Cerita Toyol dan Seorang Tua (Relaks Minda)



Hmmm dalam ketegangan menghadapi peperiksaan ini, timbul minat nak kongsi cerita, walaupun nampak mengarut (langsung tak betul!), ada unsur lawak, tapi ada manfaatnya untuk dihayati;

Tersebut sebuah kisah, ada seorang tua di zaman dahulu kala, (digambarkan seorang yang bijak, pandai, kerana kononnya memelihara seekor toyol). Toyolnya akan memberitahu apa sahaja yang dikehendaki oleh si tua tadi. Dengan sebab ini, orang tua tersebut disegani oleh orang ramai kerana 'kepandaiannya" itu. (Ini adalah perkara syirik, jangan diikuti!)

Maka hendak dijadikan cerita, saat tiba hari kematiannya, lalu berpesanlah si tua kepada toyol: "toyol, sebelum aku mati aku nak kau jalankan tugasmu yang terakhir untukku, sebelum aku dikebumikan, tolong tuliskan jawapan yang mesti aku jawabkan saat disoal malaikat nanti! Tuliskan jawapan yang diberi oleh imam pada kain kafanku, faham!

"Baik bos!" jawab si toyol dengan mengangguk sekali, "Ok, good boy! kata si tua itu. Maka tak lama kemudian, padamlah (dicabutlah) nyawa si tua tersebut. Setelah selesai mayat si tua itu dikafankan, dan selamat dikebumikan, barulah si toyol teringat akan pesanan tuannya itu tadi. "Alamak! Terlupa pula nak tuliskan jawapan yang diberi oleh pak imam tadi, takpelah (tidak mengapa), bos aku terer (bijak, hebat), pandai-pandailah dia menjawabnya nanti" cetus si toyol yang durjana itu.

Sebaik sahaja semua hadirin meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah malaikat Munkar dan Nakir. "Ma Rabbuka?" tanya malaikat tadi. Si tua tadi dengan selamba dan yakinnya ditambah berlagaknya kemudian bangun sambil menggeliat membetulkan urat. Dengan sangkaan jawapan yang diminta daripada toyol ditulis pada kain kapannya. Maka teruslah dijawabnya dengan penuh lagak gayanya setelah mencari jawapan pada kain kapannya, didapati tulisan pada hujung kain kapannya, dengan suara lantang; "Made in China!!!!! Apa lagi dapatlah seliang, jauh terperusuk ke dalam lubuk tanah...

p/s: cerita ini hanyalah rekaan semata-mata oleh pihak-pihak tertentu, namun di sebalik cerita ini, terdapat beberapa iktibar yang boleh diambil iaitu dalam hidup ini, kita perlu beriman dan tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu, tidak menjadikan makhluk halus sebagai teman, juga memperbanyakkan ibadah dengan sentiasa memenuhi segala tuntutan dan meninggalkan segala larangan-Nya!

Ya Allah berikanlah kami kemudahan di saat menghadapi persoalan di dalam kubur, ketika dihitung amalan di padang mahsyar, dan ketika ditimbang segala amalan, juga ketika kami meniti titian sirhat ya Rahman.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

hahahahahahahhahahhahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah lawak sungguh!!

rumzan said...

huhuhu, tu la kan saper suruh, percaya dekat toyol tu, kan naya tu! huhuhu

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top