wah lama betul rasanya tak update blog dek kerana ketiadaan rangkaian jaring-UKM di bilik, ditambah pula dengan kesuntukan masa (dek kerana pengurusannya yg tak begitu sistematik). Malam ni dapat juga walaupun banyak juga idea untuk mengisi blog yg tersimpan (sentiasa bermain-main) di fikiran ini.
Satu perkara yang ingin kukongsikan pada kali ini adalah kisah tentang pembunuhan diri. Gejala ini kelihatannya agak membimbangkan khasnya bila melibatkan golongan yang mengaku dirinya Islam, namun mereka tetap melakukan tindakan yang bodoh ini!
Satu cerita yang telah berlaku pada seorang kawan kepada kenalanku (kawan dia), kejadiannya lebih kurang begini; satu ketika dia telah dipukul oleh mak dia di hadapan orang lain (di rumah orang lain) dek kerana dia telah membawa kereta ibunya yang kemudiannya menyebabkan berlaku kemalangan (sedikit kerosakan), difahamkan keadaan ibunya merupakan seorang yang agak susah (kerja dari pagi sehingga balik lewat hari untuk mencari rezeki), kiranya ibu tunggal.
Mungkin disebabkan oleh rasa 'susahnya' untuk mencari rezeki tersebut, ibunya bertindak memukul anaknya, kerana menyebabkan keretanya rosak sedikit. Namun apa yang mendukacitakan tindakan yang dilakukan ibunya apabila bertindak memukul anaknya yang besar (dalam lingkungan 20-25 tahun) di hadapan orang lain. Tindakan ini sepatutnya dielakkan kerana seorang anak yang apabila bergelar remaja, keadaan jiwa mereka mudah memberontak. Hal ini kerana mereka punya perasaan malu, ego dan juga maruah yang tinggi yang ingin dijaganya.
Oleh kerana remaja tersebut tidak boleh menerima tindakan ibunya yang memukulnya di hadapan rumah orang lain, dia kemudiannya meminum racun rumput yang agak kuat kesannya (mungkin Paraquat), kemudian dia memberitahu kepada saudaranya setelah meminum dengan banyak. Tidak lama kemudian dia dihantar oleh saudaranya ke hospital untuk membuang, memulih racun yang ditelannya. Ketika di hospital dia masih mampu untuk makan dengan bersuap, namun bukan dar tangan ibunya tapi orang lain. Katanya dia tak sanggup nak tengok muka ibunya! Tidak lama kemudian keadaannya makin parah yang menyebabkan, membantu maut menjemputnya!
Apa agaknya perasaan ibunya tadi? Sudah tentu perasaan bersalah akan menyelubunginya khasnya kerana hanya seorang itu sahaja anak yang dimilikinya! Naluri keibuan biasanya akan terasa penyesalan yang amat sangat terhadap apa yang dilakukannya.
Namun keadaan ini, jika dilihat tidak sepatutnya anak tersebut mengambil tindakan membunuh diri. Hal ini kerana golongan yang membunuh diri ini termasuk di antara golongan yang mana Nabi tidak mengaku sebagai umat Baginda s.a.w. (jika sekalipun nak bunuh diri eloklah pergi berjihad di medan perang, pergi ke Palestin, InsyaAllah kalau mati, syahid yang akan diperoleh!). Jika syahid, syurga InsyaAllah pasti di akhirat nanti.
Satu kisah lagi mengenai kejadian yang hampir sama, namun tak sampai tindakan membunuh diri; suatu ketika si anak ini kiranya seolah-olah bergaduh dengan bapanya, kemudian bapanya mengangkat, mencampaknya di hadapan orang ramai. Tidak lama kemudian anak itu mengambil pisau; lalu meminta ayahnya agar membunuhnya; namun naluri kebapaan menyebabkan ayahnya merasa bersalah, kemudian memeluk anaknya. Tidak lama kemudian bertautlah kembali perhubungan di antara seorang bapa dengan anak, apabila kedua-dua pihak menyedari kesilapan masing-masing. Alhamdulillah, bagus kesudahannya.
Golongan yang membunuh diri ini, seolah-olah menempah neraka! Sepatutnya sebagai seorang Muslim untuk bertindak berdasarkan nilai-nilai KeIslaman, bukannya mengikut telunjuk nafsu, mengambil jalan singkat dengan cara mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Ibu perlu fikir perasaan anak apabila bertindak, melihat suasana sesuatu tempat. Anak pula cuba memahami secara positif; ingat kembali jasa ibu yang melahir, membesar, mendidik diri kita. Tanpa mereka siapalah kita! Perlu bagi semua pihak untuk meletakkan diri masing-masing di pihak lain; ibu cuba meletakkan dirinya pada fahaman anak, begitulah seterusnya. Rasanya memang kurang konflik yang akan berlaku jika saling faham-memahami di antara semua pihak.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 2 mafhumnya:
......dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan .........
p/s: bertindaklah berdasarkan akal yang waras. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna!
Ya Allah lindungilah kami daripada melakukan tindakan-tindakan yang tidak berlandaskan syariatmu yang akan menyebabkan kami kerugian, menyesal di kemudian hari juga mampu membawa diri kami ke lembah Neraka yang pedih azab seksanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bila bijak pandai berbicara!:
Post a Comment