

Hmm syukur ke hadrat Ilahi pada pagi tadi, dalam pukul 10 pagi (6 April 09) selepas menyemak status permohonan untuk tinggal di kolej yang sama diperkenankan atau tidak, diperoleh pengesahannya untukku terus tinggal dikolej yang sama. Alhamdulillah ya Rabbal 'Alamin.
Perasaan belas ihsan turut timbul mengenangkan nasib yang tertimpa di atas bahu mereka yang dibuang kolej (khasnya yang tiada kemudahan pengangkutan, seperti motosikal, kereta untuk berulang-alik daripada luar universiti ke pusat pembelajaran).
Tapi ada beberapa persoalan yang tercetus di dalam fikiranku bilamana mendapat tahu ramai di kalangan kenalanku dibuang kolej; iaitu bagaimana pemilihan untuk terus kekal di sesebuah kolej dipilih, dilakukan? Apakah penilaian yang dilakukan oleh pihak yang terlibat ini telus atau terpengaruh dengan hasutan, pengaruh dari pihak yang berkepentingan? Hmmm....
Bilamana kumelihat adanya ramai di kalangan golongan yang dibuang kolej ini terdiri daripada sebelah pihak yang pro (agak pro) kepada pihak yang dikira alternatif (pembangkang) dalam universiti, menjadi satu alasan mereka dibuang daripada kolej, sedangkan kumelihat ada di kalangan mereka yang keputusan peperiksaannya yang begitu cemerlang, ada yang lebih baik daripada golongan yang tidak dibuang kolej (kebanyakannya). Hmm nak kata mereka yang dibuang kolej ini, tak bayar yuran, rasanya semua penginap membayar yuran dengan kadar yang sama!
Ada juga yang nak kata tak aktif keterlibatan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan kolej, rasanya merekalah di antara muka-muka yang seringkali memeriahkan, memakmurkan sesuatu majlis, khasnya majlis-majlis agama. Hmmm bagaimana agaknya ya?
Menurut pandangan peribadiku yang dhaif, lemah ini, sepatutnya golongan yang cemerlang, sederhana, dan terbilang dalam bidang akademik ini tidak patut langsung dibuang kolej.
Khasnya bagi mereka yang juga begitu aktif penglibatannya dalam aktiviti yang dianjur, dilakukan oleh kolej, jabatan, fakulti, universiti walaupun berbeza ideologi daripada pihak yang merasakan diri 'berkepentingan' dalam sesuatu aspek tertentu.
Bagiku, jika tiadanya pihak yang kelihatan seperti 'membangkang' ini dalam sesuatu organisasi, badan pertubuhan, tempat, akan menyebabkan berlakunya kesilapan, juga memberi kelemahan terhadap sesuatu pihak. Bukankah kita sebagai umat Islam perlu saling pesan-memesan, ingat-mengingati ke arah kebaikan dalam kehidupan ini, juga mencegah kemungkaran? Hmmm fikir-fikir dan renung-renungkanlah!
Hmm sepatutnya mereka yang dilihat seringkali tidak menghadiri kuliah, tutorial, juga yang keputusannya tidak begitu memberangsangkan, serta yang tidak pernah menyertai aktiviti yang dilakukan kolej yang perlu diutamakan dalam proses pembuangan pelajar dari kolej penginapan. Yerla kan daripada biarkan mereka ini terus 'buat lemak' dalam bilik masing-masing, tidak memberi sumbangan kepada kolej, lebih baik dibuang.
Ku berharap kepada mereka yang dibuang dari kolej penginapan agar memperbanyakkan, teruskan sifat sabar juga redha dan pasrah dalam menghadapi ujian yang diberi ke atas diri serta selalulah memanjatkan doa kepada Ilahi. InsyaAllah kesudahan yang baik akan berlaku terhadap golongan yang bersabar.
p/s: Buatlah keputusan berdasarkan nilai intelektual yang berasaskan panduan Islam, bukan berpandukan kepentingan peribadi juga bertunjangkan jejak langkah syaitan!
Ya Allah jadikanlah umat Islam ini, bersifat adil dalam membuat pertimbangan terhadap sesuatu keputusan. Mudah-mudahan hasil daripada hal yang demikian itu tidak akan membebani, menzalimi golongan tertentu Ya Rabbi.
3 Bila bijak pandai berbicara!:
kerja buang2 ahli kolej ni adalah hak pentadbir kolej....suka hati dia lah sebab kolej ni diaorg yg hendle...kite ju just menumpang, klu nasib baik, ada la rezeki nk duk tempat yg sama...
ape2 apun bersyukurlah kerana itu semua hikmah tuhan....
hmm memang tak dinafikan betul apa yg dikatakan Fathi, khasnya
kalau pemilihan itu adil, tak kisahlah, setuju la sangat2, tapi jika kelihatan bias pada mana2 pihak memang tak setuju.
Tapi satu lagi yg tak setuju, semua orang bayar yuran dgn jumlah yg sma, pointer tinggi, tapi tetap dibuang kolej.
Jap nak tanya anda setuju dengan penginapan yg anda peroleh sekarang atau bercadang nak lari ke tempat lain? Hmmm apapun itu semua mungkin merupakan ujian dari Ilahi
Hmm InsyaAllah ada kebaikan di sebalik setiap peristiwa
Hmmm mudah-mudahan ada pertimbangan semula yg dilakukan oleh pihak penginapan kolej, menilai sebab-musabab yg betul utk membuang seseorang dari kolej, dahulukan yg selalu ponteng kelas,tutorial atau sekurang-kurangnya yg tak aktif kolej.
Apapun yakinlah setiap apa yg berlaku akan ada pembelaan di suatu hari nanti InsyaAllah.
Bukan niat di hati utk mengkritik tapi hanya ingin menegur kerana sudah menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhammad s.a.w. yg menjadi umat terbaik di alam ini, untuk saling ingat-mengingati, tegur-menegur bila berlaku sesuatu yg salah.
Hmm ambillah yg baik, buanglah yg keruh, fikir dgn berlapang dada, harap buang jauh-jauh ideologi-ideologi tertentu yg bakal merosakkan umat Islam khasnya
Post a Comment