Golongan artis ini seringkali dipuja, menjadi idola dinantikan oleh ramai pihak perkembangan mengenai mereka. Jika ada masalah yang berlaku dalam kalangan dunia artis media, masyarakat sibuk sahaja untuk bertanya, mendapat berita, maklumat perkembangan semasa golongan ini.
Lihat sahaja jika berlaku perceraian yang melibatkan artis maka banyaklah media yang menceritakan, memaparkan maklumat mengenainya, masyarakat juga turut sibuk mengambil peduli hal ehwal artis ini. Berhari-hari, berbulan-bulan cerita mengenai mereka ini. Entah di mana lebihnya mereka ini! Tak dinafikan sememangnya apabila menjadi artis, seseorang itu akan dipantau sahaja aktiviti, kegiatan harian mereka, kerana dianggap role model masyarakat.
Berita seperti perceraian, keruntuhan rumahtangga, juga perkahwinan khasnya perkahwinan kahwin lari, perkahwinan dengan suami, isteri orang seringkali mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Minat, caring betul masyarakat terhadap artis ini. Kiranya ingin memenuhi tuntutan tanggungjawab ambil berat sesama saudara Muslim la ye! Rasanya hal ini tak tepat langsung malah bercanggahan dengan tuntutan agama khasnya jika hal sulit (jaga tepi kain tak bertempat!) sekalipun menjadi bualan, tatapan masyarakat, seperti kes rumahtangga artis yang goyah yang kadangkala akan menyebabkan artis tersebut terasa fobia, takut apabila mereka menghadapi masalah sedemikian rupa, malah menyebabkan mereka mengambil langkah untuk terus bercerai, akibat tekanan daripada cerita-cerita yang ditimbulkan oleh masyarakat, media demi mengelakkan diri mereka daripada menjadi buah mulut orang ramai.
Ingatlah jangan kerana diri anda punca terjadinya kehancuran kehidupan, kemusnahan rumahtangga seseorang, kerana ia akan membuatkan diri anda turut bersalah terhadap mereka. Cuba bayangkan diri anda di posisi mereka, sanggupkah anda di kala menghadapi masalah, melakukan segala aktiviti anda seolah-olah diperhatikan sehinggakan diri anda tiada langsung kehidupan, ruangan peribadi. Memang tak dinafikan ada di kalangan masyarakat, media yang ingin menjadikan kisah, masalah artis ini sebagai pedoman masyarakat umum. Namun setakat manakah tercapainya hasrat tersebut? Sebaiknya sebelum mendedahkan kisah, masalah kehidupan seseorang itu, terlebih dahulu diperhatikan, diteliti aspek negatif dan positif terhadap golongan yang terlibat. Janganlah semata-mata ingin mendapatkan keuntungan, publisiti, anda melakukan sesuatu yang salah!
Kita sepatutnya mengingati sabda baginda;
Hadis
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah. Rujuk
Jagalah aib orang, InsyaAllah Allah akan menutup keaiban seseorang di akhirat nanti.
Ya Allah lindungilah kami daripada pengaruh hedonisme yang menyebabkan kami menjadi gemar akan segala bentuk hiburan yang melalaikan, menjauhkan diri kami daripada perkara kebaikan. Ya Rahman tutuplah aib kami di dunia mahupun di akhirat.
4 Bila bijak pandai berbicara!:
artis..? ramai yang minat nak jadi artis..ingat jadik artis senang ker..? bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.. ingat tuh!!
yup betul tu betul,huhuhuhu hidup tak senang diusya sini sana, silap-silap ada nanti yg rakam gambar, video artis yg menginap di sesuatu tempat demi cari kewangan, isk, isk, isk
jika dilihat budaya TV reality seperti malaysia idol, who will win, akademik fantasia yang digilai masyarakat pada hari ini, budaya sampah ini dipanjang sampai keuniversiti dgn izin pihak pertadbiran. mengapa konsert seperti battle of the band, gegar u diizinkan mencemarkan ruang intelektual mahasiswa atau memang strategi melalaikan anak-anak muda cukup berkesan mematiakan kritikan kepada penyelewangan dan kebejatan pemerintah.
yup, begitulah bilamana hedonisme seolah-olah dijadikan Tuhan, rosaklah masyarakat kerananya, namun masih ramai yg tak sedar akan keburukannya, sebaliknya aktiviti keagamaan kadangkala disekat, entah apa nak jadi dengan dunia pada zaman sekarang
Post a Comment