Cuba Renungkan Bersama


Jika ingin berjaya, mesti luangkan masa untuk mengulangkaji, mengimani secara hakiki akan perintah Ilahi,

Jika ingin berjaya, kita perlu prihatin terhadap tugasan yang diberikan,

Jika ingin dihormati, kita mesti mematuhi peraturan dan arahan syariat Ilahi, mengikut situasi yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi,

jika ingin dihormati, kita perlu terlebih dahulu untuk menghormati orang,

jika ingin berbelanja, berbelanjalah pada perkara-perkara yang penting, diperlukan sahaja, fikirkan nasib golongan mereka yang tidak bertuah seperti kita,

jika ingin berkawan, pilihlah kawan yang berbudi bahasa, baik akhlak mahupun agamanya, kerana kata pepatah Arab ada menyebut "jika berkawan dengan tukang besi kamu akan mendapat percikannya, jika berkawan dengan seorang penjual minyak wangi, kamu sekurang-kurangnya akan mendapat, menghidu bau wanginya"

jika ingin mencari kawan, pastikan dahulu kekuatan dan kekurangan diri kita juga mereka, janganlah kiranya keburukannya dicanang merata, sebaliknya ubahlah, bimbinglah mereka dengan cara yang sebetulnya,

jika ingin bertutur, pastikan terlebih dahulu tujuan dan matlamatnya, kerana "terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata badan binasa"

jika bertutur, jagalah tutur kata, jangan membezakan status diri, fahami setiap individu agar mesej yang disampaikan dapat difahami dengan baik oleh pendengar,

jika ingin memajukan diri, pastikan halatuju arah yang ingin dituju, seseorang yang tiada halatuju seumpama kapal yang tiada nakhodanya!

jika ingin memajukan diri, janganlah amanah diri dikesampingkan, semata-mata untuk mengejar sesuatu yang tak pasti,

jika merasakan diri sebagai umat Islam, teruskanlah sedaya-upaya untuk mematuhi segala perintah Ilahi, agar diri di akhirat nanti tidak akan menyesal di kemudian hari, kerana di saat itu diri sudah tidak dapat kembali ke dunia lagi,

jika merasakan diri sebagai umat Islam ayuhlah kita menyebarkan dakwah dengan pelbagai cara yang mampu dilakukan diri, samada menunjukkan peribadi mulia pada orang lain, juga menjelaskan Islam dengan kepada mereka yang belum mengimani Ilahi.

p/s: jika kita merasakan diri kita adalah sebaik-baik umat, maka perlulah di antara kita saling ingat-mengingati, berpesan-pesan ke jalan kebenaran, mencegah kemungkaran, menasihati dengan tutur bicara yang halus, berdakwah dengan lembut, berhikmah!

Ya Allah jadikanlah kami ini, umat yang saling berpesan-pesan ke arah kebenaran, dan mencegah jalan kemungkaran Ya Lathif

0 Bila bijak pandai berbicara!:

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top