Exam Sudah Dekat, Bagaimana Untuk Menempuhinya?





Fuh pejam celik, pejam celik, esok 20/4/2009 dah ramai di kalangan warga UKM juga serata dari universiti-universiti lain, akan menghadapi, merempuhi peperiksaan!

Ada di kalangan kita yang mana tiap kali musim peperiksaan tiba, mulalah bahang demam menguasainya, hmm.. harap dipulihkan segera dari sakit demam, diberi ketabahan dalam menghadapinya.


Hmmm.. bagaimana agaknya dengan persiapan, agaknya semua dah sedia dah ke atau belum?

Biasanya ada sahaja mereka-mereka yang suka mengamalkan prinsip seolah-olah cerita hindustan; hero bangkit di saat-saat akhir melawan penjahat, huhuhu. Ok ke, huhuhu fikirlah sendiri!

Jika amalan seumpama itu diamalkan seseorang, mereka berisiko untuk gagal jika perancangan yang dilakukan tidak strategik!

Antara langkah yang paling selamat diamalkan di saat-saat akhir ini menurutku;

Pertama: jangan sekali-sekali memaksa diri (push) untuk mengingat sesuatu fakta, kerana anda berisiko untuk pening kepala, rasa serabut menghantui kepala anda!

Kedua: membaca sekadar melihat sepintas lalu, jangan tumpu begitu lama terhadap sesuatu perkara, sebaliknya di saat akhir begini sebaiknya diri membaca banyak kali semua bab, perkara. Hal ini kerana pengulangan secara berterusan terhadap semua bab akan membolehkan anda lebih menguasai semua perkara yang dibaca.

Ketiga: jangan terlalu suka untuk meramal soalan-soalan yang bakal keluar. Lebih baik diri memberi laluan kepada semua yang telah dipelajari, atau yang patut diketahui, kecualilah seseorang tenaga pengajar memberitahu soalan-soalan tertentu yang akan keluar dalam peperiksaan nanti. Tapi amat sukar untuk mendapat tenaga pengajar seumpama itu, yang ramainya hanya katakan; 'apa yang saya ajar semuanya masuk peperiksaan!'.
Kadangkala bimbang juga tenaga pengajar yang beritahu soalan-soalan tertentu masuk, tiba-tiba tiadapun dalam peperiksaan, fuh kes aniaya ni! huhuhu


Hmmm kadangkala ketika kita berada di dewan kita rasa rimas, cemas tak tentu pasal. Kenapa ya?

Sepatutnya bagi seorang yang bergelar Muslim, perlulah memulakan langkah kanan sebelum memasuki dewan peperiksaan dengan membaca ayat suci atau doa-doa tertentu, seperti surah al-fatihah dan sebagainya.

Ketika duduk di atas kerusi, di samping berdoa, perlu bagi seseorang untuk memperbanyakkan mengingati Allah khasnya ketika diri dalam keadaan kekangan (berdoalah dan yakinlah diri akan diberi kemudahan untuk menjawab segala soalan). Walaupun dalam hal ini mungkin kelihatan seperti tidak patut, khasnya bagi mereka yang jarang mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, namun berikhtiarlah dengan perbanyakkan mengingati Ilahi, InsyaAllah jalan akan dibuka untuk menjawabnya.

Sebelum menjawab tarik nafas dalam-dalam (deep breath), membaca arahan soalan, sentiasa senyum ketika menjawab soalan, tinggalkan terlebih dahulu soalan yang agak sukar, jawab di kemudian waktu, catat segera apa yang terlintas di fikiran kerana kadangkala sesuatu ingatan hanya datang di saat-saat tertentu (seketika) sahaja.

Hmmm seringkali juga berlaku keresahan, rasa nak hantar cepat, ketikamana melihatkan ramai orang sudah menghantar kertas jawapan, keluar dewan. Sepatutnya usahlah dipedulikan mereka-mereka tersebut, kadangkala ada di kalangan mereka yang hantar, keluar awal bukan kerana sudah siap menjawab soalan, tapi kerana kehilangan idea, adanya sifat gopoh-gapah ingin hantar jawapan, keluar dari dewan dengan segera. Perlu bagi seseorang untuk menilai, melakukan semakan terhadap jawapan yang telah ditulis, ditanda agar segala kesalahan dapat diperbetulkan.

p/s: sikap gopoh-gapah selalunya akan merugikan diri, kerana sifat itu adalah daripada sifat yang dimiliki syaitan.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kefahaman, kemudahan untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

suraya said...

best ar blog ko..
keep up the gud work..;)
write more n more article k...

rumzan said...

Syukran laki, InsyaAllah mudah-mudahan diberi pengetahuan berterusan utk posting, kongsi pengetahuan. :)>-

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top