Dalam kehidupan seharian di atas muka bumi ini, kita semestinya akan bertembung, berinteraksi dengan masyarakat, sebagai memenuhi tanggungjawab kehidupan bermasyarakat, bersosial dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan syariat.
Firman Allah:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah-mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). al-Hujurat 49: 13.
Namun dalam waktu sebelum memulakan bicara, perbualan kadangkala kita sering menganggap, menilai seseorang itu sombong khasnya jika individu tersebut jenis yang agak pendiam; maka muncul dalam fikiran 'eh sombong la dia ni'. Ini satu persepsi, andaian yang salah dilakukan oleh ramai individu. Kalau orang tu jenis yang agak pendiam sedikit atau muka yang kelihatan sentiasa masam mencuka memang la susah sikit nak ubah sikap, penampilannya, untuk kelihatan ramah (melalui mimik muka).
Dalam penafsiran terhadap peribadi seseorang, kadangkala pandangan secara luaran belum menentukan gambaran keadaan dalaman seseorang turut sama. Jadi langkah selamat untuk membuat andaian terhadap seseorang adalah dengan penilaian berdasarkan pemerhatian yang dalam samada dengan cuba bertanyakan seseorang yang rapat dengan individu tersebut, atau dengan pemerhatian dari jauh yang tidak disedari sampel (orang yang dikaji) tanpa bahan (orang) ujikaji tersebut menyedari diri mereka sedang diperhati. (tapi jangan la dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat yang agak peribadi, haram tu!). Sekiranya seseorang itu menyedari mereka sedang diperhatikan, maka mereka berkemungkinan akan berlakon, membawa perwatakan yang di luar wataknya (seseorang yang tidak asli tingkah-lakunya)! Mulalah berpura-pura baik hati, ramah bagaikan murai!
Orang yang mudah melabelkan diri seseorang itu sombong dengan sekilas pandang (first-sight) adalah jauh lebih sombong. Dalam situasi (persepsi) tersebut membuktikan diri anda lebih sombong kerana anda tidak mengambil langkah-langkah untuk mengenali melalui cara mengatur bicara dengan mereka sebaliknya terus memberi pandangan negatif (menghukum sombong) terhadap mereka.
Sememangnya memang mudah bagi kita untuk memikirkan, menghukum seseorang tanpa terlebih dahulu kita menggunakan cara, kaedah yang membuktikan mereka bersikap dengan sikap tertentu.
p/s: jangan terlalu cepat membuat, memberi andaian terhadap seseorang jika belum mengenali, cuba dekati mereka dengan pendekatan yang sepatutnya kerana andaian diri itu mungkin silap.
Ya Allah hindarilah kami daripada sifat sombong dan sifat-sifat mazmumah yang lain. Hampirkanlah, jadikanlah sifat mahmudah pakaian kami. Ya Rahman, elakkanlah, jauhkanlah kami daripada memberi persepsi, andaian yang tidak betul terhadap seseorang, kerana kami takut ianya akan membuatkan kami bersalah di kemudian hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment