Merdeka! Merdeka!


Alhamdulillah telah selesai sudah ujian peperiksaan, pada hari ini pada pukul 10.30 pagi tadi yang memakan masa 2 jam, bermula daripada pukul 8.30 pagi. Fuh... lega rasanya terlepas daripada belenggu sistem peperiksaan yang tak berapa digemariku... Tapi demi memenuhi tuntutan setempat, maka mahu tak mahu, perlulah juga menghadapinya, dengan persiapan yang ada pada diri untuk menempuhinya. Tapi ada satu kerja, tugas lagi yang masih perlu diselesaikan yang agak rumit, mencabar, memerah otak; takhrij hadith, bukan untuk tujuan menghukum hadith (sebab tak layak dengan ilmu yang sedikit ini!), tapi kaji sanad, tarafnya berdasarkan gambarajah pokok (syajaratul asanid). Hmm InsyaAllah akan diberi kemudahan, disiapkan secepat mungkin.

Namun kepada teman seperjuangan yang masih belum tamat, berakhirnya pertarungannya, teruskanlah perjuangan, jangan mengalah, mengambil langkah undur ke belakang sebelum berjuang, sebaliknya terus mengangkat, mengasah mata pena anda untuk mengisi ruang-ruang yang perlu dalam menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pensyarah, pengajar anda!

Bagi yang telah menyempurnakan misinya, janganlah ditoleh, ditinggalkan ke belakang sesuatu yang telah dipelajari, dihafal kerana jika diri berbuat demikian akan rugilah diri sendiri. Anda juga telah membetulkan lagi tujuan sistem peperiksaan dilakukan, sebaliknya ujian ini dilihat untuk menilai tahap penguasaan ilmu yang ada, bukannya untuk mengejar mata merit, pointer demi mendapatkan segulung ijazah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan!

P/s: teruskanlah perjuangan sehingga akhir hayat, hidup ini sebenarnya satu perjuangan untuk mencapai keredhaan Ilahi!

Ilmu yang jika bertujuankan kepada sistem peperiksaan jika tidak disertai dengan pengamalan, pengintrepetasian dalam hidup, akan menyebabkan diri lupa akannya, oleh itu perlulah diperbetulkan tujuan diri agar dapat mengelak daripada berlaku perkara sedemikian.

Ya Allah berikanlah kami keberkatan dalam menuntut ilmu, penghayatan terhadap pengetahuan kami melalui pengamalan yang tidak bercanggahan dengan arahanMu.

1 Bila bijak pandai berbicara!:

rumzan said...

telah menjadi seperti satu kebudayaan dalam masyarakat Malasysia khususnya, jika tiada peperiksaan, maka ramai yang tidak akan membaca, namun dengan adanya peperiksaan akan memungkinkan mereka menguasai sedikit ilmu, hmm bilakah agaknya di negara kebanggaanku ini, umatnya akan mengejar ilmu tanpa berniatkan matlamat dunia semata-mata :(

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top