Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Kadangkala ramai di kalangan kita yang tidak begitu perasaan bahawa dirinya sedang terperangkap, mengalami masalah kewangan. Masalah kewangan jika tidak disedari sejak dari awal lagi akan membuatkan diri lebih parah pada masa hadapan.

Antara tanda diri sedang menghadapi masalah kewangan adalah;

Pertama: Selalu bertengkar dengan pasangan berhubung masalah kewangan (bagi yang sudah berumahtangga). Manakala bagi yang belum kahwin khasnya pelajar (selalu sahaja meminta sumber kewangan daripada ibubapa-alamatnya duit dalam akaun bank melalui pinjaman, biasiswa makin kurang!)

Kedua: Nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan (bagi golongan yang bekerja). Manakala bagi golongan pelajar pula perbelanjaan selalu sahaja lebih, tidak mencukupi daripada sumber kewangan.

Ketiga: Menggunakan kad kredit sehingga maksimum (bagi golongan yang memilikinya). Manakala bagi golongan yang memiliki Smart Card hampir setiap hari, minggu proses 'cucuk duit' berlaku, alamatnya dompet dah kering, poket kosong, kewangan dalam bank pun berada pada paras minimum, silap haribulan kad ditelan,huhuhu

Keempat: Hanya membayar bayaran minimum caj, kadar faedah pinjaman, bil-bil (bagi pemilik kad kredit juga penghutang lain). Kiranya demi mengelakkan daripada bekalan elektrik, air dipotong, juga mengelakkan diri daripada diisytihar muflis. Manakala bagi golongan pelajar mungkin akan berlaku pengurangan dalam perbelanjaan seharian, jika sebelum ini begitu berboros, tidak berhemah dalam berbelanja kini hal itu tidak berlaku lagi. Kadangkala makan makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti Maggi, Mamee tambah menyedihkan jika dibahagikan pula sebungkus maggi kepada enam orang., huhuhu

Kelima: Selalu lambat menyelesaikan bil bulanan (bagi seseorang yang menggunakan perkhidmatan Astro, memiliki rumah sendiri atau sewa). Jika sebelum ini, belumpun habis bulan, segala bil telah dibayar kini, bil belum berbayar sentiasa tidak terbayar pada waktunya, sebaliknya selepas 2, 3 bulan baru membayarnya. Manakala bagi golongan pelajar khasnya, kredit telefon selalu sahaja tamat tempoh atau kering bakinya (hanya tinggal RM0.01 sen sahaja atau sifar). Jika sebelum ini mesej yang dihantar berbalas dengan menelefon kembali, namun kini mesejpun tak dijawab, kadangkala mintak pula id atau e-mail Yahoo Mesengger (YM) kiranya langkah selamat untuk elak dari top up kredit telefon, huhuhu

Keenam: Terlalu banyak berhutang dengan saudara-mara, kawan-kawan. Jika sebelum ini tak pernah berhutang, waktu kegawatan hutang sekeliling pinggang. Waktu sebegini ada kawan, saudara yang lari, bimbangkan risiko peminjaman yang tak berbayar! Kadangkala ada yang ambil langkah singkat dengan meminjam daripada ceti haram (along). Nampak gayanya kalau pinjam dengan along ni, seolah-olah menempah bahaya, maut. Jadi pinjamlah di institusi yang mendapat kelulusan kerajaan, yang kadar bayaran balik tidak tinggi atau mencari alternatif Islamik.

Ketujuh: Tidak dapat tidur malam. Jika sebelum ini bunyi dengkuran menjadi peneman dikala keheningan malam, di kala saat permasalah kewangan ini, otak selalu berfikir mengenai masalah kewangan yang dihadapi. Sebolehnya berfikir juga mengenai jalan untuk keluar dari kemelut kewangan. Insomnia boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan akal, kerana diri tidak mendapat rehat yang cukup.

Jadi perhatikanlah simpton-simpton tersebut, apakah ia sudah berlaku terhadap diri anda? Jika sudah, jadikanlah sikap berjimat cermat dalam perbelanjaan panduan dalam berbelanja. Janganlah apabila sudah mengetahui diri anda menghadapi masalah kewangan, diri masih berlagak kaya, kerana sikap tersebut akan membuatkan diri anda lebih parah! Jika belum, sediakanlah tabung kewangan sebelum anda menghadapinya. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.

p/s: Islam sentiasa mementingkan aspek perbelanjaan yang berhemat. Berbelanjalah mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu yang tidak pernah kekenyangan!

Ya Allah kami memohon kurniaan rezekiMu yang melimpah-ruah banyaknya, lindungilah kami dari kemelaratan dalam hidup yang mampu membuatkan kami ke lembah kehinaan.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

nak jimat senang jer, jangan ada makwe..jangan makan banyak dan jangan rajin mesej orang.. lagi satu, kurangkan melihat barangan yang membolehkan tangan anda ringan untuk membelinya. cukuplah dengan apa yang ada..berpuasalah sunat lah selalu pada hari isnin dan khamis, insyaallah pada akhir semester anda akan tidak percaya dengan baki akaun bank anda.

algojo

rumzan said...

huhuhu camtu ke? kesian member plak nanti, mesej tak berbalas nanti ada la yg kata sombong, putus kawan plak, eiii tak sanggup. Kalau kurangkan blnja ok tu. Yup kalau puasa sunat bukan sahaja dapat kurangkan belnja tapi InsyaAllah akan dapat ganjaran pahala juga jika betul niatnya

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top