10 Hukum Otak





Alhamdulillah akhirnya semalam habis juga baca buku Revolusi Iq, Eq, Sq oleh Taufik Pasiak terbitan 2008, oleh PTS Milenia dengan pembacaan yang berselang-seli dengan bahan juga kerja lain. Daripada pembacaan, penelitian terhadap buku tersebut dapatlah disimpulkan, diringkaskan, dirumuskan beberapa prinsip hukum otak.

Terdapat 10 prinsip otak yang diketemui:-

1. Otak menyimpan maklumat dalam sel-sel sarafnya.
(Semakin banyak pengulangan yang dilakukan terhadap sesuatu perkara maka makin kuatlah ingatan diri terhadapnya).
Otak juga boleh berkembang daripada masa ke masa selari dengan pertambahan maklumat yang diperolehi diri.

2. Otak mempunyai komponen bagi menciptakan kebiasaan dalam kebiasaan dalam berfikir dan bertindak.
(Seseorang yang kidal jika belajar, asah, seringkali menggunakan, menggantikan beralih dari tangan kiri kepada tangan kanan akan terlatih akhirnya jika adanya sikap bermujahadah).

3. Otak menyimpan maklumat dalam bentuk perkataan, gambar dan warna.
(Otak kiri menyimpan perkataan atau lebih dikenali sebagai gudang kata-kata, kegiatan berbahasa, kesenian kesusasteraan, manakala otak kanan pula menyimpan gambar atau berkelebihan dalam mengimaginasi, berfikiran kreatif, hal ini seperti yang dimiliki oleh Ibnu Sina, Archimedes, Thomas Edison yang mana mereka memandang sesuatu perkara itu dari aspek yang berbeza).
# Seseorang itu perlu menggabungkan kedua-dua aspek dengan melakukan analisa hubungkait antara kedua-duanya demi memantapkan daya fikiran.

4. Otak tidak membezakan fakta dan ingatan. Otak bertindak balas terhadap fakta sama dengan tindak balasnya terhadap ingatan.
(Kejadian trauma dilihat amat signifikan dalam hal ini, kerana seseorang yang mengalaminya akan sentiasa teringatkan kejadian-kejadian lalu).
Sesuatu perkara perlu dilakukan bukan sahaja menghafalnya iaitu dengan cara mencipta persekitaran yang sesuai dengan keadaan.

5. Imaginasi dapat memperkuatkan otak dan mencapai apa sahaja yang dikehendaki.
(Sebagai contoh; seseorang yang melihat dengan 2 mata lebih jelas berbanding mereka yang menggunakan sebelah mata). Pepatah yang kelihatan agak sesuai di sini; "Bertepuk sebelah tangan". Tapi jangan pula jadi seperti Mat Jenin yang salah tempat dalam mewujudkan angan-angan, imaginasi, nanti jatuh dari pokok! huhuhu

6. Konsep dan maklumat dalam otak disusun dalam bentuk pola-pola. Otak dapat menerima dan juga menolak pola-pola itu. Otak terikat, sekaligus tidak terikat dengan pola-pola itu.
(Kerjasama antara bahagian dalam otak berlaku dalam pemprosesan maklumat iaitu setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri. Jika seseorang itu mentafsirkan (faham) sesuatu perkara dengan makna tertentu, maka berdasarkan fahaman itulah yang akan terhasil sesuatu. Contohnya: perkataan 'makan' dalam masyarakat Melayu tidak akan difahami dengan makna 'tidur'). Otak juga dilihat boleh keluar daripada kefahaman biasa sepertimana yang berlaku pada ilmuwan saintis-saintis.

7. Pancaindera dan reseptor saraf menghubungkan otak dengan dunia luar. Latihan pancaindera dan latihan fizikal dapat memperkuatkan otak.
(Penggabungan di antara semua aspek dalam proses mengingat perlu dilakukan untuk memperkukuhkan ingatan; suara untuk pendegaran, tulisan dan gambar untuk penglihatan, sentuhan bagi menyerap maklumat. Sebagai contohnya, dalam proses berkenalan anda ingat (kenal) nama, warna (pakaian, kulit), bau (badan, wangian), diikuti pandangan pertama (tanggapan pertama, persepsi, juga mimik muka atau mood seseorang), sentuhan melalui genggaman tangan (ketika bersalaman bagi yang muhrim atau sejantina sahaja), suara untuk pendengaran). Dari sini dapatlah dilihat bahawasnya sesuatu maklumat harus dilihat, didengar, disentuh, dihidu dan juga dirasai.

