Susahnya?

Slip exam sewaktu minggu pengesahan jadual peperiksaan

Alhamdulillah hari ni lepas dah satu exam, pertarungan seterusnya 24/4/2009 pula, InsyaAllah ok hendaknya.

Hmm hari ini sewaktu berada di dalam dewan peperiksaan dapatlah dilihat beberapa karenah, samada sebelum atau semasa di dalam, sewaktu nak keluar dari dewan peperiksaan, beberapa tabiat yang tidak begitu elok.


Suka untuk berkongsi tentang satu perkara yang lebih utama; 'tanggapan susah'.

Seringkali berlaku dalam menempuhi sesuatu ranjau dalam kehidupan, samada ujian, imtihan, juga cabaran tugasan, perkara pertama yang kerapkali berlaku adalah anggapan sesuatu itu sukar!

Hmmm kata-kata yang agak masyhur di kalangan masyarakat "belum apa-apa dah mula mengaku kalah". Hal ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya beberapa cara, langkah dilakukan, diadaptasi dalam diri.

Pepatah yang agak sesuai ketikamana seseorang itu kelihatan tidak berusaha untuk mencari jalan dalam melakukan sesuatu; "seperti tikus yang melihat besi" (nak gigit tak terdaya, nanti patah gigi!). Lebih baik bertukar kepada pepatah "seperti tikus membaiki labu" yang mana sekurang-kurangnya kita berusaha juga untuk melakukan sesuatu walaupun makin teruk sesuatu yang terjadi!


Hmm apabila diri menganggap sesuatu itu sukar, maka akal, otak anda tidak akan berfikir (malas nak perah otak), sebaliknya diri akan mengambil tindakan seperti "tikus melihat besi", hanya sekadar melihat sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan. Malah yang lebih parah lagi, jika dalam situasi peperiksaan, diri mengambil langkah untuk keluar dari dewan peperiksaan pada saat awal seseorang yang menduduki imtihan dibenarkan keluar dari dewan.


Sepatutnya seseorang itu perlu tukar anggapan awalnya, daripada susah kepada mudah (sekurang-kurangnya anggaplah perkara, soalan itu boleh tahan juga)! Seterusnya cuba untuk senyum dan mengingati Ilahi (tak kira berdoa mahupun berzikir; dengan senyap-senyap, hati mahupun mulut -jangan kuat, nanti lain pula jadinya, huhuhu! Mungkin yang akan menganggap anda apabila berzikir dengan bergerak bibir; "wah hebat betul banyak ingat fakta tu! Walaupun pada hakikatnya anda sedang berzikir, huhuhu. InsyaAllah itu merupakan doa daripada mereka untuk anda!)


Ketikamana anda menganggap sesuatu itu mudah, akal, otak kemudiannya akan cuba berfikir, mengingat kembali apa yang telah dipelajari, memahami, mencari idea-idea yang boleh dipakai untuk pengisian terhadap perkara, persoalan yang timbul.

Jika anda telah mengambil langkah-langkah senyum, ingat Ilahi, namun masih tidak, kurang dapat menyelesaikan sesuatu perkara, janganlah diambil langkah terburu-buru dengan cara keluar awal dari dewan, sebaiknya bagi diri untuk menunggu hingga ke saat berakhirnya sesuatu masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan!


Ingatlah kadangkala akal kita tidak dapat berfikir di saat awal, namun di saat akhir dengan adanya bantuan daripada Ilahi urusan diri dipermudahkan-Nya, maka tercetuslah, terhasillah idea-idea yang bernas, tepat, memenuhi persoalan yang dikehendaki anda untuk menyelesaikannya. Hal ini hanya berlaku jika anda bersabar, hingga ke suatu saat tertentu.


InsyaAllah setelah diri berusaha (membaca, menelaah sesuatu perkara, mengulangkaji), berdoa (pohon, panjatkan doa kepada-Nya agar segala sesuatu urusan dipermudahkan, mudah menyelesaikan masalah selari dengan kebaikan yang bakal terhasil) dan bertawakal (yakin pada Ilahi, berserah segalanya kepada-Nya, meyakini segala natijah itu adalah terbaik untuk diri) maka kejayaan akan menjadi milik diri anda!

p/s: jangan mengharapkan sesuatu kejayaan, kebaikan jika diri tidak berusaha untuk mendapatkannya! Ayuhlah bersama-sama berusaha untuk mencapai kegemilangan, kejayaan bukan sahaja di dunia ini, malahan di akhirat sana juga hendaknya!

Ya Allah Engkau permudahkanlah kami dalam menjawab segala persoalan yang timbul, juga urusan-urusan kami Ya Rahman. Jadikanlah kami ini bersemangat untuk menjalani liku-liku hidup ini yang penuh dengan dugaan, onak duri.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

rumzan said...

Hmmm rasanya lebih baik tak jawab daripada meniru, kerana ia lebih menunjukkan akan kejujuran anda, jika meniru hal yang berlaku adalah sebaliknya; diri bukan sahaja tak tahu malah rezeki yang diperoleh nanti dilihat tidak memberi keberkatan

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top