Kecurian Berleluasa

Ya Allah teruk betul sekarang ni, kejadian hilang motosikal, kecurian berleluasa di mana sahaja! Kata orang 'dunia sudah tidak selamat lagi'. Kejadian kecurian ini, tidak mengira tempat, termasuk masjid; buktinya suatu ketika dahulu telah berlaku di hadapanku peristiwa seorang pencuri yang ditangkap kerana mencuri ketika mana semua orang sedang sembahyang! (Ketika ini waktu solat Jumaat) Kiranya waktu semua orang sedang bersujud, pencuri yang berpura-pura sembahyang ini berkesempatan mengambil semua barangan (telefon, laptop,dompet, jam) yang diletakkan di hadapan orang yang hampir dengannya, tapi nasib tidak menyebelahinya kerana dia ditangkap (bak kata pepatah; sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua) oleh seorang yang terpaksa keluar dari solatnya kerana takkan nak tengok perkara itu berlaku depan mata begitu sahaja, sedangkan sembahyang mesti tak berapa khusyuk terfikir-fikir mengenai pencuri.

Kejadian ini seolah-olah tiada kesudahannya, ada sahaja kedengaran kejadian ini berlaku di mana-mana. Setakat ini kejadian yang banyak melibatkan kenalan-kenalanku samada kawan rapat (kamceng) atau sekadar kenalan sesama saudara seIslam terdapat lebih kurang 5 biji motor yang telah kuketahui.(Ini setakat yang diketahui melalui kenalan, yang tak diketahui ramai lagi!) Ish memang dunia sekarang dah tak selamat lagi! Macamana agaknya ingin mengembalikan keharmonian, keselamatan, keamanan dalam masyarakat, negara ini! Tidak lain tidak bukan dengan berbalik kepada peraturan Ilahi iaitu merujuk, melaksanakan sistem perundangan Islam!


Tapi mengapakah ada sahaja yang menentang, tidak bersetuju jika perundangan ini dilaksanakan? Yang hairannya ialah golongan yang mengaku dirinya Islam! Kalau orang kafir tidaklah dikisahkan sangat kerana mereka tidak tahu apa ertinya hukuman itu, tapi dengan beranggapan bahawa mereka ini kurang pendedahan terhadap hukuman ini, mungkin dapat diterima oleh akal yang dikurniakan Ilahi ini. Apakah kiranya mereka takut diri mereka yang terkena terlebih dahulu jika pelaksanaan hukuman Islam ini dijalankan? Atau sekadar membantah tanpa tahu apa hikmah di sebaliknya! Ingatlah bahawasanya hukuman had ini, bukanlah sewenang-wenangnya, mudah untuk dilaksanakan, tetapi mempunyai syarat-syarat yang perlu dipenuhi, yang telah ditetapkan dengan begitu ketat. Satu pendapat yang sememangnya dikira bodoh, iaitu menganggap hukuman Islam sudah tidak relevan lagi pada masa sekarang! Sedangkan hukuman Islam itu adalah bersifat universal, sesuai di semua peringkat zaman. Lebih baik mendiamkan diri sahaja jika tidak bersetuju daripada menyatakannya ketidaksetujuan (bantahan) terhadapnya dengan pelbagai alasan kerana hal itu akan lebih merosakkan Iman, Aqidah diri sebagai seorang Muslim.


Janganlah diambil pendapat orang yang menyatakan sekiranya dijalankan hukuman Islam, maka akan ramailah yang kudung tangan, nampak sangat jahil dalam bidang agama, cetek pengetahuan, telah dicuci pemikirannya.
Firman Allah;
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Al-Maaidah 5; ayat 38.

Cuba teliti dengan pandangan kasar juga halus, melalui pelaksanaan hukum Islam seperti potong tangan, adakah apabila seseorang itu melihat seseorang pencuri itu dipotong tangannya di hadapan khalayak, apakah kiranya individu yang berniat mencuri akan
meneruskan niat mencurinya? Sememangya jika dirinya mempunyai akal yang sihat, dia akan terasa takut, gentar untuk dia mencuri kerana pengajaran yang diperolehi daripada pemerhatiannya jika (penuhi syarat tertentu)!

Janganlah ditunggu keadaan masyarakat, negara semakin parah keadaannya, kerana seharusnya kita mencari penawar lebih awal untuk memerangi gejala buruk yang wujud pada masa kini.

p/s: Usahlah dikira apa yang dicetuskan dalam penulisan kali ini berniatkan politik, sebaliknya ini adalah berpandukan kepada tanggungjawab diri untuk mencuba sedaya upaya untuk memahamkan masyarakat dengan perlunya pelaksanaan hukum Islam.

Ya Allah begitu ramai di kalangan kami yang kehilangan barang yang dikurniakanMu kepada kami kerana dicuri oleh mereka yang kurang, tiada bersifat kemanusiaan juga masih tidak mantap keyakinannya terhadap balasan azabMu jika diri mereka berterusan melakukannya sehingga akhir hayat mereka. Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayah kepada golongan ini, mudah-mudahan dengan hidayahMu ini akan membuatkan mereka lebih berperikemanusiaan, tahu akan hak milik yang perlu dihormati, dijagai hak individu yang memilikinya.

4 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

benar..dunia skrg dah tak selamat..
kecurian berleluasa..disini sinu..
samapai lock yang dibeli dengan harga yang mahal pon tak berguna..
so..kesimpulannya ialah..tak payah pakai barang yang berharga..pakai jer barangan terpakai..tapi, barangan terpakai pon kena curi gak!! ntah la labu..apa nak jadik dengan dunia nih..

rumzan said...

itula kan, walaupun pakai lock mahal, dek kerana wujudnya alatan yg moden, pencuri makin bijak menggunakan kepandaian pada jalan yg salah, maka kejadian kecurian seolah-olah tidak dapat dielakkan lagi melainkan dengan pelaksanaan hukum yg ditetapkan Ilahi.

Manusia ni kalau dah namanya pencuri maka apa sahaja yg boleh dicuri, dinilai berharga pada akalnya, semua dirembat selagi boleh diambil..isk...ish..ish.. dunia dunia

Anonymous said...

Allah dah cipta hukum yang bersesuai dgn fitrah manusia.. cuma nafsu kita yang tidak dapat menerima..bila nak dpt lihat hukuman yang diltkan oleh Allah Dijalankan..
pihak keselamatan lebih menjaga masalah politik bukan masalah jenayah..
tgk la masa demotrasi ramai plak Polis Kat malay sia umumnya n pengawai keselamatan UKM (pandgn nakal he3x)

rumzan said...

entahla nampaknya camtu la, rasanya dalam kes jenayah ini khasnya kejadian culik, bunuh kanak-kanak masih banyak yang tak selesai malah bertambah, tapi kalau politik ramai jer kelihatan pihak polis yg terlibat

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top