8. Otak tidak pernah berehat. Ketika 'otak rasional' keletihan dan tidak dapat menyempurnakan satu pekerjaan, 'otak intuitif' meneruskan pekerjaan itu.
(Seseorang itu perlu biasakan dengan situasi yang menjadi amalan kebiasaan, iaitu seimbangkan diantara penggunaan anggota kiri dan kanan, agar jika anggota kanan letih, rosak,sakit masih ada anggota kiri yang boleh digunakan). Seseorang itu dilihat perlu untuk menyeimbangkan cara pembelajaran di dalam bilik dengan belajar di luar, seperti di taman (jangan pula pergi dating! huhu) agar perkembangan pemikiran berlaku, dapat mengurangkan rasa bosan.

9. Otak dan hati bekerja rapat. Otak yang diasah terus-menerus dapat membawa pemiliknya ke jalan kebajikan dan kebijaksanaan, serta ketenangan jiwa.
(Untuk melakukan perkembangan otak, seseorang itu melakukan perbincangan idea dengan kumpulan tertentu, mencatat idea yang muncul pada satu-satu ketika, mendengar alunan ayat suci al-Quran atau muzik-muzik yang memberi ketenangan, juga melihat secara menyeluruh iaitu dengan menggunakan otak spritual dan mata hati berpandukan syariat Islam agar berlaku perkembangan akal secara sihat).

10. Kekuatan otak turut ditentukan oleh makanan fizikal yang diterima otak.
(Aspek pemakanan perlu diambil berat oleh seseorang. Aspek pemakanan bolehlah dilihat berdasarkan kepada panduan yang dikeluarkan oleh pihak kesihatan. Aspek kolestrol, glukosa, karbohidrat, lemak, protein, mineral, vitamin, iodin, zat besi, asid linolenik perlu diseimbangkan pengambilannya berdasarkan pada gizi pemakanan yang sihat.

Demikianlah sahaja yang mampu kukongsikan pada waktu ini, diharapkan perkongsian terhadap prinsip hukum otak ini boleh diperbetulkan jika berlaku salah faham diriku dalam memahaminya kerana kekurangan, kelemahan diri ini.

p/s: Gunakanlah akal fikiran dengan sebaiknya, berhemah. Hargailah anugerah Ilahi yang berharga ini yang mana akal dapat membezakan di antara manusia dengan haiwan .

Ya Allah berikanlah kami perkembangan aqal secara sihat, janganlah kerana aqal kami, kami menjadi hamba yang mengingkari perintah dan melakukan laranganMu ya al-Hadi.

4 Bila bijak pandai berbicara!:

rumzan said...

antara hukum otak yang lain dikatakan; otak lelaki dan otak perempuan berbeza dalam gaya dan cara bekerja..hmmm fikir-fikirkanlah

benarkah perempuan mempunyai 9 nafsu dan satu iman?
atau lelaki mempunyai 8 iman dan 1 nafsu?

Anonymous said...

apa yang didengar itulah yang diperkatakan. hampir sama namun tidak serupa. apa yang saya dengar ialah, perempuan mempunyei 9 nafsu 1 akal. lelaki pula mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. so bolehlah anda fikir fikirkan nya sendiri. jika ada sebarang kemusykilan, bolehlah anda mengusulkannya kepada Al Fadhil ustaz Baharum Faizan. :-)

Anonymous said...

9 nafsu yang diperkatakan itu ialah nafsu wanita terhadap kecantikan, kesempurnaan, dan lain lain lagi. sebagai contoh, mereka suka untuk membeli belah. bagi lelaki pula, mereka mempunyaia 9 akal yang membawa maksud lelaki ini mempunyai akal yang banyak atau panjang untuk menguruskan pelbagai perkara. sbg contoh, mereka panadai menipu, atau dalam bahasa mudahnya, mereka pandai kelentong. dan, perempuan pula percaya pada kata kata mereka, itulah bukti kepada 9 akal lelaki tadi. namun apakah 1 nafsu yang tinggal itu..?
ia adalah nafsu yang sukar dikawal sekiranya iman seseorang itu senipis kulit bawang. klue kedua pula ialah, nafsu yang sering di sebabkan oleh kaum hawa. so anda bolehlah fikir2kan nya dengan lebih mendalam.

rumzan said...

syukran lak ya anonymous, begitulah seperti yg pernah didengar. Lelaki walaupun mempunyai 9 akal namun jika mereka tidak dapat mengawal satu nafsu, maka 9 akal itu akan dikuasai oleh hanya satu nafsu, sebaliknya dengan perempuan.

hmm walau apa sekalipun yang lebih tepat yang mampu membezakan antara seseorang itu samada lelaki dengan perempuan atau sejenisnya adalah taqwa diri

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top