Amat Mudah Untuk Meminta Maaf

Hmm lama sudah rasanya tidak terupdate blog ini. Alhamdulillah kali ini, menarik untuk berkongsi tentang suatu perkara yang seolah menjadi ritual dalam kehidupan ini, ikutilah dan hayatilah cerita ini, InsyaAllah besar manfaatnya!

"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita", nasihat seorang ibu kepada anaknya.

"Saya tahu itu salah ibu, tapi saya akan bersegera minta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu", ngomel si anak.

"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku", kata ibu itu lagi.

"Saya rasa tidak. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu".

Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat yang tak berapa baik itu?

"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga-moga kamu akan faham maksud ibu nanti !"

Tanpa membantah, anak itu mengangguk sebagai tanda dia bersetuju dengan cadangan ibunya.

"Begini,setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"

"Baik ibu".

Beberapa bulan berlalu, kedua anak-beranak tersebut sama-sama menghadap dinding tersebut.

"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" ujar si anak dengan bangganya. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hatinya, tetapi mereka semua telah memaafkan setelah saya meminta maaf".

"Betul wahai anakku kamu sudah meminta maaf dan merekapun telah memaafkan kamu, tapi sedarkah kamu....?

"Maksud ibu?"

"Cuba kamu perhatikan betul-betul dinding ni, semuanya sudah mempunyai kesan tebuk, calar dan rosak. Begitulah juga dengan hati yang telah kamu sakiti, walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka! Hati yang dilukai ada parutnya, anakku!"

Si anak merenung dinding yang mempunyai kesan tebuk itu, ianya sudah lagi tidak seindah asalnya. Fikirnya begitukah keadaan hati orang yang pernah disakitinya?

p/s: Sememangnya memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan terhadap seseorang itu baik, namun jika seringkali meminta maaf di atas kesilapan yang sama bagaimana pula keadaannya? Fikir-fikirlah!

Ya Allah kami memanjat doa kepada-Mu agar Engkau jadikanlah diri kami ini insan yang pandai menjaga hati orang lain dengan tidak bertindak melakukan sesuatu yang memalukan mereka dengan cara bukan yang sepatutnya kami lakukan



0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top