Cara Memerah Otak



Kadangkala kita terasa seakan kosong tak tahu apa-apa, 'blank', seumpama semua yang telah dibaca, diperoleh sebelum ini hilang begitu sahaja, tiada pengetahuan tentang sesuatu perkara.


Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memerah otak;



Pertama, mencipta suasana yang santai dan tenang. Hal ini boleh dilakukan dengan cara mencari tempat yang tenang, tenteram, sunyi daripada gangguan orang ramai, merehatkan diri dengan cara menyedut nafas dalam-dalam, menahan, seterusnya melepaskannya, menikmati secawan minuman, mandi, melihat kehijauan alam, keindahan, ketenangan malam, cahaya rembulan dan banyak lagi jika diterangkan. Pilihlah, asalkan suasana itu memberi ketenangan pada diri. Dalam hal ini, otak anda dalam keadaan santai, bebas untuk berfikir, tidak serabut dengan masalah. Ketika dalam keadaan ini, diri seseorang boleh berimaginasi dengan lebih jelas yang akan membawa kepada satu tahap perkembangan fikiran pada otak kreatif (kanan).



Kedua, bicaralah apa sahaja tanpa meletakkan sesuatu isu. Ini bermakna seseorang itu dilihat seolah-olah bersembang kosong, namun secara tidak langsung, hakikatnya otak akan sentiasa mencari idea untuk meneruskan bicara yang akhirnya akan membawa kepada pemerahan otak.

Ketiga, catat dan rakam perbincangan. Hal ini memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi, kemahiran mencatat. Hal ini adalah kerana sifat manusia yang lemah ini, mereka hanya mengingati sesuatu perkara hanya sekadar seketika sahaja jika hanya mendengar, sebaliknya jika mendengar sambil mencatat, ingatan akan lebih kuat. Rakaman terhadap perbincangan perlu kerana mungkin terdapat sesuatu maklumat yang tidak sempat ditangkap 'akal fikiran pada suatu ketika tertentu; cuba perhatikan keadaan seseorang yang kelihatan lambat menangkap, memahami (pick-up) sesuatu yang didengar, dilihatnya. Dengan catatan terhadap maklumat yang diperoleh daripada perbincangan yang dilakukan, ia akan membantu diri ketika melakukan proses menilai maklumat yang diterima. Dengan mencatat juga otak secara tidak langsung akan berpusing, bergerak, berfungsi.

Keempat, memilih maklumat yang tepat, mempunyai fakta dan yang berkaitan. Hal ini dapat menjadikan sesuatu maklumat itu lebih tinggi nilainya, kerana bukan berpandukan pada omongan kosong sahaja, namun mempunyai hujahnya yang tersendiri. Maklumat, fakta yang dikaitkan dengan sesuatu yang berkaitan dengannya akan memberi satu idea, cetusan fikiran yang baru terhadap sesuatu perkara.

Kelima, berbicaralah apa sahaja daripada topik yang dipilih dengan sesiapa sahaja, kawan juga teman diskusi. Bincangkan mengenai sesuatu isu, pilihlah perkara yang dirasakan sesuai dengan melihat kepada suasana, membawa topik hal-ehwal semasa, politik, atau teladan sejarah lampau. Pilihlah apa sahaja yang dirasakan akan mencetuskan perkembangan fikiran, cetusan idea, asalkan jangan mengumpat sudah, (berdosa besar jika mengumpat, memfitnah; digambarkan pengumpat di dalam peristiwa 'Israk Mikraj seumpama orang yang terhidang di hadapannya dua hidangan daging satu yang elok, masak harum, satu busuk, mentah, berulat, namun dimakannya hidangan yang mentah, busuk berulat, eiii nauzubillAhiminzalik!)

Keenam, seseorang itu perlu fokus pada topik. Ini demi mengelakkan daripada berlakunya bual-bicara yang lari dari tujuan, melangkah jauh dari topik, sesuatu maklumat lebih terarah, tidak terpesong dari maksudnya.

Ketujuh, membuat kesimpulan. Kesimpulan yang dibuat memerlukan penelitian. Penelitian sudah tentu akan melibatkan proses memerah otak kerana demi mewujudkan penjelasan yang terang, betul.

Bermain permainan yang agak mencabar, menguji keupayaan minda seperti chess juga regu dilihat dapat membuatkan otak berkembang.

p/s: akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat

Ya Allah berikanlah kami kecerdasan dalam fikiran, terarah akal berdasarkan petunjuk-Mu Ya 'Alim

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top