
Fuh begitulah resminya hidup ini, tidak terlepas dari dugaan ujian yang pelbagai bentuk.
Diri tertarik untuk berkongsi tentang satu hal yang seringkali juga berlaku dalam kehidupan kita semua ini; gosip.
Hmm ingat pula sewaktu sekolah-sekolah dahulu, ada-ada sahaja gosip yang timbul yang dilemparkan kepada diri yang lemah ini ketikamana diriku kelihatan agak baik dengan mana-mana wanita, (hmm susah.. susah)
Bilamana kita tegur, bercakap sikit dengan perempuan, muncullah suara-suara sumbang; "hai ada apa-apa ke", lepas tu tersebar luas di satu tempat pembelajaran yang berbunyi kiranya seolah kisah mengaitkanku dengan cinta, kadang-kadang sampai ke pengetahuan ma abah, fuh boleh tahan la jugak rasa rimasnya. Syukurlah sifat sabar masih ada tersemat dalam diri.
Pernah satu ketika ketikamana kumerasa begitu rimas sekali dengan gosip; membuatkanku mula menjauhkan diri dari wanita, walaupun ada hal penting yang tak boleh tidak ku mengelak dari bersua muka dengan mereka. Selepas tindakan yang kuambil ini, muncul pula suara-suara yang menyatakan diriku seorang yang sombong, fuh sabar je la.
Pada waktu ini, timbul pula suara yang mengaitkan diriku dengan seorang wanita. Hmm... entah kenapa perkara ini boleh muncul pula? Mungkinkah kerana kerjasama antaraku dengan wanita tersebut dalam melaksanakan sesuatu program yang dianjurkan oleh satu organisasi?
Yang tak baiknya (buruknya), mengikut maklumat yang kuperhatikan, kurasakan wanita ini sudah ada teman lelaki, mungkin telah bertunang; tapi ku bimbang jika gosip ini berterusan, hingga sampai ke pengetahuan temannya, akan membuatkan satu ikatan yang terbina di antara mereka terputus, hancur berkecai, auzubillahiminzalik.
Ku tak rela, jika diriku yang dijadikan sebab bagi sebuah perhubungan berkecai.
Hmm apa yang patut kulakukan di waktu ini? jika mengelakkan diri dari wanita, nanti dikatakan sombong! Nak berterusan berurusan dengan perempuan nanti makin banyak gosip yang timbul!
Hmmm mungkin ku perlu mengambil kisah teladan yang telah berlaku terhadap Luqmanul Haqeem dengan anaknya, yang akhirnya membawa iktibar; kita tidak boleh dengar apa yang orang kata, kerana manusia itu tidak akan habis bercakap, ngomelannya terhadap orang lain, jika tiada rasa keImanan di dalam diri.
Jadi ku rasakan patut bagiku untuk melakukan apa-apa yang dirasakan betul baik untukku selagimana perkara itu tidak bercanggah dengan agama; biar apa yang orang nak kata ku cuba untuk buat-buat "pekak badak".
P/s: Janganlah suka untuk hidup dalam bergosip, kerana ia akan merosakkan sesuatu masyarakat yang terlibat!
Ya Allah jadikanlah kami hambaMu yang tabah dalam menghadapi segala tohmahan, tuduhan yang dilemparkan kepada kami, serta berikanlah golongan yang menuduh kami, kesedaran, hidayahMu ya Rahman.
2 Bila bijak pandai berbicara!:
rasa macam kenal jer perempuan yang diperkatakan tu..
hmmm yer ke kenal? siapa2 pun boleh jadi huhuhu
Post a Comment