
Alhamdulillah pada setiap kali menjelangnya 12 Rabiulawal ramai umat Islam menyambut Maulidur Rasul. Namun terdapat golongan yang menentang sambutan Maulidur Rasul ini, kerana ianya dikatakan bida'ah, tak pernah dibuat oleh Nabi s.a.w.
Tapi bagiku tiada masalahnya bagi umat Islam untuk menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda ingatan kita terhadap Baginda s.a.w. kerana memandangkan pada zaman sekarang ini pelbagai sambutan, budaya hedonisme lain yang disambut, diterima oleh umat Islam tanpa usul periksa terhadapnya.
Mudah-mudahan dengan sambutan Maulidur Rasul ini, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan masyarakat khasnya remaja daripada membuang masa di tempat-tempat lain (chow kit, pasaraya, disko) yang lebih tidak bermoral!
Terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui bilakah kelahiran junjungan besar Nabi kita ini, jadi dengan adanya sambutan ini, dapatlah memberi, memperingatkan mereka akan kelahiran Nabi junjungan kita yang agung ini.
Kadangkala bila mana masyarakat yang lalai (lagha) dengan kehidupan yang berbudaya hedonisme ini, ketika mana mereka teringingatkan, menyambut sambutan Maulidur Rasul ini akan terfikir sejenak apakah yang mereka telah lakukan sebelum ini bertepatan dengan cara yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w.?
Dengan adanya sambutan ini juga InsyaAllah ukhuwwah sesama Muslim akan tetap terpelihara, kerana pertemuan yang terjadi melibatkan pelbagai idea politik, fahaman bersatu demi ingatan mereka terhadap Rasulullah s.a.w.
Terdapat beberapa persoalan mengenai kesilapan yang seringkali dilakukan masyarakat yang mengaku dirinya Islam.
Pertamanya, apakah sudah cukup, memadai bagi umat Islam untuk mengingati Nabi junjungan kita pada suatu masa tertentu sahaja, sedangkan di waktu lain kita tidak mengingatinya? Sememangnya sebagai umat Islam kita perlu sentiasa mengingati pengorbanan, perjuangan yang telah dilakukan, dilalui oleh Baginda s.a.w.. InsyaAllah dengan mengingatinya kita akan merasakan diri kita bertuah, menghargai sayang akan Baginda seterusnya mensyukuri nikmat keIslaman yang tidak diperolehi oleh semua golongan yang disampaikan Baginda s.a.w., melalui hidayah yang diberikan Ilahi kepada orang-orang yang dipilihNya.
Keduanya, apakah menyambut Maulidur Rasul, hanya semata-mata mengingati kelahiran Baginda? Sememangnya perlu bagi kita untuk menginterpretasikan akhlak Nabi s.a.w. dalam pemakaian tingkah laku kita bagi menempuhi perjalanan hidup seharian kita ini,
Ketiganya, sejauhmanakah penerimaan diri kita dalam mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Adakah masih banyak perkara yang ditegah Baginda s.a.w. dilakukan diri? Sewajarnya bagi kita untuk berusaha sebaik mungkin untuk menghampirkan diri kita kepada sunnah Baginda s.a.w. tidak bersikap mengambil apa yang dirasakan sesuai dan menolak apa yang dirasakan tidak sesuai dengan diri.
p/s: Rasulullah mengingati akan hal umatnya sehingga ke akhir hayat Baginda s.a.w. namun bagaimanakah kita pula? Adakah mengingati Baginda pada suatu ketika sahaja?
Ya Allah berikanlah kami kasihMu juga syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat nanti, mudah-mudahan dengannya akan membawa kami masuk ke SyurgaMu.
4 Bila bijak pandai berbicara!:
jom berjihar ke Stadium Merdeka pkul 5 nanti
fuh boleh tahan gak ramai orang, tapi keadaan cuaca tak berapa baik, hujan renyai-renyai, tapi ok la
ngantuk masih terasa sekarang ni, maklum la bangun pukul 4.30 pagi tak tidur-tidur lagi ni huhuhu
tshnish..
n terims ksih..
kerns tolong pmf..
semangat rumzan..
afwan wa syukran aiddhan ilaika ya Akhi Syabbab, InsyaAllah kalau perkara yg boleh tolong InsyaAllah akan memberi pertolongan
Post a Comment