Penerimaan Idea


Hmm kadang-kadang tanpa disedari, kita telah membuatkan seseorang terasa hati (sakit, patah hati) dengan kita ketikamana kita tidak mendengar, memberi perhatian terhadap pendapat seseorang; kononnya berorganisasi, tetapi keputusan yang dilakukan seolah-olah dibuat oleh diri sendiri tanpa mendengar terlebih dahulu pendapat orang lain.

Tahukah diri, kita mungkin akan membuatkan seseorang itu pada masa akan datang, tidak lagi suka untuk berkongsi idea yang ada pada diri mereka untuk dicurahkan; ketikamana kita menutup ruang untuknya mencurahkan ideanya dengan kata-kata; "Dah cukup! Banyak sangat idea, pening!...

Kadangkala baru sahaja seseorang itu ingin utarakan ideanya, tapi belum apa-apa lagi;"Cukuplah, jangan buat perkara yang pelik-pelik". Wah! bagus betul nampaknya kan? Sepatutnya kita biarkan dirinya terlebih dahulu untuk memperjelaskan ideanya, baru ok! Kalau baru je mereka nak bagi idea, sudah dikatakan begitu, kemungkinan besar lain kali, mereka tidak akan sertai mesyuarat yang kononnya mengenai 'perbincangan idea' sesuatu program, aktiviti. Khasnya, jika itu bukanlah kali pertama ideanya ditolak mentah-mentah sebelum sempat dia menjelaskannya.

Seseorang pemimpin perlu mempunyai sikap menghormati yang tinggi terhadap anggota organisasinya, khasnya dengan memberi perhatian akan apa yang dikatakan ahlinya. Jika tiada sifat yang sedemikian rupa dalam diri seorang pemimpin, tidak mustahil, ahlinya akan meletak jawatan, lari, kerana merasakan seolah-olah dirinya tidak diperlukan lagi.

Apa salahnya jika seseorang pemimpin mendengar semua idea yang dilontarkan ahlinya, kemudiannya melakukan pemilihan 'lontaran idea' yang terbaik di antara yang paling baik? Hasilnya nanti akan memberikan kesan secara langsung kepada peningkatan produktiviti organisasi. Malah seseorang penyumbang idea sekalipun, pasti akan merasa berpuas hati, sekiranya ideanya ditolak, tidak diterima pakai, jika keputusan yang dibuat pemimpin adalah tepat, bahkan nanti dirinya akan terus berusaha keras untuk 'memerah idea' untuk memastikan ideanya diterima pakai.

Pemimpin yang lebih bijak mungkin akan menggabungkan kesemua idea-idea yang dilontarkan oleh ahlinya. Dengan cara ini, pastinya semua pihak akan berpuas hati.

Jika pemimpin ingin menolak idea seseorang ahlinya, maka dia perlulah menjaga tuturkatanya, ucapkanlah kata-kata yang baik, memberangsangkan;"Idea awak bagus, tapi dengan keadaan kewangan organisasi kita sekarang ini, saya rasa ia bukanlah paling sesuai, walau bagaimanapun, tahniah dan terima kasih kepada awak kerana mengetengahkan, mengutarakan pendapat awak!

Ingatlah kita bahawasanya Nabi s.a.w. sendiri, pernah menerima idea-idea yang bernas dari para sahabatnya, seperti penerimaan terhadap idea Salman al-Farisi dalam peperangan khandaq (agar dibina parit besar dan dalam) dan juga idea isterinya (Ummu Salamah) selepas selesainya peristiwa perjanjian yang pada zahirnya kelihatan memberi kelebihan kepada kaum Quraisy, namun sebaliknya iaitu Perjanjian Hudaibiah (menyembelih binatang dan bercukur) dan banyak lagi yang tak mampu untuk diceritakan di sini.

P/s: Idea kita mungkin baik, namun percayalah mungkin idea orang lain lebih baik, maka bersedialah untuk menerimanya!

Ya Allah berikanlah kami sikap rendah diri, agar kami tidak sombong, tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu keputusan moga-moga natijahnya nanti adalah baik.

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top