Valentine Day


Entah kenapa bila menjelma je 14 Februari, maka ramailah golongan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, menyambut sambutan hari kekasih.

Kalau dilihat pada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari telah nyata bahawa kebanyakan peristiwa yang terjadi pada hari tersebut dilihat tiada langsung unsur Islamik malahan dilihat peristiwa yang berlaku bercanggahan dengan agama Islam .
Tapi mengapa ada di kalangan umat Islam yang masih meraikan hari ini?

Terdapat beberapa cerita yang berkaitan dengan hari
Valentine ini seperti; antaranya, pertama, mengaitkan dengan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari (ketika dua hari pertama, mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata, dalam peristiwa ini perempuan yang terpilih dengan lelaki tertentu akan menjadi teman seksnya selama setahun). Eei, murahnya maruah diri!

Kedua pula adalah cerita berkaitan dengan kematian paderi St. Valentine semasa pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II yang mempunyai 2 versi. (berpandukan artikel majalah Al-Islam: Februari 2009.

Rujukan yang boleh dilihat yang membincangkan mengenai Valentine Day ni pada masa sekarang oleh Ustaz Zaharuddin juga oleh Ustaz Hasrizal .

Dari beberapa artikel yang dikeluarkan oleh ramai pihak dapatlah dikatakan di sini bahawasanya menyambut hari kekasih ini, tidak mendatangkan manfaat malahan boleh jadi orang yang menyambutnya dikira termasuk di kalangan golongan kaum tersebut.

Sememangnya agama Islam seringkali menganjurkan agar umatnya sentiasa menyayangi antara satu sama lain sebagai cinta sesama Muslim (terasa simpati dan membantu saudaranya yang memerlukan bantuan apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini, saling ingat-mengingati ke arah kebaikan juga mencegah kemungkaran, juga mendoakan kesejahteraan umat Islam).
Itulah ertinya kasih-sayang sesama Muslim bukannya perlu dirai pada masa tertentu sahaja juga bukan dengan bercintan cintun yang tidak sepatutnya! Jadi buat apa nak sambut hari kekasih!


Ingatlah! golongan bukan Islam sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan umat Islam melalui pelbagai cara, jika tidak dapat menggunakan kaedah terbuka seperti mengubahsuai ayat suci Al-Quran, mereka akan menggunakan kaedah tertutup melalui penerimaan pemikiran, budaya yang bercanggahan dengan agama Islam dalam mempengaruhi pemikiran diri setiap Muslim.


p/s: sememangnya sesuatu perkara yang kita ingin lakukan dalam kehidupan ini memerlukan pemerincian berlandaskan syariat agama, mengkaji kisah sebab musabab terjadinya sesuatu peristiwa bagi mengelakkan kita sebagai umat Islam dari terjerat ke dalam dakyah bukan Muslim.

Ya Allah berikanlah kami pengetahuan yang mendalam, dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, dalam melakukan sesuatu perkara, Engkau bimbingilah kami, agar diri kami tidak terjebak dalam dakyah golongan bukan Islam.

2 Bila bijak pandai berbicara!:

Anonymous said...

bergembiralah di penang.. balik tu bawak la pasembor ke..buah pala ke.. jangan lupa kami disini..

bersatu bersetia berkhidmat

algojo.

rumzan said...

huhu penat la plak jalan-jalan, ada la sikit beli buah salak jeruk, nak beli banyak takleh sebab nak save bajet plak, jadi kalau nak datang la blik dalam masa 2 hari InsyaAllah ada

 
Dibawah Pantauan Blogger | Hakcipta Terpelihara Rumzan | Khas Buat RumzanGanung © 2009 | Resolution: 1024x768px | Gunakan: Google Chrome | Top