Sudah lama kedengaran pepatah 'bapak borek anak rintik' diperkatakan. Ingin sekali ku berkongsi tentang cerita mengenai seorang bapa khasnya, terhadap pembentukan sahsiah anak-anak.
Ibubapa kulihat mampu mempengaruhi peribadi tingkah laku anaknya. Pernah kulihat seorang bapa yang mempunyai hampir semua anak-anak yang agak nakal perangai mereka. Sehinggakan anak-anaknya menjadi buah mulut orang ramai, kerana masing-masing merupakan jaguh dalam aktiviti yang tidak bermoral, khasnya rempit; menunggang motor secara salah guna (wheeling), kadang-kadang terlibat dalam kecurian (khasnya ketika masih budak-budak), juga berjudi, anak perempuan pula lari ikut lelaki (tapi sekarang ni dah ok rasanya, sebab dah kahwin dah kalau tak silap) ish..isk..ish.. harap berubahlah perangai anak-anaknya ini ke arah kebaikan.
Bila dilihat peribadi seorang bapa pula, kelihatan dia seorang yang tidak sabar, suka menyumpah-nyumpah, pemalas (pernah suatu ketika ku dengar sumpahnya terhadap hujan, huh bahaya tu, lupakah dia siapa yang menjadikan hujan? Mungkin kerana tindakannya yang terlalu terikutkan akan hawa nafsu dan juga bisikan syaitan, tapi tak patut la kan!). Sepatutnya apa salahnya jika mendoakan agar hujan diredakan, diberhentikan, kan bagus!
Ku hairan juga bilamana melihatkan si bapa ini, bukannya jenis yang tak datang surau, datang jugalah walaupun tak setiap waktu sembahyang, namun perangainya seolah-olah tak memberikan petunjuk yang menandakan dia seorang yang agak tabah (yer la sepatutnya jika dah jadi ahli surau sekurang-kurangnya terfikir beberapa kali untuk bertindak). Apakah mungkin kerana tiada penghayatan terhadap nilai keimanan? Yup, rasanya penghayatan terhadap iman ini kurang diamalkan dirinya. Tapi mungkin juga dia tidak mengetahui apa yang dilakukannya adalah salah, kerana maklumlah kebanyakan di kampung khasnya kitab yang dibacakan imam adalah hanya berkisarkan sembahyang, puasa, haji sahaja (nampak seolah-olah Islam itu sempit) namun tidak menyentuh soal Tauhid secara mendalam.
Begitulah kata pepatah 'ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasinya'. Sepatutnya bagi ibubapa menjadi model, contoh yang baik kepada anak-anaknya sebagaimana kata pepatah "bagaimana acuan begitulah kuihnya"
p/s: Jika inginkan anak yang soleh,solehah didiklah mereka dengan sebaiknya sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Ya Allah hiasilah diri kami dengan perhiasan akhlak yang mulia. Engkau kurniakanlah kami zuriat di kalangan hamba-hambaMu yang soleh, solehah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Bila bijak pandai berbicara!:
assalamualaikum
ana rasa ada jugak yang ibu bapa soleh dan solehah,tpi anak sebaliknya......ana rasa untuk mendidik anak kita patut menghayati konsep nilai dan nilaian islam
syukran...
kita mengharapkan anak yang soleh tapi diri kita x mengambarkan insan yang soleh...
kita mengambarkan seluruh masyarakat menghayati Islam sepenuhnya..tapi kita sebaliknya..
kita menghukum orng x betulah tapi x pernah berdakwah untuk membetulkan-- ingatan kepada diri sendiri
yup memang ada, sedangkan anak Nabi Nuh a.s. sendiri pun tak ikut syariat yg dibawa ayahnya, tapi sekurng-kurangnya ibubapa perlu jadi cth pada anak-anak, klu mak ayah tak tunjuk cth baik, anak lagi la berisiko tinggi buruk perangainya
salam.
Betul tu mak ayah mesti tunjuk cth baik.Tapi ade jugak mak ayah biase2 je tapi anak baik.Selain ibubapa byk pengaruh lain yg boleh didik seorang anak tu.Jgn salahkan ibu yg mengandung dan ayah kt.huhu^^
Wassalam,
oleh itu ada benarnya kata pepatah " ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"
yup memang banyak faktor yang mampu mempengaruhi seseorang khasnya bilaman seseorang itu tidak tabah, kuat imannya.
Post a Comment