Dalam hidup ini mungkin pernah anda terjumpa, alami, berjumpa dengan golongan yang apabila berada dengan lawan jantinanya bukan main baik lagi, tapi kalau kawan sejantinanya sombong betul, tak dilayannya.
Hairan ke? Rasanya perkara sebegini rupa seolah-olah sudah menjadi lumrah golongan tertentu. Kenapa agaknya mereka ini, begitu baik sekali dengan lawan jantinanya sebaliknya kemahuan kehendak golongan sejantinanya tak dilayan, ditolak oleh mereka? Apakah mungkin mereka mempunyai niat tertentu? Ada yang jenis kalau dengan kita (sejenis jantinanya) bukan main kedekut lagi tapi kalau dengan lawan jantinanya wah, bukan main bermurah hati lagi ye!
Jika dilihat pada situasi ini, beberapa kemungkinan yang dapat kukenalpasti; pertama, golongan ini memang mempunyai niat tertentu seperti 'ingin menarik perhatian seseorang yang disukainya'. Ini kerana sememangnya fitrah manusia yang sihat akan tertarik dengan seseorang yang berbuat baik, prihatin dengan sesuatu perbuatan, perkara yang baik. Jadi mereka menggunakan kaedah 'perangkap' ini untuk menarik minat, perhatian dari orang yang disukai.(kiranya ada peluang untuk tawan hati seseorang!). Rasanya tiada pula individu yang sukakan seseorang yang buruk perangainya, atau bagaimana? Ada ke agaknya bila seseorang wanita tengok seorang lelaki yang kaki perempuan (tahu), terus je jatuh hati dengannya, kiranya tertarik dengan taktik 'pancing untuk mengumpan mangsanya' itu; kalau ada perempuan sebegini ada la sesuatu yang tak betul iaitu perempuan itu pula yang jenis pisau cukur! Ok ke? Ok kot, jika berpandukan nas yang instisari satu ayat bermaksud; lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, begitulah sebaliknya !
Kedua adalah kerana tidak wujud di kalangan sesama jantina ini perasaan menghargai sesuatu perkara yang dilakukan olehnya. Sememangnya menurut teori hierarki keperluan Maslow, manusia ini memerlukan penghargaan daripada seseorang. Seseorang itu begitu puas, rasa teruja, bilamana mereka dihargai dengan apa sahaja bentuk penghargaan, khasnya bila diberi hadiah. Paling kurangpun mereka diberi ucapan 'terima kasih', wujud juga rasa pemberian, pengorbanan diri dihargai insan lain!
Itulah dua sebab utama yang pada persepsiku penyebab kepada seseorang itu lebih mudah berkorban kepada jantina yang berbeza dengannya berbanding yang sejantinanya.
Ingatan yang perlu sentiasa diberi perhatian jika diri anda hanya baik dengan jantina berbeza; anda mungkin kehilangan kawan sejantina kerana sikap diri yang berkira, kedekut, juga kehilangan teman bukan sejantina jika dirinya telah disunting seseorang, menjadi buah hati, atau pasangan suami isteri orang lain!
Oleh itu sewajarnya bagi diri untuk menghargai seseorang teman, tidak kiralah sejantina atau tidak, berbuat baiklah kepada orang dan jangan terlalu mengharapkan balasan daripada orang.
p/s: semua orang mempunyai perasaan, maruah, ego, janganlah tidak pandai menjaga, menghormati, menghargai maruah seseorang individu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 Bila bijak pandai berbicara!:
hebatnye tulisan rumzan, sungguh berbakat..
tahniah.. sila tunjuk ajar..
Alhamdulillah cuma biasa-biasa je, sebenarnya anda lebih berbakat, kerana setiap orang punyai bakat tertentu, tahniah dan terima kasih
ana berpandangan bahawa untuk kita menilai kecenderungan seseorang terhadap orang lain tidak kira sesama jantina atau tidak adalh sesuatu yang komplek dan subjektif...dia boleh berubah2 mengikut watak sesorang dan setiap orang tdak akn sama dgn orang lain
walau apa pun ana setuju dgn pendapat anta...syukran
yup syukran laka ya akhi Rijal, sememangnya betullah kata pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain"
bunyi macam ada pengalaman jer...apapun..tahniah kerana anta berjaya mencipta satu kelainan dalam blog ini..
bunyi macam ada pengalaman jer...apapun..tahniah kerana anta berjaya mencipta satu kelainan dalam blog ini.
ada la sikit-sikit pengalaman dengan orang sebegini, syukran lak, harapnya berubahlah golongan sebegini hendaknya
Post a Comment