereka yang mula mencari orang lain untuk turut dijadikan mangsa seterusnya, demi menebus kembali duit mereka yang hangus tersebut .

Dalam hal ini, makin ramailah yang menjadi mangsa skim sebegini, kadangkala kawan sendiri mengajak teman baiknya untuk menyertai skim sebegini, untuk dijadikan mangsa, maka terjadilah istilah "kawan makan kawan".

Hmmm sepatutnya bagi sesiapa yang pernah menjadi mangsa, memberitahu, menasihati, mengingatkan kawan, masyarakat umum, agar tidak terjebak sepertimana yang telah mereka terlibat. Hal ini, mudah-mudahan syarikat tersebut tidak lagi membuat aktiviti yang 'keji' ini!

Moga-moga setiap manusia janganlah terjebak dengan skim seumpama cepat kaya ini! Janganlah hanya kerana memandang kekayaan maka unsur halal haram diketepikan semata-mata kerana mengejar kemewahan yang belum pasti !

p/s: bagi sesiapa yang ada pengalaman, bolehlah berkongsi pengalaman anda, moga-moga anda memperoleh ganjaran dari Ilahi kerana memberi kesedaran ke atas insan yang belum terjebak ke dalam aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang negara ini!

Ya Allah janganlah sumber kewangan kami diperoleh dari sumber yang haram, yang akhirnya akan membuatkan daging kami dibakar dengan azab api neraka-Mu yang penuh azab seksa, tidak terjangkau oleh akal fikiran kami.
yang benar,

4 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

Hmmm saya ada pengalaman berkaitan dgn hal ini.
Sewaktu itu, saya tidak berfikir panjang, hanya memikirkan mengenai pendapatan yang akan diperoleh. Dengan menggunakan duit pinjaman pendidikan, maka saya turut terlibat dalam kancah skim ini.

Pada awalnya, dirasakan amat mudah untuk memperoleh 'orang bawahan', tapi setelah beberapa lama, masih tidak dapat mencari orang bawahan, akhirnya duit itu hanya hangus begitu sahaja. Oh ya, saya membelanjakan sekitar rm 2000 lebih namun apa yang diperoleh hanyalah sebuah jam yang rasanya harganya sekitar Rm 000.00 sahaja.

Perasaan sesal memang tidak dapat dibayangkan, namun apa nak dilakukan, mungkin ini pengajaran bagi diri saya yang tamak wang pada masa tersebut, tanpa berfikir panjang,

sedarlah sebelum terlambat

Anonymous said...

hmmm saya pula ada kawan yang telah terjebak dengan kes ini, akhirnya dia turut mengajak saya untuk memasuki skim sebegin. Atas dasar percayakan kawan, maka saya turut menyertainya, tidak disangka akhirnya membawa kerugian pada diri sendiri.

Kepada kawanku, mohonlah keampunan dari Ilahi agar dirimu diredhai olehnya

Anonymous said...

saya telah menyertai skim seumpama ini dan saya merupaka orang yang aktif dalam skim ini, pada sangkaan saya ianya tidak bercanggahan dari segi undang-undang, namun tidak lama selepas itu, akhirnya saya dapat tahu syarikat ini diharamkan operasinya, wargh menyesal tidak berguna lagi

rumzan said...

sebelum memasuki sesuatu sistem perniagaan , seeloknya diperhatikan keadaan ekonomi di sekeliling, bolehkah ia berkembang maju, apakah ia tak bercanggah dengan agama?

Banyak aspek yg harus diambilkira

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top